Showing posts with label Amani Humaira. Show all posts
Showing posts with label Amani Humaira. Show all posts

Monday, December 05, 2016

Minyak Herba Asmak penawar asma pada bayi


Anak anda menghidap asma?
Runsing mencari ubat atau penawar untuk anak anda?

Minyak Herba Asmak keluaran dari Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd (MHAMSB) mungkin penawar yang anda cari selama ini.

Jom tengok video kat bawah dan kenali Minyak Herba Asmak.



Apakah KEISTIMEWAAN menggunakan Minyak Herba Asma yang dikenali kini dengan nama Minyak Herba Asmak (MHAM)?
  • Masa yang lama diambil untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.
  • Kandungan Minyak Herba Asmak lebih selamat, lebih suci, tidak overdose bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.
  • Lebih mesra kulit dan peratusan alasan herba sangat rendah.
  • Lebih cepat menyerap di kulit, ramai yang mengakui keberkesanannya jauh lebih CEPAT. Ia juga berangin dan mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembeli, senggugut, migrain, resdung, sakit gigi, strok dan ulser.
  • Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar yang sah. Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.
  • Kami memberi jaminan kesucian dan keselamatan produk kepada pengguna.
  • Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar yang sah Minyak Herba Asma Mujarab (MHAMSB) dan jika anda ragu-ragu, anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.
  • Dapatkan minyak ini dari Pengedar sah yang mempunyai ID dari Syarikat MHAMSB. Kami ada 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.
mham.jpg


Ok now, roshar nak kongsikan pengalaman roshar sendiri menggunakan Minyak Herba Asmak ni pada Amani..Amani memang ada semput, selalu berkahak dan kerap selsema..a few month ago, amani kena warded sebab asma dan ada jangkitan kuman kat paru-paru dia..bila amani selsema atau batuk selalunya roshar akan bagi ubat, kadang-kadang dua minggu pun belum tentu batuk dan kahak dia hilang..kalau dia semput pulak memang terpaksa la bawak dia ke klinik, kadang tu terpaksa ambik nab berulang-ulang kali dalam satu hari..

minyakherbaasmak.jpg
Ni masa amani warded hari tu..kesian amani humaira mak, tak sanggup dah rasanya kalau amani kena warded lagi..

Baru-baru ni amani selsema, batuk dan berkahak lagi..so roshar decide untuk cuba Minyak Herba Asmak ni tanpa bagi ubat kat amani..roshar sapu Minyak Herba Asmak pada peha, pelipat lutut, betis, kaki, seluruh dada dan belakang, perut, leher dan atas batang hidung amani..roshar sapu Minyak Herba Asma ni sekerap yang boleh..mula-mula tu memang amani asyik batuk jer, then roshar sapu lagi..malam pun amani tak boleh tidur sangat sebab batuk..roshar still sapu Minyak Herba Asmak ni bila amani batuk kat semua tempat yang roshar cakap tadi..

Esoknya tu, hingus keluar bukan main banyak..then bila dia batuk, keluar kahak..amani dah pandai keluarkan kahak, so lagi senang la..bila dia batuk dan kahak keluar dia akan bagi tahu..dua ke tiga hari jugak la amani macam ni..mula tu roshar macam risau jugak la takut melarat jadi semput pulak..roshar terfikir ker sebab kesan sapu Minyak Herba Asmak ni hingus dan kahak dia keluar..but roshar keep sapu Minyak Herba Asmak ni without fail..

Selepas lebih kurang seminggu, semalam roshar tengok hingus amani dah kering dan amani tak batuk-batuk lagi dah..roshar memang tak bagi amani ubat langsung tau selama guna Minyak Herba Asmak ni..alhamdulillah  Minyak Herba Asmak serasi dengan Amani dengan izin Allah..kalau amani kena gigit semut atau nyamuk pun roshar letak Minyak Herba Asmak..actually bukan amani je pakai Minyak Herba Asmak, roshar sendiri pun guna Minyak Herba Asmak tau ni especially bila lenguh-lenghuh and period pain..Minyak Herba Asmak dah tinggal sikit jer lagi ni, insyaallah roshar akan repeat order nanti hehe..

