Skip to main content

Cendol sedap di Suria Mall Putrajaya

Last 2 days, roshar pergi Hero kat presint 3 nak cari strawberry untuk my mini pavlova..after dah settle kat Hero, alang-alang dah kat situ roshar sesaja masuk Suria Mall..Suria Mall ni baru lagi bukak, so saja la nak usha-usha apa yang menarik kat situ..sebelum ni dengar member cerita jer..emm pusing punya pusing, not bad agak menarik dah ada jom bali, foodcourt, caring pharmacy, toy r us, nasi kandar lawood, butik baju pun ada tapi banyak lagi la kedai yang tak bukak la..

Dalam banyak-banyak tu, roshar tertarik dengan kedai yang jual cendol, tapi roshar lupa plak nama kedai tu huhu..emm ada banyak choice jugak la cendol, ada cendol pulut, cendol durian, cendol kacang..makanan plak ada laksa johor, laksa utara, mee kari, mee bandung, set nasi dan lauk pun ada..masa roshar sampai tu memang peak hours la, beratur panjang gila kot..tapi cendol punya pasal redah jela..

cendolsedap.jpg

Cendol dia memang sedap bagi roshar, cuma mee kari tu kuah dia agak pekat..roshar suka kuah yang cair hehe..

Yang stay area Putrajaya atau berdekatan boleh la ke Suria Mall, Precint 3 untuk cuba cendol sedap ni hehe..jadi port jalan-jalan cuci mata baru kami la pasni hehe..

Comments

Nour Adieb said…
mee kari tu x cmpr santan? atau susu? nampak sngt pekat. sy suka mkn mee kari juga, tapi kari tu kena cmpr santan. baru terasa umphhh 😍
roshar amani said…
emm tak sure plak tapi kari dia memang pekat hehe..nanti boleh la try Nour Adieb kat Suria Mall..
Ismi Maizura said…
cendol..my fevret..nmpk sdp
hailey said…
Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey
Kak Nab said…
cendol kat hero ni tak pernah try lagi.lagi satu kedai cendol yg famous kat area dengkil .

Popular posts from this blog

Lemang segera dari Nona mudah, cepat dan sedap

Emm roshar sebenarnya first time dengar and makan lemang segera dari NONA ni hehe..last raya puasa oficemate roshar buat open house..time tu la roshar rasa and terus tersuka lemang segera ni..rasa dia ok la bagi roshar walaupun xla selemak dan seenak lemang bakar original kan hehe..emm pasni senang la bleh la roshar try masak kalau teringin nak makan lemang..

So masa hari raya haji haritu roshar decide nak masak lemang segera ni..emm tapi puas roshar cari kat mydin, aeon big, tesco semua takda jual lemang segera ni..hurmmm keciwa la plak huhu..bukan apa roshar sebenarnya cari menu yang senang dan cepat nak masak huhu..kebetulan plak raya haji raya umah mak mertua lagi..lagi la roshar nak cari menu yang simple dan cepat haha..nasibla mak mertua roshar kan dapat menantu macam roshar kalau bleh semua nak yang segera dan senang jer..al maklumla skill masak terlebih ahaha..
At last kawan roshar tolong belikan kat pasaraya Hero Sg. Besi..tqvm la pada kawan roshar tu hehe..then petang sebelum …

Suku Suku Separuh Amalan Pinggan Sihat Malaysia

Mesti tertanya-tanya kan apala yang suku suku separuh nya tu hehe..suku suku separuh tu adalah untuk sajian atau pinggan sihat Malaysia dimana:
i) Suku        : Nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi ii)Suku ke II: Ikan, Ayam, Daging dan kekacang iii)Separuh   : Buah-buahan dan sayur-sayuran
Bila tengok gambar macam ni rasanya lagi senang kita faham dan nak amalkan kan....jomm sama-sama amalkan makan secara sihat dengan cara pinggan sihat malaysia suku-suku separuh ni untuk memastikan  kesihatan yang lebih berkualiti..
Dengan kecanggihan teknologi dan kemajuan IT, kadar kalori makanan yang kita makan sehari-hari boleh diketahui degan application MyNutriApss: MyNutriDiari dimana kita boleh download di Google Play atau App Store tau..rasanya ramai lagi yang tak tahu tentang application ni..so boleh la download nanti..

Mini Pavlova

Tadaaa my mini pavlova all time favourite!selalu roshar buat yang besar..sesekali bila mood rajin datang jadila mini pavlova ni..roshar still guna resepi yang sama dari blog cahayacintaku ni..roshar memang suka tengok resepi dari blog cahayacintaku ni like cheese cake and etc.





Yummmy!