Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Be A Smart Parents

5 Mei lepas roshar attend a parenting workshop at Hospital Putrajaya entitled Be A Smart Parents..

sijil.jpg


Banyak sangat ilmu baru yang roshar dapat dan  belajar dari kursus tu..penceramah hari tu memang best  kaunselor dari Universiti Putra Malaysia, iaitu Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani..boleh follow dia punya facebook dan ruangan bersama kaunselor di akhbar Harian Metro keluaran setiap hari rabu..roshar memang suka baca ruangan ni sebelum ni, tak sangka plak dapat jumpa dengan penulisnya dalam kursus tu..

Rupanya ada tiga parenting style that is Authoritarian, Permisif dan Autoritatif..roshar tak pernah tahu pun sebelum ni..

1. Authoritarian - 


Gaya  keibubapaan  Authoritarian  adalah  ibu bapa  yang high 'demandingness' tetapi low 'responsiveness' di mana ibu bapa meletakkan jangkaan tinggi terhadap anakanak  dengan  mempraktik  pendekatan  kawalan,  hukuman  dan  peraturan  ketat  yang  tidak membenarkan  anak anak  mempersoalkannya.

2. Authoritatif -


Gaya keibubapaan Authoritatif  adalah ibu bapa yang 'high demandingness' dan  'high responsiveness' iaitu mengamalkan ketegasan yang di imbangi   dengan   kesediaan   mendengar   pandangan   anak anak,   bertoleransi,   setiakawan, membantu  serta  mendidik  secara  penglibatan bersama. 

3. Permisif


Gaya keibubapaan Permisif adalah ibu bapa  yang  'high  responsiveness' tetapi  'low  demandingness' iaitu  bersikap  terlalu berlembut  (lenient),  memenuhi  kehendak  anak anak  dan  tidak  tradisional  dengan  menggangap 107 anak anak  sebagai  individu  yang  matang  dan  boleh  menentukan  diri  sendri  sehingga  tidak wujud  tekanan,  kawalan  atau  peraturan  mengenai  tingkah  laku  yang  baik  dan  dilarang  secara kukuh.

Ada satu slot dalam  kursus tu, roshar kena isi satu borang soal selidik untuk mengenali style keibubapaan masing-masing. Hasilnya roshar adalah ibu yang bersikap sedikit Authoritarian, lebih Authoritatif dan sedikit permisif..so agak balance la hehe..

Sedar atau tak, setiap ibu bapa tu akan ada salah satu style di atas.  Lepas dah tau style parenting diri sendiri so boleh la kita slowly ubah mana sikap kita yang kurang baik terhadap anak-anak kita. Ada perkara yang kita memang perlu bertegas dengan anak dan ada perkara atau masa tu kita perlu berlembut dengan anak kita. 

Kami juga didedahkan  tentang Art in Parenting Skill.  Actually art is the one way how we can create a good relationship between child and parents. Art also help child to express their feeling and emotion towards parent, environments and what they have going through before. Kami di minta untuk flasback balik apa cita-cita masa kecil dulu dan lukis semula semua tu. Masing-masing masa tu sengih jer almaklumla teror sangat bab melukis ni haha..

We should find and spent time with our child, sama-sama melukis apa yang anak suka.. kita boleh tolong color and at the same time try to ask them tetang apa yang diorang lukis, apa dan bahagian mana yang dia paling suka dalam lukisan tu..so kita boleh tau dari situ contohnya kalau anak tu lukis harimau..kenapa dia suka lukis harimau tu..let say anak cakap dia lukis sebab ayah dia garang macam harimau..so dari situ kita tau yang anak gambarkan ayah dia garang macam harimau..beside we explore our child feeling and emotion, at the same time we can create close relationship with our child and family too..

For me its a good practices to us in order to create close relationship with our child and explore their feeling too. Before this roshar memang dah praktikkan melukis sama-sama dengan amani, nampak dia happy coz kita spent time & layan dia time tu.

Next time roshar nak try cara bake & cook plak ngan amani.  Art in parenting skill sangat membantu bagi roshar. As a parents and to be a good parents, rasanya kita kena selalu siapkan diri kita dengan ilmu through reading or attend a course to help us especially dengan dunia sekarang yang sangat mencabar dalam membesarkan anak. 

So harap sedikit perkongsian roshar ni membantu dalam mengenali parenting style yang kita amalkan selama ni to be a good parents.




Tuesday, May 10, 2016

Rangsang Anak Bercakap

Rangsang Anak Bercakap

Baru-baru ni roshar ada baca kat paper tentang rangsang anak bercakap..seawal usia 10 hingga 12 bulan bayi sudah boleh ungkap perkataan biasa didengar. Bayi mula belajar bercakap menerusi individu yang berada di sekeliling yang kerap bersamanya. Lazimnya bayi mula memberi tindak balas sebaik saja mereka dilahirkan manakala kanak-kanak normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia 8 bulan ke 1 tahun setengah.  

Enam bulan pertama saat yang amat penting apabila ibu bapa perlu berkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap. So jom tengok beberapan panduan terhadap perkembangan percakapan bayi mengikut usia mereka.

