Friday, September 23, 2016

Menu dan harga makanan di Mr. Kabab

Kalau teringin nak makan nan cheese and tandoori roshar suka pergi Mr. Kabab kat presint 15 ni..memang dekat sangat la ngan rumah and office roshar..untuk yang baru nak try makan kat Mr. Kabab, roshar share kan menu dan harga makanan di Mr. Kabab presint 15 ni..


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg


mr.kabab.jpg

Santai petang di Monumen Alaf Baru

Sejak dua menjak ni, dah jadi rutin kami bawak amani jalan-jalan santai-santai every weekend kat taman sekitar putrajaya ni..selalunya taman wetland or astaka morroco jadi port kami, kali ni jalan-jalan kat Monumen Alaf Baru kat presint 2 tu..menarik jugak la kat situ, petang-petang ramai jer orang..kat situ ada Restoran Umai tapi roshar tak pernah try lagi makan kat situ..next time lak roshar try hehe..

Memang seronok la tengok amani bebas berlari-lari ke sana sini..pastu bagi ikan makan..kteorang memang make sure bawak roti or biskut ke apa as long ada benda untuk bagi ikan makan hehe..amani memang seronok sangat kalau dapat bagi ikan-ikan tu makan..selagi tak dia tak puas jangan harap dapat ajak dia balik ok hehe..

monumenalafbaru.jpg
 Kalau suruh peace camtu la rupa peace dia huhu..boleh laa..


monumenalafbaru.jpg
  Posing dah macam nak menari ballet plak..amani ooo amani..


monumenalafbaru.jpg
Perasan tak dari baju, seluar sampai ke kasut pink haha..since kecik memang pink menjadi pilihan hati hehe..



Tuesday, September 20, 2016

Nestum banana caramel baru!

Semalam tengok kat paper iklan nestum banana caramel baru..macam menarik jer..semalam roshar pergi mydin, nampak la nestum banana caramel ni terus jer beli hehe..

nestumbananacaramel.jpg
Ni rupa packaging dia kalau korang nak cari kat kedai or mall..

nestumbananacaramel.jpg
Tetiba ada pisang seketul disitu hihi..makan pisang sebiji+nestum banana caramel ni rasa kenyang kot hehe..




nestumbananacaramel.jpg
Tadaa minum petang semalam as trial!mmmm sedap tak manis sangat so2 jer ada rasa pisang dan bau dia wangii..yang penting mengenyangkan sesuai untuk orang on diet..so pasni boleh repeat beli lagi..korang pun boleh la cuba ..


Monday, September 19, 2016

Kulit pisang rawat gigitan nyamuk


Jangan garu gigitan nyamuk sebelum anda cuba ni!

rawatgigitannyamuk.jpg
Kandungan gula daripada kulit pisang dapat membantu mengeluarkan cecair daripada gigitan nyamuk. Gosok bahagian gigitan dengan menggunakan bahagian dalam kulit pisang.

Jom cuba, belum cuba belum tahu kan!






Thursday, September 15, 2016

Apa itu pneumonia?

Last 24.8 until 27.8 amani was warded at Hospital Putrajaya..asalnya dua tiga hari sebelum tu amani selsema & batuk-batuk then sehari sebelum warded tu amani demam..around 3 pagi camtu tiba-tiba amani merengek, roshar rasa badan panas & nampak tercungap-cungap.. roshar terus bagi ubat demam and ubat batuk/kahak..then roshar sapukan vicks kat belakang, dada, tapak kaki semua & gosok-gosok belakang dia..pastu nampak amani dah kurang nafas laju and boleh tidur balik..

Next morning tu, bangun-bangun jer tidur tu nampak amani tercungap-cungap balik & nafas dia laju..roshar terus kejut husband & kteorang siap-siap bawak ke Klinik Kesihatan Presint 14..doktor decide kena ambik nab, lepas tu doktor tu check lagi sekali and cakap takde perubahan nafas and jantung amani still laju..doktor tu terus buat surat refer ke hospital putrajaya..

