Showing posts with label Love is Cinta. Show all posts
Showing posts with label Love is Cinta. Show all posts

Monday, February 06, 2017

Birthday my rijal al-amir

1/2 hari tu birthday my rijal al-amir aka beloved husband..ingatkan nak celebrate kat luar tapi bila fikir-fikir dengan budak tecik amani tu takut kelaut nanti, plan lain kang jadi lain plak..so roshar decide celebrate kat rumah jela..kebetulan hari tu ada tengok resepi ayam ala kenny rogers kat facebook, macam menarik jer kan..pastu fikir plak takkan nak makan ayam jer macam tak kenyang plak, google punya google kalau combine dengan nasi mentega ok jugak, then search plak resepi nasi mentega..roshar dah lupa pulak roshar ambik resepi dari blog apa..untuk dessert plak, roshar decide nak buat cheesecake..

1/2 tu kan Hari Wilayah & roshar cuti, memang sesuai sangat la nak masak yang special sikit kan..tengahari tu gigih pergi Hero dengan budak tecik amani tu tau jela karenah dia..mak terpaksa redha dan ikut jer rentak dia coz taknak dia ngamuk2 spoil je kan..siap tarik bakul sendiri adoyaii..ni la hasilnya bersilat kat dapur dengan amani special for babah!

ayamalakennyrogers.jpg
Ayam ala kenny rogers..


nasimentega.jpg
 Combination of nasi mentega+ayam ala kenny rogers + vege..


cheesecake.jpg
 Ini plak cheese cake no bake..kebetulan gelatin dah ada memang senang & sedap..


cheesecakea.html
After di touch up gitu hehe..roshar guna whipping cream yang dah ada dalam fridge..

Nanti roshar share resepi erk...hehe..

Saturday, December 17, 2016

Bonda Tercinta pulang dari menunaikan Umrah

Alhamdulillah bonda roshar yang tercinta telah selamat kembali dari menunaikan umrah pada hari sabtu lepas..baru sekarang nak share hehe..seronok dengar mak cerita pengalaman indah kat sana...hurmm bila la roshar dapat jejak kaki kat sana..kebetulan my habib ada family day company dia, tak dapat la roshar jemput mak..kak long & k.da jer wakilkan adik beradik yang lain jemput mak roshar...flight dari Jeddah transit kat KLIA dulu then dari KLIA ke Terengganu..

bondaumrah2.jpg


bondaumrah1.jpg


bondaumrah.jpg

Dapat jugak mak jejakkan kaki kat sana yang dah lama di idamkan..semoga mak beroleh umrah mabrur..InsyaAllah semoga mak dapat pergi tunaikan ibadah haji pulak nanti,,aamiin..



Wednesday, November 23, 2016

Baik-baik sayang!


haha tiba-tiba jiwang plak hari ni..teringat lagu ni my habib tuju kat roshar masa bercinta dulu haha biasa la tengah bercinta katakan main tuju-tuju lagu gitu hahaha..yang paling roshar suka dekat part ni "semua keinginan akan aku lakukan, sekuat semampu ku sayang"..thanks a lot habib untuk segalanya, susah payah habib cari rezeki, pengorbanan habib dalam membahagiakan kami..


bbs.jpg


 Baik-Baik Sayang - Wali Band

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang

Karena bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Monday, October 10, 2016

Throwback diy majlis kahwin roshar

Lepas dah 3 tahun lebih kahwin baru sekarang nak upload hasil-hasil diy masa roshar kahwin dulu haha..mostly untuk majlis kahwin kteorang dulu dari kad kahwin. bunga pahar, bunga telur, hantaran, manik pada baju nikah dan veil roshar diy jer..tak tergambar perasaan masa tu, happy dan puas sebab dapat abadikan kenangan terindah hasil penat lelah sendiri..

Bagi pasangan yang bakal berkahwin tu kalau nak lebih jimat cuba la diy jer..tapi kalau bajet banyak dan nak yang terbaik boleh la ambik pakej-pakej kat butik pengantin kan..selalunya orang cakap kahwin ni kan sekali, takkan nak wat ala kadar jer, apa salahnya keluar bajet lebih sikit dan buat majlis yang grand kan..but bagi roshar untuk majlis kahwin roshar pilih sederhana sebab kehidupan lepas kahwin tu yang lagi penting dan banyak lagi nak guna duit..

Antaranya sewa rumah atau beli barang-barang kelengkapan rumah..bagi yang dah prepare simpan duit, dah beli rumah dan barang-barang keperluan like freezer, mesin basuh and etc. sebelum kahwin tu ok la kan tapi bagi couple yang belum prepare apa-apa maybe akan rasa berat skit la..tambah lagi sekarang ni dengan kos hidup dan kos barang-barang yang sangat tinggi..

