Wednesday, September 14, 2016

3 langkah menjaga kesihatan payu dara

Rasanya penting sangat untuk kita tahu langkah mudah jaga kesihatan payu dara..nak buat rutin check up kat klinik mungkin kita tak pergi kan..better kita wat sendiri kat rumah..so jom tengok cara-caranya..

Lihat


Bagaimana melihat perubatan pada payu dara? 

Sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payu dara di cermin.
  •  Letakkan tangan di sisi 
  • Angkat kedua tangan ke atas kepala anda
  • Letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan


Rasa


  • Bagaimana merasa perubahan pada payu dara anda?
  • Rasa setiap payu dara
  • Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa benjolan atau penebalan
  • Gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak 
  • Ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi  

Respon

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit payu dara
  • Perubahan warna dan tekstur
  • Perubahan bentuk dan saiz payu dara
  • Lelehan yang tidak normal dari puting
  • Sakit payu dara yang berterusan
  • Terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara

No comments:

Post a Comment

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...