Monday, September 28, 2015

Lemang segera dari Nona mudah, cepat dan sedap

Emm roshar sebenarnya first time dengar and makan lemang segera dari NONA ni hehe..last raya puasa oficemate roshar buat open house..time tu la roshar rasa and terus tersuka lemang segera ni..rasa dia ok la bagi roshar walaupun xla selemak dan seenak lemang bakar original kan hehe..emm pasni senang la bleh la roshar try masak kalau teringin nak makan lemang..

lemangsegera.jpg

So masa hari raya haji haritu roshar decide nak masak lemang segera ni..emm tapi puas roshar cari kat mydin, aeon big, tesco semua takda jual lemang segera ni..hurmmm keciwa la plak huhu..bukan apa roshar sebenarnya cari menu yang senang dan cepat nak masak huhu..kebetulan plak raya haji raya umah mak mertua lagi..lagi la roshar nak cari menu yang simple dan cepat haha..nasibla mak mertua roshar kan dapat menantu macam roshar kalau bleh semua nak yang segera dan senang jer..al maklumla skill masak terlebih ahaha..

At last kawan roshar tolong belikan kat pasaraya Hero Sg. Besi..tqvm la pada kawan roshar tu hehe..then petang sebelum balik kampung tu roshar berkejar la masak lemang ni dengan harapan menjadi elok la kan..pastu roshar masak ayam masak sambal match ngan lemang hehe..emmm nak masak rendang takut tak sempat masak coz kteorang nak gerak balik kampung malam tu..emm not bad la first trial kan cume lembik skit la..so sesapa yang berhajat nak cuba bleh la cari kat mana2 pasaraya..

Tau tak roshar sampai kat kampung husband pukul berapa, lebih kurang 8.30 pagi esoknya coz jammed yang sangat teruk ke pantai timur..hahaha first time kteorang beraya dalam kereta..bayangkan la kteorang sangkut kat highway DUKE lebih kurang 3 jam kot..kesian sangat kat husband roshar time tu coz balik keje je terus kteorang gerak..so dia tak sempat rehat langsung...nasib baik dah bekalkan lemang ni, sampai je rumah terus potong je and panaskan ayam sambal tu..jadi la juadah raya kami pagi tu tambah2 menu lain yang mak mertua dah masak hehe...

Actually cara nya dia sama macam rebus ketupat nasi cuma bezanya dia bagi siap-siap santan serbuk..santan tu kena sebatikan dengan air dulu then baru masukkan paket lemang tu..roshar bagi 3* dari 5 hehe...untuk yang nak buat open house tu boleh la beli nak cari lemang yang original payah kan..

1 comment:

Ahmad Munir said...

Senang nak buat lemang, tak payah cari pokok buluh dah

Post a Comment

Balm bayi Tasneem Naturel inspired by nature

Kit Emergency Set Berminat boleh whatsApp www.wasap.my/60199672076 Boleh juga ke FB page : www.facebook.com/ahbalmtas...