Dengan izin Allah, roshar harap amani akan sembuh sepenuhnya dari asma, insyaallah dan Minyak Herba Asmak ni jadi penawar untuk bayi atau semua yang menghidap asma..aamiin..

#1rumah1MHAM

mham.jpg


mham.jpg
Cantikkan tabung ni..nak tabung cute ni jom beli Minyak Herba Asmak!


Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus:

Hotline HQ:019-9708897
Website rasmi syarikat: http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak:
http://penawarasma.com.my

Ig: mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd

Fb Page:

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma

Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/Minyak-Herba-Asmak-HQ.../



Tuesday, November 29, 2016

Amani di Karnival Didi and Friends

Berjaya jugak bawak amani ke Karnival Didi and Friends tapi without babah la..babah macam biasa la hujung tahun ni almost everyday balik lambat..its ok mak kan ada hehe..babah cari kerja kuat untuk amani hehe..

Sesampai je kat Alamanda tu, amani awal-awal lagi dah nampak poster Didi Friends memang dia excited la..bawak je dia ke center cort apa lagi seronok sangat la dia, siap cakap wahhh!

Just ambik gambar kat props yang dia buat tu je..tapi nak kena beratur dulu tu yang problem sikit la..tau je la budak-budak kalau dah nampak apa yg diorang suka memang xleh sabar dah..nasib baik amani tak ngamuk hehe..belon pun tak dapat sebab kena register dulu and kena ikut schedule..dapat ambik gambar jadi la..

daf.jpg

daf2.jpg

daf2.jpg

daf3.jpg


Monday, November 21, 2016

Mini Karnival Didi and Friends

Jommm bawak anak-anak jumpa Didi and Friends di Mini Karnival Didi and Friends!Mini Karnival Didi and Friends ini akan diadakan di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 23 sehingga 27 November ni..tak sabar nak bawak amani mesti dia excited..mana taknya siang malam duk tengok Didi and Friends ni dari celik mata sampai nak pejam mata balik..rasanya hampir semua lagu kot dia dah hafal siap berjoget lagi haha..amani ooo amani...sesiapa yang berdekatan Putrajaya tu jommm kita sama-sama meriahkan Mini Karnival Didi and Friends ni!

didi&friends.jpg

Kat bawah ni itinerary day by day..hurmmm tak dapat la nak bawak amani weekend ni sebab roshar nak balik kampung..mak & babah cuba jugak bawak amani malam ni demi buah hati mak & babah..

*To Babah: Please make sure balik awal yeh!hehe

ddf.jpg



ddf1.jpg



ddf2.jpg


ddf2.jpg



ddf3.jpg

Thursday, October 20, 2016

Misi Katil Amani

Hmmm actually dah lama berniat nak belikan katil untuk amani memandangkan dia dah besar and dah tak muat katil kteorang huhu..everyday paksa rela bersempit-sempit 3 beranak..sakit habis satu badan..babah lagi kesian sebab kena mengalah ngan mak, kadang tu merengkok kat tepi katil dah huhu..sooo sorry babah, mak amani pun boleh tahan jugak lasak time tidur hahaha..

 Gambar sekadar hiasan..kteorang target nak sambungkan macam ni..roshar dah ushar katil budak yang macam kat atas kat ikea tapi melebihi bajet la plak huhu..

Katil ni tengah promosi kat Ikea sekarang..macam ok jugak kan but kteorang kena beli mattress yang tebal skit la sebab nak samakan dengan katil kteorang..

Yang ni roshar suka jugak..warna putih memang match la ngan color katil kteorang..but harga boleh tahan jugak la hehehe..yang penting habib jom Ikea dulu weekend ni huhu..misi nak beli katil nanti karang misi ke lain pulak haha..

Wednesday, October 19, 2016

Hasil Coloring My Princess


princess.jpg
Macam tak percaya, my amani dah pandai color..slow jer dia color sebab tak nak comot haha..dengan gaya pegang pensel warna nya, memang cute sangat anak mak ni..good job amani walaupun baru 2 tahun 7 bulan, not bad la kan..dia dah pandai color ikut garis tu..

