Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, November 04, 2016

"Parcel of Joy" Lazada "Online Revolution"



Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia

Apa itu Lazada "Online Revolution"?
Untuk pengetahuan semua Lazada “Online Revolution” adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 

onlinerevolution.jpg


Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, "Online Revolution" dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan "Online Revolution" yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.


Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.


Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.


“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

lazada3.jpg

Tema untuk jualan "Online Revolution" pada tahun ini ialah "Jenama untuk Semua" (Brands for All) yang menandakan Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia.  

Antara jenama yang akan turut menyertai3 acara "Online Revolution " pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oreal, Nestle, Samsung dan jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct dan pelbagai lagi.

Lets countdown sama-sama, 6 days left till 11.11..jangan lupa buat reminder tau takut terlepas pulak nanti hehe..dulu masa mula-mula tau pasal Lazada ni roshar macam tak confident lagi nak beli barang-barang..after dah start beli sekali and now ternyata servis dari terbaik and improve day to day..baru last week roshar beli Drypers through Lazada..kalau ikut tempoh delivery next week baru dapat, tub-tub esoknya dah sampai..wahh cepatnya!

Thank you Lazada untuk servis yang sangat cepat!selalunya roshar beli barang amani kat Lazada like Drypers and susu sebab kat Lazada selalu ada promosi yang penting free postage hehe..tak sabar nak tunggu 11.11.2016 untuk shopping hehe!

Jangan lupa ke website dan enjoy Lazada Online Revolution ni!  


Thursday, October 20, 2016

Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng

Bagi  semua peminat Upin dan Ipin mesti sabar kan nak tengok movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng yang bakal ditayangkan pada bulan November ni..nanti boleh la prepare beli tiket awal-awal through online..dulu ingat masa roshar nak bawak amani tengok Boboiboy The Movie, asyik sold out and full jer..

upindanipin.jpg

Amani sampai tahap dah boleh hafal skrip Upin dan Ipin mana taknya siang malam tengok..even dekat taska pun tengok upin dan ipin jugak..amani ooo amani..kalau bawak dia tengok movie ni nanti konfem dia happy sangat..

Monday, October 17, 2016

Minyak Herba untuk asma

Roshar dah lama ternampak post kat fb or ig pasal minyak herba ni..katanya memang bagus untuk asma..roshar ada jugak la baca customer review kat satu ig tu cakap anak dia dulu selalu ambik nabulizer tapi lepas guna minyak herba ni dah kurang ambik nab..macam menarik sebabnya amani memang kerap ambik nab sebelum ni..

Now simptom-simptom ke arah semput tu dah ada balik..last week amani demam dengan selsema and batuk sekali..roshar and husband terus jer bawak amani ke KK. Presint 14 hari tu, Dr. cakap paru-paru dia ok, so Dr. bagi ubat batuk, selsema dan demam..alhamdulillah demam dia dah ok, cuma batuk and selsema still ada lagi..

Tu yang roshar tergerak nak try minyak herba ni..then terus jer order kat ig tapi lupa plak nama ig tu haha..esoknya terus sampai dan terus jer sapu kat amani..kalau untuk asma/batuk kena sapu kat dada, leher dan belakang, roshar sapu kat betis and kaki dia sekali..

Roshar try sapu kat kaki rasa lenguh sangat, alhamdulillah ok la..minyak ni rasa panas-panas mild jer tapi xde la sepanas minyak urut yang lain..amani siap suruh sapu lagi, maknanya minyak ni tak panas la kan..kalau roshar sapu minyak yu yee cap limau tu, amani memang tak suka siap suruh basuh..

Minyak ni pun dah tinggal separuh huhu sebabnya mak dia pun guna sekali..untuk amani roshar tak leh nak cakap kesan dia lagi la takes time jugak kot..cuma nya roshar tengok kahak dia keluar bila dia batuk-batuk tu..tak macam sebelum ni kahak dia susah keluar (orang tranung kata dok lokoh haha)..kalau kahak keluar maknanya elok la..

minyakherba.jpg

Minyak ni dah ada tiruan tau sekarang..so siapa yang nak beli tu kena make sure betul-betul yang minyak tu original yeh..

minyakherba.jpg
Ini adalah contoh beza minyak tiruan dan asli..


minyakherba.jpg 
 Ini pun minyak herba asma mujarab yang tiruan..