Masa roshar kahwin 3 tahun yang lepas, anggaran kos keseluruhan termasuk pakej pelamin dan baju pengantin, katering, photographer, barang hantaran dan kelengkapan like reben etc. tu lebih 10k ++..kalau sekarang ni tak tahu la..

married1.jpg
Pelamin kami, roshar ambik pakej biasa-biasa jer as long as cantik bagi roshar dan harga pun ok..pakej pelamin dan baju pengantin roshar ambik dari Butik Perkahwinan Ewan di bandar Kuala Terengganu..sesiapa yang tengah cari butik kahwin tu bolehla search fb dia..

married2.jpg
Fokus pada bunga pahar jangan fokus pada pengantin kat belakang tu haha..sebabnya bunga pahar ni roshar diy guna kertas crepe..xtau berapa banyak kertas crepe roshar angkut kat kedai fah lean and sayang you hehe..lebih takpe jangan kurang, kalau tak cukup susah nak cari warna yang sama..

married3.jpg
Gubahan ni dari pihak lelaki untuk roshar..kakak roshar tolong buat hantaran ni atas sebab-sebab tertentu hehe..

married4.jpg
See handbag pink..huhu..tengok handbag ni terus jatuh cinta pandang pertama haha..


married5.jpg
Hantaran untuk letak cincin ni pun roshar diy..tapak tu roshar memang beli gabus bulat yang tinggi sikit..then bunga kat tepi tu roshar beli kat sayang you, semua house...semua barang-barang kelengkapan daripada bunga, reben, kertas crepe dan lain-lain roshar banyak beli kat sayang you dan kedai bunga fah lean di balakong..tak tau la berapa kali duk ulang alik ke kedai ni huhu..ada jer barang yang tak cukup..

married6.jpg
Hantaran untuk pihak lelaki..roshar dapat idea asal dari kedai sayang you kat semua house tu..selebihnya idea roshar sendiri..

married7.jpg
Lagi hantaran buku untuk my husband..actually buku ni sorang satu ada, husband bagi kat roshar then roshar plak bagi kat husband..sorang satu senang nak baca haha..

married8.jpg
Polistren lapik kat bawah tu roshar beli kat sayang you..kat situ memang banyak choic.. nak yang bulat, petak tebal nipis semua nya ada..puas jugak la fikir nak buat bentuk apa..


married9.jpg
Set perfume, shower gel and face wash..sudahnya face wash tu roshar yang pakai haha..

married14.jpg
Masa ni baru sampai masjid..sempat lagi posing walaupun hati berdebar-debar dubdabdubdab..


married13.jpg
Hasil diy veil dengan kos yang sangat minimum..


married12.jpg
Ni dekat masjid, sementara tunggu pihak pengantin lelaki sampai..berdebar-debar kot time ni hehe..


married10.jpg
Bunga telur tu pun roshar diy, bentuk bunga rose..roshar dapat idea buat bunga rose tu dari printerest..tak susah mana nak buat..korang try la search..

married11.jpg
Yang ni pulak pakai baju sanding..roshar and husband memang tak suka sangat bergambar..ya Allah dua-dua kekok and keras jer time tu..photographer yang banyak ajar kami pose macam ni macam tu haha..

Alhamdulillah dah 3 tahun usia perkahwinan kami dengan seorang cahayamata setakat ni hehe..banyak pahit dan manis yang dah kteorang lalui dan tempuh bersama..semoga bahtera yang kita bina ni sentiasa dilimpahi keredhaan, rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan hingga hujung usia..aamiin...

Info: Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd ( http://www.fahleanfloral.com/)
        No. 2 & 2A, Jalan 1/3,
        Taman Industri Selesa Jaya
        43300 Balakong, Selangor, Malaysia
        Tel : +603-8962 3670 , +603-8961 4660
        Faks:+603-8962 3675







Tuesday, July 12, 2016

Cerita Raya 2016

Walaupun hari ni dah hari ke 6 Syawal, belum terlambat kan roshar nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah, maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan yang telah dilakukan sedar atau pun tak..harap dimaafkan yeh..tahun ni roshar beraya di rumah mertua di kemaman, raya ke 2 baru beraya belah roshar pulak..hari raya pertama tu amani buat perangai ajak balik.."Mak, jom balik!since hari pertama kteorang sampai tu pun dia dah ajak balik sebenarnya..maybe dia ingat kteorang balik rumah roshar dulu..amani memang rapat ngan nenek & cousin dia belah roshar rather than sebelah abah dia..kesian pulak rasa, maybe dia rasa bosan & takde kawan kot..

Untuk diamkan dia sementara, kteorang bawak dia jalan-jalan kat pantai kemasik..kalau tak sebab amani buat perangai mak mungkin tak sampai lagi kot kat pantai kemasik ni huhu..cantik pemandangan kat pantai kemasik tu, memang sesuai untuk picnic..Insyaallah next time balik kampung bolehla bawak family picnic kat citu..lama jugak la kteorang lepak kat pantai kemasik tu..tengok amani macam dah happy balik kteorang pun balik..suara amani takleh cakap apa la, dah rock habis mana tak nya satu kampung boleh dengar dia menangis kot huhu..amani oooo amani sayangg..