Sebelum ni memang tak de rupa langsung kalau dia color tu..my princess dah besar dah, sekejap jer rasa..mulut pun makin banyak sekarang..kadang-kadang tu bila dia bercakap atau tanya something kat kteorang, nak tergelak pun ada sebab ayat dia tu dah macam budak 3/4 tahun plak rasa..

Everytime nak makan pun dia dah tau dan pandai baca doa makan..bila roshar letak jer makanan, nasi ke apa yang dia mintak, dia terus tadah tangan and baca doa makan..good girl anak mak and babah!color pun dia dah kenal dah especially biru, yang lain tu kadang tertukar hehe..takpela slowly belajar kan lagi pun baru jer 2 tahun lebih cuma roshar nak biasa kan dia..

Tapi satu jela amani still pakai pampers huhu..actually dia memang dah pandai cakap, even dalam pampers tu kadang tu dia cakap mak amani nak kencing..padahal dia dah pakai pampers..means dia dah tau rasa and dah pandai bagi tau..cuma masalahnya mak and babah dia ni je belum serious lagi nak potty training kat amani huhuhu..asyik tangguh jer  tak tau la bila mak and babah dia ni  nak ready huhu..

Monday, October 17, 2016

Minyak Herba untuk asma

Roshar dah lama ternampak post kat fb or ig pasal minyak herba ni..katanya memang bagus untuk asma..roshar ada jugak la baca customer review kat satu ig tu cakap anak dia dulu selalu ambik nabulizer tapi lepas guna minyak herba ni dah kurang ambik nab..macam menarik sebabnya amani memang kerap ambik nab sebelum ni..

Now simptom-simptom ke arah semput tu dah ada balik..last week amani demam dengan selsema and batuk sekali..roshar and husband terus jer bawak amani ke KK. Presint 14 hari tu, Dr. cakap paru-paru dia ok, so Dr. bagi ubat batuk, selsema dan demam..alhamdulillah demam dia dah ok, cuma batuk and selsema still ada lagi..

Tu yang roshar tergerak nak try minyak herba ni..then terus jer order kat ig tapi lupa plak nama ig tu haha..esoknya terus sampai dan terus jer sapu kat amani..kalau untuk asma/batuk kena sapu kat dada, leher dan belakang, roshar sapu kat betis and kaki dia sekali..

Roshar try sapu kat kaki rasa lenguh sangat, alhamdulillah ok la..minyak ni rasa panas-panas mild jer tapi xde la sepanas minyak urut yang lain..amani siap suruh sapu lagi, maknanya minyak ni tak panas la kan..kalau roshar sapu minyak yu yee cap limau tu, amani memang tak suka siap suruh basuh..

Minyak ni pun dah tinggal separuh huhu sebabnya mak dia pun guna sekali..untuk amani roshar tak leh nak cakap kesan dia lagi la takes time jugak kot..cuma nya roshar tengok kahak dia keluar bila dia batuk-batuk tu..tak macam sebelum ni kahak dia susah keluar (orang tranung kata dok lokoh haha)..kalau kahak keluar maknanya elok la..

minyakherba.jpg

Minyak ni dah ada tiruan tau sekarang..so siapa yang nak beli tu kena make sure betul-betul yang minyak tu original yeh..

minyakherba.jpg
Ini adalah contoh beza minyak tiruan dan asli..


minyakherba.jpg 
 Ini pun minyak herba asma mujarab yang tiruan..



Cara nak pastikan Minyak Herba Asma Mujarab adalah yang original dengan melihat
HOLOGRAM, QR CODE  dan NOMBOR SIRI AKAN DILEKATKAN DI BELAKANG BOTOL.

Kemudian korang boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami. Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat.


minyakherba.jpg

minyakherba.jpg

minyakherba.jpg

So make sure beli yang original yeh!

Friday, September 23, 2016

Santai petang di Monumen Alaf Baru

Sejak dua menjak ni, dah jadi rutin kami bawak amani jalan-jalan santai-santai every weekend kat taman sekitar putrajaya ni..selalunya taman wetland or astaka morroco jadi port kami, kali ni jalan-jalan kat Monumen Alaf Baru kat presint 2 tu..menarik jugak la kat situ, petang-petang ramai jer orang..kat situ ada Restoran Umai tapi roshar tak pernah try lagi makan kat situ..next time lak roshar try hehe..