Cara nak pastikan Minyak Herba Asma Mujarab adalah yang original dengan melihat
HOLOGRAM, QR CODE  dan NOMBOR SIRI AKAN DILEKATKAN DI BELAKANG BOTOL.

Kemudian korang boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami. Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat.


minyakherba.jpg

minyakherba.jpg

minyakherba.jpg

So make sure beli yang original yeh!

Tuesday, October 11, 2016

Kelas jahitan di Masjid Putra

Bagi mak-mak or kakak-kakak yang free pada 15 Oktober 2016 ni boleh la join kelas jahitan ni di Masjid Putra bermula 9.00 pagi ke 12 tengahari..roshar ni xde basic menjahit pun tapi saja gatal nak cuba hehe..kawan roshar yang ajak tadi, asalnya tak nak join tetiba pulak ubah fikiran rasa nak join..tak salah dan tak rugi pun kalau join, dapat ilmu baru kan..mana la tau satu hari cari rezeki dengan menjahit pulak kan hahaha..

Yang penting dah mintak permission my husband and dia bagi greenlight..thank you my habib bagi permission and tolong jaga amani nanti !^-^

So sesiapa yang tinggal berdekatan dan berminat tu bolehla join yeh, just walk in jer tak perlu booking tempat!bertempat di bilik kuliah 1 (BK1)..untuk pengetahuan semua kelas ni percuma tau, bahan dan makan pun percuma serta mesin jahit di sediakan..

Sebarang pertanyaan boleh la hubungi: 03-8888 5678..


Monday, October 10, 2016

Google analytics blog rosharamani

Ini pulak google analytics bagi blog rosharamani..awal-awal berblogging ni roshar tak tahu menahu pun pasal google analytics ni huhu..roshar banyak belajar dan dapat info dunia blogging ni dari blog hasrulhassan.com dan banyak lagi blogger-blogger otai..roshar mula belajar pasal dan tahun apa itu seo dan banyak lagi info-info lain termasuk la pasal penting nya google analytics bagi sesebuah blog..sangat menarik bila dah guna google analytics ni..dari google analytics ni kita boleh tahu siapa pembaca blog kita, berapa ramai yang sedang baca blog kita, dari mana dan banyak lagi..

Ini dia audience overview dari google analytics untuk blog rosharamani..bounce rate roshar makin berkurang dari sebelum ni lepas roshar dah buat apa yang blogger hasrulhassan syorkan untuk turunkan kadar bounce rate dan terus nampak perubahan..

googleanalytics.jpg

Dai Niezal dinobatkan sebagai juara Dai 2016

Semalam peringkat akhir program Da'i pendakwah milenia..tahniah untuk Da'i Niezal yang telah dinobatkan sebagai juara Da'i 2016..roshar memang ikut program Da'i ni dari awal dan roshar follow jer persembahan Da'i Niezal ni..roshar suka tengok persembahan Da'i Niezal ni sebab dia memang seorang yang sangat kool bila buat persembahan especially bila ada soalan spontan..dengan dalil dan hujah dia yang jelas..kebetulan Da'i Niezal ni anak terengganu satu daerah plak ngan my habib, kemaman hehe.. seawal usia 18 tahun, semoga Da'i Niezal teruskan usaha dakwah nya especially di kalangan remaja zaman sekarang dengan pelbagai gejala sosial yang kian meruncing..

Semalam roshar baru tahu, rupanya Da'i Niezal ni anak yatim piatu..Allahuakbar memang roshar tersentuh dan sangat kagum dengan beliau..semoga Da'i Niezal dapat menempuhi liku-liku kehidupan dan dalam dunia dakwah..

da'iniezal.jpg
Tahniah untuk anak muda dari terengganu ni, Da'i Niezal!

Saturday, October 08, 2016

KFC cheezy onion crunch baru


kfc.jpg

Korang dah cuba ker KFC cheezy onion crunch baru ni..2 peaces ayam bersama cheese and onion sauce..mmmm tengok pun dah terliur hehe..harga untuk 2 pcs combo just just RM12.50..untuk yang suka cheese + kfc tu apa lagi jommm la cuba dan ke kfc yang terdekat sekarang!cepat-cepat sementara promosi masih ada lagi ni kan..kang kempunan nanti hehe..