 Ni la dia budak yang suka mengamuk tu hehe..gerammm je rasa..tapi bila tengok keletah dia terus hilang rasa marah & geram tu..










 Peace yang tak berapa jadi sangat huhu..siap pose senget yang tak tahan tu..











 Acah-acah pose kiss mulut..pastu dia boleh cakap eiii gelii..


 










Pose dia pagi raya anak & mak sementara tunggu babah balik sembahyang raya..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI ROSHARAMANI!

Thursday, April 07, 2016

Dalam hati ada taman bunga

Dalam hati ada taman bunga heheh..Got this again from my Rijal Al-Amir aka Beloved Habib..thank you so much habib bucuk for this surpised  again..
redrose.jpg
LOve this so much & love you so much too!!May Allah bless our marriage with lots of love and happiness and put an endess amount of barakah in our family..aamiin..

Friday, April 01, 2016

Happy Anniversary

HAPPY ANNIVERSARY!
  29.03.2013
to
29.03.2016

ijabdankabul.jpg
29.03.2013 - Saat di ijab kabulkan

babymoon.jpg
Babymoon at Cameron Highlands

little caliph.jpg
Our 1st caliph Amani Humaira..

Monday, March 07, 2016

Homemade Bun Manis


Hari tu roshar ade baca kat fb kawan-kawan duk share resepi homemade bun manis, tengok cara buat & bahan2 simple jer so roshar save dlu kat wall roshar..tetibe hari tu teringat plak pasal resepi tu terus tengok balik cara2 & tengok bahan2 sume ada..amani plak tidur masa tu, then mula la sesi kite meroti hehe..rupa  dan rasa ada cuma kulit kat atas dia tu keras skit kenapa entah huhu..maybe tak cukup uli atau terlebih tepung..sebabnya masa nak nguli tu masih terlekat kat tangan so roshar pandai2 jer tambah tepung sendiri hehe..mmm maknanya kita kena try & try lagi lepas ni hehe..

bunmanis.jpg
Dah ilang satu disitu ada orang dah curi hehe..
minumpetang.jpg
Makan panas2 cicah plak air nescafe...mmmmhhh sedap huuhu..

Wednesday, September 09, 2015

Surprised from Him

Assalamualaikum...

Pejam celik syukur alhamdulillah usia perkahwinan roshar dah masuk 2 tahun 5 bulan..dua tahun  yang telah roshar lalui bersama dengan kehadiran puteri kami mengajar seribu erti tentang kehidupan..bak kata pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit inikan hidup suami dan isteri..dugaan dan rintangan yang telah roshar lalui banyak menyedarkan dan mematangkan kami dalam mengharungi masa mendatang..dua tahun adalah usia yang masih muda untuk kami mengenali masing2 nak dibandingkan ngan mak2 kita..jauh lagi perjalanan kami..semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan kami sekeluarga..seperti kata-kata dibawah hehe..

quotes.jpg

Alhamdulillah my beloved husband sgt2 dan banyak membantu roshar dalam urusan rumahtangga kami.. rasanya kalau harapkan roshar uruskan segala-galanya mungkin tak mampu kot coz roshar seorang ibu ynag bekerja..apa pun roshar cuba dan berusaha buat yang terbaik untuk suami tercinta dan puteri tersayang, InsyaAllah..ni baru nak buka cerita pasal title kat atas tu hehe..hari jumaat last week macam biasa en. husband balik lewat coz lately dia kena overtime..dan macam biasa jugak after roshar tidurkan amani kteorang akan spend time tengok tv sama2 sembang2..tengah sembang2 tu roshar perasan husband roshar asyik intai2 kat belakang sofa dalam hati "apela dia tgk ni" hehe..tub2 tiba2 dia keluarkan sejambak bunga orkid..thanx sayang 2nd time dapat bunga from him hehe..lepas tu apa lagi drama air mata la plak hehe terharu kot hehe..thanx jugak coz wat surprised yang kesekian kali dan  menjadi untuk sayang..time tu hilang semua rasa penat huhu..lepas ni sayang wat surprise selalu yeh hehe..baru la semangat wifiy nak masak uruskan anak dan rumahtangga semua hehe..

loves.jpg
Thank you my beloved husband!!




Al-Quran terjemahan kat sebelah tu, husband roshar bagi as hantaran kawin kami dulu..kenangan yang sangat bermakna bagi roshar dalam meneruskan kehidupan sebagai isteri, ibu, anak dan umat Islam..walau apa pun dugaan yang datang, selagi kita jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan, dekat dan kembalilah padaNya..

belovedfamily.jpg
Keluarga Bahagia dambaan kami,menuju syurga yang abadi..aamiin..
penyejukmata.jpg
Penyejuk mata penawar hati mak dan babah...

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...