Memang seronok la tengok amani bebas berlari-lari ke sana sini..pastu bagi ikan makan..kteorang memang make sure bawak roti or biskut ke apa as long ada benda untuk bagi ikan makan hehe..amani memang seronok sangat kalau dapat bagi ikan-ikan tu makan..selagi tak dia tak puas jangan harap dapat ajak dia balik ok hehe..

monumenalafbaru.jpg
 Kalau suruh peace camtu la rupa peace dia huhu..boleh laa..


monumenalafbaru.jpg
  Posing dah macam nak menari ballet plak..amani ooo amani..


monumenalafbaru.jpg
Perasan tak dari baju, seluar sampai ke kasut pink haha..since kecik memang pink menjadi pilihan hati hehe..



Friday, May 27, 2016

Amani at Taska Bonda Mama Ilham Zharif, Presint 14

Bila tengok gambar ni, rasa macam tak percaya Amani dah besar hehe..dah boleh wat aktiviti ngan teacher..nampak macam behave sangat anak mak hehe..thank you very much to all teachers at Taska Bonda Mama Ilham Zarif Presint 14 ni since umur dia 8 bulan until now 2 years+..cikgu-cikgu kat sini baik sangat dan banyak sangat bantu dalam perkembangan amani..amani dah serasi dengan diorang, so far memang roshar takde plan nak tukarkan taska amani lagi coz tengok dia happy jer since dia kat situ..                

amaniatschool.jpg
Good girl anak mak babah!nampak behave jer amani bila ngan cikgu kan hehe..kalau dengan mak ni takdenya dia duk diam camni, mesti semua nak buat sendiri..

Saturday, April 09, 2016

2nd year at Taska Bonda Mama Ilham Zarif

Every year taska amani mesti celebrate birthday student..selalunya diorang akan kumpul dan wat serentak..last year babah tak dapat join coz busy tapi kali babah join..hari tu dah celebrate ngan family, then celebrate plak ngan kawan-kawan..sekarang dia dah pandai nyanyi happy birthday to you..dah besar anak mak babah..amani ni kalau depan orang ramai die pemalu skit..ada ke time kawan-kawan & teachers semangat nyanyi dia boleh tunduk & diam..tapi time nak potong kek excited..kek kali ni babah yang pilih still warna pink jugak huhu..babah memahami anak dia obses pink hehe..

amaniataska.jpg
Sejak-sejak dah besar ni susah betul nak ambik gambar dia cantik-cantik, tengok camera haishhh.. tqvm to all teachers at Taska Bonda Mama Ilham Zarif, Presint 14 Putrajaya...

Thursday, April 07, 2016

Susu Amani

Alhamdulillah hari ni cuaca mendung dan redup jer kat luar sana..ofis roshar arini sunyi sepi sebab kebanyakan bos dan staff lain terlibat dengan kursus diluar..roshar nak share cerita pasal susu dan amani macam tajuk kat atas tu hehe..amani memang tak full breastfeed sejak hari ke 2 amani lahir roshar dah bagi amani susu formula disebabkan masa tu roshar tak ade susu..amani nangis je roshar & husband ingat amani lapar & tak cukup susu, jadi nya husband roshar belikan amani susu NAN 1..

susunan.jpg


susu.s26.jpg


anmum.jpg

                             *Gambar dari Mr. Google..antara susu yang pernah amani minum..

Until umur amani dah setahun 3 bulan ni  6 jenis susu dah we all bagi amani minum & amani masih jugak sembelit ..walaupun roshar dah bagi amani makan buah buahan macam pisang betik buah kiwi la antara buah2 yang senang pupu la..roshar make sure dalam fridge mesti ada buah untuk amani..now we all try susu Dumex Dugro 1-3 pulak..at the same time roshar make sure amani minum air banyak,makanan seimbang serat & amani makan buah..kadang roshar selit jugak bagi amani jus apple or lain yang ready made pun ada jual..Alhamdulillah sekarang ni nampak la perubahan amani dah tak sembelit pupu pun kerap tak macam dulu..pernah sekali sampai 5 hari amani tak pupu..risaunya hanya Allah yang tahu macam2 kami buat masa tu letak minyak & bagi amani makan macam2..at last dia pupu tapi sampai menggigil2 badan dia tahan sakit, kesiannn sangat kat amani masa tu..hopefully susu Dugro ni dengan formula2 yang ada dalam susu ni sesuai la dengan amani dan perkembangan otak serta fizikal amani..bagi parents yang anak sembelit macam amani boleh la try susu Dumex Dugro ni jugak..

dugro3.jpg

amani1step.jpg
    ~p/s  Semoga Puteri membesar dengan sihat, cerdas dan cergas sentiasa, jadi anak yang solehah untuk mak & babah yeh!!