Friday, October 07, 2016

HKL pink oktober 2016


HKLpink.jpg

Jommm sokong HKL pink oktober, breast cancer awareness..banyak aktiviti yang menarik akan diadakan bermula antaranya pink karnival, zumba@HKL, public talk, exhibition booths and walk in breast screening clinic..sesiapa yang area kl dan berdekatan boleh la join .roshar sendiri pun tak pernah buat breast screening lagi huhuhu..

Friday, September 23, 2016

Menu dan harga makanan di Mr. Kabab

Kalau teringin nak makan nan cheese and tandoori roshar suka pergi Mr. Kabab kat presint 15 ni..memang dekat sangat la ngan rumah and office roshar..untuk yang baru nak try makan kat Mr. Kabab, roshar share kan menu dan harga makanan di Mr. Kabab presint 15 ni..


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg

Santai petang di Monumen Alaf Baru

Sejak dua menjak ni, dah jadi rutin kami bawak amani jalan-jalan santai-santai every weekend kat taman sekitar putrajaya ni..selalunya taman wetland or astaka morroco jadi port kami, kali ni jalan-jalan kat Monumen Alaf Baru kat presint 2 tu..menarik jugak la kat situ, petang-petang ramai jer orang..kat situ ada Restoran Umai tapi roshar tak pernah try lagi makan kat situ..next time lak roshar try hehe..

Memang seronok la tengok amani bebas berlari-lari ke sana sini..pastu bagi ikan makan..kteorang memang make sure bawak roti or biskut ke apa as long ada benda untuk bagi ikan makan hehe..amani memang seronok sangat kalau dapat bagi ikan-ikan tu makan..selagi tak dia tak puas jangan harap dapat ajak dia balik ok hehe..

monumenalafbaru.jpg
 Kalau suruh peace camtu la rupa peace dia huhu..boleh laa..


monumenalafbaru.jpg
  Posing dah macam nak menari ballet plak..amani ooo amani..


monumenalafbaru.jpg
Perasan tak dari baju, seluar sampai ke kasut pink haha..since kecik memang pink menjadi pilihan hati hehe..



Tuesday, September 20, 2016

Nestum banana caramel baru!

Semalam tengok kat paper iklan nestum banana caramel baru..macam menarik jer..semalam roshar pergi mydin, nampak la nestum banana caramel ni terus jer beli hehe..

nestumbananacaramel.jpg
Ni rupa packaging dia kalau korang nak cari kat kedai or mall..

nestumbananacaramel.jpg
Tetiba ada pisang seketul disitu hihi..makan pisang sebiji+nestum banana caramel ni rasa kenyang kot hehe..




nestumbananacaramel.jpg
Tadaa minum petang semalam as trial!mmmm sedap tak manis sangat so2 jer ada rasa pisang dan bau dia wangii..yang penting mengenyangkan sesuai untuk orang on diet..so pasni boleh repeat beli lagi..korang pun boleh la cuba ..


Monday, September 19, 2016

Kulit pisang rawat gigitan nyamuk


Jangan garu gigitan nyamuk sebelum anda cuba ni!

rawatgigitannyamuk.jpg
Kandungan gula daripada kulit pisang dapat membantu mengeluarkan cecair daripada gigitan nyamuk. Gosok bahagian gigitan dengan menggunakan bahagian dalam kulit pisang.

Jom cuba, belum cuba belum tahu kan!






Thursday, September 15, 2016

Apa itu pneumonia?

Last 24.8 until 27.8 amani was warded at Hospital Putrajaya..asalnya dua tiga hari sebelum tu amani selsema & batuk-batuk then sehari sebelum warded tu amani demam..around 3 pagi camtu tiba-tiba amani merengek, roshar rasa badan panas & nampak tercungap-cungap.. roshar terus bagi ubat demam and ubat batuk/kahak..then roshar sapukan vicks kat belakang, dada, tapak kaki semua & gosok-gosok belakang dia..pastu nampak amani dah kurang nafas laju and boleh tidur balik..

Next morning tu, bangun-bangun jer tidur tu nampak amani tercungap-cungap balik & nafas dia laju..roshar terus kejut husband & kteorang siap-siap bawak ke Klinik Kesihatan Presint 14..doktor decide kena ambik nab, lepas tu doktor tu check lagi sekali and cakap takde perubahan nafas and jantung amani still laju..doktor tu terus buat surat refer ke hospital putrajaya..

