Thursday, September 15, 2016

Apa itu pneumonia?

Last 24.8 until 27.8 amani was warded at Hospital Putrajaya..asalnya dua tiga hari sebelum tu amani selsema & batuk-batuk then sehari sebelum warded tu amani demam..around 3 pagi camtu tiba-tiba amani merengek, roshar rasa badan panas & nampak tercungap-cungap.. roshar terus bagi ubat demam and ubat batuk/kahak..then roshar sapukan vicks kat belakang, dada, tapak kaki semua & gosok-gosok belakang dia..pastu nampak amani dah kurang nafas laju and boleh tidur balik..

Next morning tu, bangun-bangun jer tidur tu nampak amani tercungap-cungap balik & nafas dia laju..roshar terus kejut husband & kteorang siap-siap bawak ke Klinik Kesihatan Presint 14..doktor decide kena ambik nab, lepas tu doktor tu check lagi sekali and cakap takde perubahan nafas and jantung amani still laju..doktor tu terus buat surat refer ke hospital putrajaya..

Ya Allah masa tu tuhan jela tau perasaan roshar, risaunya..amani tak pernah kena teruk macam ni sebelum ni..doktor pesan jangan berhenti mana-mana terus direct ke emergency hospital putrajaya sebabnya jantung amani laju, lagi la roshar risau..kat emergency tu, amani kena ambik nab lagi then doktor check jantung amani still laju..tapi yang tak best nya doktor cakap ni bukan asma biasa sebab paru-paru dia bunyi lain..diorang suspect jangkitan kuman kat paru-paru @ pneumonia..

So roshar nak share info about pneumonia ni especially untuk parents yang ada baby and anak kecik..kadang-kadang tu kita tak ambik berat bila anak demam or batuk selesema sebab kita rasa biasa jer, walhal kita tak tahu yang anak kita dah dijangkiti kuman dan boleh membawa keadaan yang lebih serius..


pneumonia.jpg


Pneumonia atau Jangkitan Kuman di Paru-paru

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. 

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Tanda dan gejala

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Rasa tidak sihat, sering merengek.
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit.
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Bibir menjadi biru.
  • Batuk berdarah.
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:
  • Paracetamol/Panadol.
  • Rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang banyak.
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)  
  • Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan. 
  • Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

*Ingatan bersama: Jangan ambik mudah bila anak-anak kita sakit or tak sihat especiall bagi anak-anak  yang masih kecil..


No comments:

Post a Comment

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...