Bayi baru dilahirkan 

Sebenarnya bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi juga boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada usia sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada usia satu hingga dua setengah bulan.

amani.jpg
 Our little princess, Amani Humaira..masa ni umur dia dua bulan lebih tak silap..

Bayi usia tiga bulan

Bayi boleh meniru bunyi percakapan.

Bayi usia empat bulan

Bayi boleh menyebut satu suku kata contohnya ba, da.

Bayi usia lima bulan

Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang contohnya bababa dan lalala.

Bayi usia enam bulan

Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar seperti emak, ayah atau tak.

Bayi usia tujuh bulan 

Kebanyakan bayi boleh menyebut mama dan dada yang tidak hanya kepada ibu dan ayahnya.  Waktu amani dulu dah boleh sebut baba (babah).

Bayi usia lapan bulan

Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang tangan anda.

Bayi usia sembilan bulan

Dalam lingkungan usia ini, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.

Bayi usia 10 bulan

Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul.

Bayi usia 11 bulan

Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan selain emak atau ayah.

Bayi usia 12 bulan (setahun)

Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya.


Alhamdulillah syukur sangat amani since 9 bulan lebih mulut dia dah bising and now mulut dia memang potpetpotpet jer..kekadang tu kami gelak jer tengok gelagat dia bercakap..actually since dalam perut lagi roshar praktikkan bercakap-cakap dengan dia sebab roshar pernah baca dalam buku indahnya dunia hamilku..kita kena praktikkan berkomunikasi dengan baby dalam perut untuk rangsang anak kita cepat bercakap..bila roshar start bercakap-cakap ngan dia sambil gosok-gosok perut terasa respon dari dia bergerak-gerak, seronok sangat time tu haha..bila amani lahir pun roshar teruskan bercakap-cakap ngan dia ..roshar start hantar amani kat taska umur dia 3 bulan so selalunya balik dari taska kat dalam kereta tu roshar dah start bercakap-cakap ngan dia walaupun dia belum faham dan belum ada respon pun kan hehe..sekarang ni bila dia dah besar, dah jadi kebiasaan balik dari taska kat dalam kereta tu dia dah start cerita, dia tengok tv or main ngan kawan..

Untuk ibu-ibu yang tengah pregnant tu, cuba la praktikkan, rasa dan tengok perkembangan baby bila dah keluar nanti macam mana..

Sunday, April 10, 2016

Tips atasi anak ketagih gajet terkawal di kedai makan

Amani since kecik kteorang dah terrdedahkan dia dengan handphone sebab tu salah satu cara tak nak bagi dia nangis..tunjukkan dia video ryhmes song then lepas tu dia akan ok..but now baru kteorang sedar akan kesan-kesan buruk dia..tambah plak time balik kampung especially, sepupu-sepupu dia ada tab sorang satu siap note 3 lagi..so memang susah nak elak ngan gajet ni..tambah plak sekarang dia dah pandai mintak ngan babah dia, "babah, game"..oohh  mamak & babah speechless sambil aku tengok ko, ko tengok aku bila anak dah pandai mintak game..so sebelum terlambat kteorang have to buat sesuatu..

roshar duk perhati amani ni memang minat melukis & color..so roshar apa kata lebih banyak dedahkan dia dengan color, kekadang mainan dia tak minat sangat walaupun penuh satu box..since that roshar try beli buku mewarna gambar yang dia minat & pencil warna sekali..balik dari taska je sambil rehat-rehat tu, roshar ajak dia color sama-sama..lukis la apa-apa yang simple-simple, time ni la nak aplikasikan balik gambar-gambar yang slalu lukis time kecik-kecik kan haha..on the next day, roshar ulang lagi buat menda yang sama, ajak & lekakan dia dengan mainan..sampaila sekali tu dia plak yang ajak kita "mak!jom color jom..or "jom main mak!"..

hellokitty.jpg

Amani's favorite cartoon anime..

Masa mula-mula tu malam dia akan mintak jugak la phone & main game ngan babah dia..roshar rasa after seminggu kot roshar try buat camtu, amani slowly dah tak mintak lagi phone or tab dari kteorang..tapi dengan syarat kita kena duduk & join sekali ngan dorang la..so far so good..misi berjaya..tapi tengok la time dengan sepupu dorang nanti camne plak..

Tips ni sama jugak roshar try wat kat kedai makan..amani kadang kalau mood dia elok, ok jer duduk & makan elok-elok..tapi time bad mood habis la sampai kadang tinggal camtu je makanan..hari tu roshar makan kat Kenny Rodges, roshar memang bawak buku & color..sambil-sambil tunggu makanan sampai tu roshar ajak dia color & lukis-lukis..alhamdulillah la dia terkawal & boleh makan dengan tenang hehe..

So, try la..tak semestinya tarik dia ngan color or buku jer try ikut minat dia..tapi mak ayah kena take part &  usaha lebih skit la hehe..

Balm bayi Tasneem Naturel inspired by nature

Kit Emergency Set Berminat boleh whatsApp www.wasap.my/60199672076 Boleh juga ke FB page : www.facebook.com/ahbalmtas...