Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Kek Marble Warisan

Assalamualaikum..lama betul roshar tak update story kan huhu..banyak sangat story dah skip..insyaallah bulan 10 ni amani gonna be a sister sebab tu la roshar lama tak update blog ni hehe..memang takde mood langsung huhu..masih sempat lagi kan roshar & family nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga"..  

Raya kami sekeluarga tahun ni sangat la ala kadar..tahun ni first time kami beraya di perantauan sebabnya my habib warded a few days before raya tu sebab denggi..hari jumaat before raya tu baru discaj ward sudahnya kami decide raya jela kat putrajaya..so kami #teamrayaputrajaya yeh tahun ni..sedih tu hanya Allah jela yang tahu kan sebab tak dapat jumpa mak & adik beradik lain..as long as my habib sihat and disisi cukupla..

Entry hari ni roshar nak share pasal kek marble..lately ni amani suka sangat request kek..so roshar gigih la tukar-tukar kek..kadang kek coklat kukus but amani suka betul klu roshar buat kek marble ni..setengah biji kek tu dia bleh makan sorang dashat tak huhu..tapi kek marble ni memang sedap kalau makan panas-panas..kek marble ni roshar namakan kek marble warisan sebabnya resepi dia turun temurun dari kak long roshar sampai la adik-beradik yang lain hehe..

kekmarble.jpg
 Amani panggil kek warna warni haha..ape ape jela sayang..

So jom tengok resepi kat bawah.. 

5 biji telur
1 cawan butter/planta
1 cawang gula ising
2 sudu susu pekat manis
2 1/2 cawan self-raising flour (roshar guna Blue Key)
1 sudu kecil esen vanilla
*pewarna ikut suka
Mula-mula mixkan gula dan planta sehingga kembang (jadi warna putih). 
Setelah planta dan gula kembang dan sebati masukkan telur sebiji demi sebiji.
Kemudian bolehla masukkan susu pekat manis dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Setelah adunan sebati masukkan esen vanilla.
Bolehla pecahkan adunan kepada 3 bahagian dan letak warna yang disukai.
Letakkan adunan yang telah dicampur warna berselang seli. Roshar guna loyang 8x8. Guna lidi satay @ apa-apa alat la untuk bentukkan corak ikut citarasa masing-masing.
Then bolehla bakar dengan suhu 160 darjah celcius 30-40 minit sehingga masak.

kekmarble.jpg
Lepas dah dicorakkan ikut suka hati hehe..

kekmarble.jpg
Ni la rupa hasilnya kek warna warni kesukaan amani..sebiji kek ni dalam 2 hari boleh habis hehe..

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...