Semangat Baru

Assalamualaikum wbt..

Lame betul tak update sampai lupe address blog haha..last upadate DIY utk kahwin and now alhamdulillah Allah dah pun anugerahkan roshar seorang puteri yg kini umurnye dah pun 1 tahun 4 bulan..'Amani Humaira' ketenanganku yang berpipi merah...macam2 pengalaman dah roshar lalui pahit manis getir dalam membesarkan buah hati roshar ni (pengorbanan seorang ibu..heheh)..mmm dari hari ke 2 amani lahir sehingga umur die lebih kurang 9 bulan, amani menangis xtau punca dari mana..puas roshar bwk amani jumpa Dr. dan usahakan jgk cara kampung..dari segi perubatan amani xde plak masalah kesihatan..kalau ikut orang tua2 amani kena 'sawan tangis'..Alhamdulillah lepas roshar bawak amani berubat ngan sorang pakcik tu dijalan kebun, amani dh kurang menangis dan lama-lama hilang camtu je..nangis biase2 tu kira biase la budak2 kan..ni amani akan start menangis tengah2 malam selalunya pukul 12 ke atas..roshar pernah tak tidur langsung sehari semalam sebab amani menangis tak henti..pernah jugak kami baca Surah Yassin berulang-ulang kali sampai la amani tertidur macam tu jer..kadang rasa memang tak terurus sangat & of course la selalu kena migrain coz of tak cukup tidur..Allah je tahu ape perasaan roshar & husband...


amanihumaira
Amani Humaira (Day 1 to 7)




Dalam masa yang sama, masa dalam pantang habis merah2 muka amani naik ruam..mak roshar cakap baby selalu macam tu orang panggila ruam susu..tapi roshar tengok makin lama makin banyak plak ruam tu naik..roshar & husband decide bawak amani jumpa doktor pakar kulit..then lepas consult doktor tu cakap amani kena "Atopic Eczema"..banyak jugakla doktor tu terangkan pasal eczema ni..dipendekkan cerita sampai sekarang amani masih lagi ade eczema cume undercontrol la..eczema ni takda ubat yang khusus dan ubat yang ada cuma boleh control je..aku memang jaga dari pemakanan dia, ubat2, bodywash & habuk2 semua..coz kulit dia memang sensitif tak boleh kering..tapi kadang2 aku terlupa jugak..ubat2 dia memang kena selalu ada coz gatal2 dia keluar tak tentu masa..kadang2 walau pun aku dah jaga, keluar jugak gatal2 die tak tau punca dari apa..Soo untuk mak2 & ayah2 yang ada anak eczema kena rajin & selalu perhatikan anak die makanan apa yang dia tak boleh makan, bodywash yang mana sesuai & macam2 lagi..Next entry roshar cerita pasal pengalaman tentang "Atopic Eczema" ni yeh..

amani.jpg
~masa ni amani dah sebulan lebih...senyuman hadiah terindah bagi mak & babah, we love you so much sayang!~


amanischool.jpg
~birthday celebration Amani Turns 1 @ nursery Bonda Mama Ilham Zharif P14..thank you to all teachers!~


*nanti sambung lagi ^-^






Friday, April 01, 2016

Celebrate Amani's Birthday at Astaka Morocco, Putrajaya

 28.02.2016 yang lepas genapla umur our Princess Amani Humaira 2 tahun..dah besar anak mak babah sekejap sangat rase masa berlalu..mak & babah doakan semoga Amani membesar dengan sihat ,cerdas, pintar, jadi anak yang solehah untuk mak & babah serta sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah, aamiiinn...