Ya Allah masa tu tuhan jela tau perasaan roshar, risaunya..amani tak pernah kena teruk macam ni sebelum ni..doktor pesan jangan berhenti mana-mana terus direct ke emergency hospital putrajaya sebabnya jantung amani laju, lagi la roshar risau..kat emergency tu, amani kena ambik nab lagi then doktor check jantung amani still laju..tapi yang tak best nya doktor cakap ni bukan asma biasa sebab paru-paru dia bunyi lain..diorang suspect jangkitan kuman kat paru-paru @ pneumonia..

So roshar nak share info about pneumonia ni especially untuk parents yang ada baby and anak kecik..kadang-kadang tu kita tak ambik berat bila anak demam or batuk selesema sebab kita rasa biasa jer, walhal kita tak tahu yang anak kita dah dijangkiti kuman dan boleh membawa keadaan yang lebih serius..


pneumonia.jpg


Pneumonia atau Jangkitan Kuman di Paru-paru

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. 

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Tanda dan gejala

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Rasa tidak sihat, sering merengek.
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit.
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Bibir menjadi biru.
  • Batuk berdarah.
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:
  • Paracetamol/Panadol.
  • Rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang banyak.
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)  
  • Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan. 
  • Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

*Ingatan bersama: Jangan ambik mudah bila anak-anak kita sakit or tak sihat especiall bagi anak-anak  yang masih kecil..


Wednesday, September 14, 2016

3 langkah menjaga kesihatan payu dara

Rasanya penting sangat untuk kita tahu langkah mudah jaga kesihatan payu dara..nak buat rutin check up kat klinik mungkin kita tak pergi kan..better kita wat sendiri kat rumah..so jom tengok cara-caranya..

Lihat


Bagaimana melihat perubatan pada payu dara? 

Sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payu dara di cermin.
  •  Letakkan tangan di sisi 
  • Angkat kedua tangan ke atas kepala anda
  • Letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan


Rasa


  • Bagaimana merasa perubahan pada payu dara anda?
  • Rasa setiap payu dara
  • Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa benjolan atau penebalan
  • Gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak 
  • Ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi  

Respon

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit payu dara
  • Perubahan warna dan tekstur
  • Perubahan bentuk dan saiz payu dara
  • Lelehan yang tidak normal dari puting
  • Sakit payu dara yang berterusan
  • Terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2016


Macam pelik jer kan dah hujung tahun baru nak letak jadual tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2016 huhu..sebabnya roshar asyik lupa jer tarikh, bila dah hujung-hujung ni baru sibuk nak tengok jadual gaji ni..sebabnya senang nak bajet belanja kan haha.. bleh plak camtu kan teruk betul perangai huhu..dah hujung-hujung ni baru nak bajet & baru la sedar diri skit time belanja tu haha..
jadualgaji.jpg

Friday, September 09, 2016

Kereta Persona Baru

personabaru.jpg

Berkenan pulak tengok persona baru ni kan haha..mampu tengok & berangan jela yer!my sister dah otw nak ambik persona baru ni..arghhhh jeles nya huhu..harga kat bawah ni roshar from my bil dia staff proton..
hargapersonabaru.jpg

 personabaru.jpg
View dari belakang..





Tuesday, September 06, 2016

MySihat Run 2016

Just wanna share bagi yang suka join aktiviti larian, boleh la join MySihat Run 2016 ni..

Tarikh: 26 November 2016
Tempat: Presint 3, Putrajaya 
Pada: 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari 
Yuran Pendaftaran: RM80.00
Hadiah menarik kot!

run.jpg

Untuk maklumat lanjut bolehla layari: www.runnerasia.com

 

Thursday, September 01, 2016

Sukatan gram ke sukatan cawan

Roshar nak share info sukatan gram ke cawan dalam resepi masakan..kebanyakan resepi kat google selalunya guna sukatan dalam gram, roshar so far takde penimbang kat rumah..nak beli asyik tangguh jer..bila time teringin nak buat kek tu cari resepi kat encik google kebanyakannya guna sukatan gram..susah sikit la kan..

sukatan.jpg

So sesiapa yang xde penimbang macam roshar info ni sangat2 berguna & membantu bila nak buat kuih muih or cake..

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...