Mula2 roshar & husband plan nak celebrate kat rumah jer tapi pikir2 ape kate kite wat kelainan skit celebrate kat luar..then kiteorang start cari tempat yang sesuai area Putrajaya ni..at last lps tolak tambah sowe decided buat kat Astaka Morocco, Taman Botani..sebelum tu roshar dah usha & tanya guard kat citu nak kena book or bayar apa2 ke kalau nak wat party or lain2 event, guard tu cakap free je tapi tak boleh wat aktiviti bakar2 like bbq..kiteorang memang xnak wat bbq so memang bleh sesangat la kan hehe..tempat die memang nice sebab betul2 tepi tasik...niway tq to all tetamu yang datang & orang2 kuat disebalik tabir yang bekerja keras, a big thank to: abg mir, oldest sha aka kakak shamila, kak bella, kak ina &  last but least masterchef shida aka my sisters..menu on that day mee hun, satay kajang haji sahmuri +Taman Warisan Pertanian Putrajaya ,macaroni goreng, meatball, buffalo wing with black & white sauce, desert &  buah2..so kite layan tengok gambar jela hehe..

invitationcard.jpg
e-invitation card..hehe roshar tak sempat print so jemput kengkawan through whatsap jer..


hello kitty cake.jpg
Tadaa birthday cake by Mentegakeju Cakes House..bleh follow ig die:mentegakeju memang sangat2 berpuas hati & kek die sedap sangat..next time bleh order lagi..tq mentegakeju cakes house...


amani posing.jpg
The birthday girl pengarang jantung mak &  babah Amani Humaira..nasib baik mood die elok jer sepanjang majlis hehe..

amani with belon.jpg
Seronok die mengejar belon..kawasan lapang & luas so bebas la die nak berlari2..

happy family.jpg
Potong cake time..babah memang camtu susah skit2 bab bergambar ni..

amani.jpg
Time ni belon dah start pecah coz panas..

amani.jpg
Suke sangat die mengejar belon..

prop.jpg
TQ to Abg Mir & Kakak shamila coz gigih tiup & gantung belon ni sume hehe..

princess amani.jpg
Babah & her princess..kat belakang tu terselit merpati dua sejoli Auntie Shu & Uncle Syuk hehe jangan maraa aa..tq auntie Shu uncle Syuk sudi datang meriahkan birthday party amani hehe..

princess.jpg
Melayan birthday girl makan..as long as die tak ngamuk2 hehe..

princess amani.jpg


aiskrim malaysia.jpg
Special desert aiskrim malaysia aka aiskrim 10sen..memang lama gila la roshar tak makan coz tak penah terfikir pun nak buat sendiri..sejak viral aiskrim sumi kat fb tu roshar terfikir nak wat aiskrim ni..memang sedap la makan tengah cuaca panas2 kan sejuk je tekak hehe..

amani'sbirthday.jpg
Goodies untuk tetamu..semuanya roshar beli kat Reno Mart..sebenarnya roshar penah terbaca kat fb psl renomart ni ..kedai die kat seksyen 3, bangi..gigih jugak la roshar cari kedai dia siap pakai waze hehe..memang roshar suggest kat semua yang nak wat birthday party or nak beli borong..harga die murah sangat & barang pun banyak..5* roshar bagi untuk kedai ni hehe..lepas ni senang terus ke kedai ni je kalau nak wat event2 apa2..

map reno mart
Ni maps untuk ke kedai Reno Mart ni..or bleh follow facebook Reno Mart
amani'sbirthday.jpg
Malam tu after dah mandi semua ngan rambut yang tak bersikat tu terus buka hadiah die hehe..dapat dua bebear besar & barbie girl..tq kakak shamila, auntie syu uncle syuk auntie suzanne..amani suke sangat..

Last but not least, alhamdulillah akhirnya dapat jugak wat seperti yang dirancang untuk puteri tersayang..cuaca petang tu pun ok, mula tu risau jugak takut hujan hehe..terima kasih sangat2 untuk tetamu yang datang, pohon maaf atas segala kekurangan kami yeh...

Balm bayi Tasneem Naturel inspired by nature

Kit Emergency Set Berminat boleh whatsApp www.wasap.my/60199672076 Boleh juga ke FB page : www.facebook.com/ahbalmtas...