Ya Allah masa tu tuhan jela tau perasaan roshar, risaunya..amani tak pernah kena teruk macam ni sebelum ni..doktor pesan jangan berhenti mana-mana terus direct ke emergency hospital putrajaya sebabnya jantung amani laju, lagi la roshar risau..kat emergency tu, amani kena ambik nab lagi then doktor check jantung amani still laju..tapi yang tak best nya doktor cakap ni bukan asma biasa sebab paru-paru dia bunyi lain..diorang suspect jangkitan kuman kat paru-paru @ pneumonia..

So roshar nak share info about pneumonia ni especially untuk parents yang ada baby and anak kecik..kadang-kadang tu kita tak ambik berat bila anak demam or batuk selesema sebab kita rasa biasa jer, walhal kita tak tahu yang anak kita dah dijangkiti kuman dan boleh membawa keadaan yang lebih serius..


pneumonia.jpg


Pneumonia atau Jangkitan Kuman di Paru-paru

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. 

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Tanda dan gejala

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam panas.
  • Batuk dengan atau tanpa kahak.
  • Sakit dada.
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  • Rasa tidak sihat, sering merengek.
  • Pernafasan laju atau susah bernafas.
  • Muntah atau cirit-birit.
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
  • Pernafasan laju.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Bibir menjadi biru.
  • Batuk berdarah.
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:
  • Paracetamol/Panadol.
  • Rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang banyak.
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)  
  • Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan. 
  • Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

*Ingatan bersama: Jangan ambik mudah bila anak-anak kita sakit or tak sihat especiall bagi anak-anak  yang masih kecil..


Wednesday, September 14, 2016

3 langkah menjaga kesihatan payu dara

Rasanya penting sangat untuk kita tahu langkah mudah jaga kesihatan payu dara..nak buat rutin check up kat klinik mungkin kita tak pergi kan..better kita wat sendiri kat rumah..so jom tengok cara-caranya..

Lihat


Bagaimana melihat perubatan pada payu dara? 

Sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payu dara di cermin.
  •  Letakkan tangan di sisi 
  • Angkat kedua tangan ke atas kepala anda
  • Letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan


Rasa


  • Bagaimana merasa perubahan pada payu dara anda?
  • Rasa setiap payu dara
  • Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa benjolan atau penebalan
  • Gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak 
  • Ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi  

Respon

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit payu dara
  • Perubahan warna dan tekstur
  • Perubahan bentuk dan saiz payu dara
  • Lelehan yang tidak normal dari puting
  • Sakit payu dara yang berterusan
  • Terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2016


Macam pelik jer kan dah hujung tahun baru nak letak jadual tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2016 huhu..sebabnya roshar asyik lupa jer tarikh, bila dah hujung-hujung ni baru sibuk nak tengok jadual gaji ni..sebabnya senang nak bajet belanja kan haha.. bleh plak camtu kan teruk betul perangai huhu..dah hujung-hujung ni baru nak bajet & baru la sedar diri skit time belanja tu haha..
jadualgaji.jpg

Friday, September 09, 2016

Kereta Persona Baru

personabaru.jpg

Berkenan pulak tengok persona baru ni kan haha..mampu tengok & berangan jela yer!my sister dah otw nak ambik persona baru ni..arghhhh jeles nya huhu..harga kat bawah ni roshar from my bil dia staff proton..
hargapersonabaru.jpg

 personabaru.jpg
View dari belakang..





Thursday, September 08, 2016

Doa jika terbangun di malam hari

Perkongsian bersama jika kita terbangun di malam hari, jom amalkan doa kat bawah ni kemudian bangun sembahyang tahajud atau pun solat-solat sunnat yang lain..kekadang tu kalau terbangun roshar istighfar pastu kroh-kroh sambung tidur balik..susah benor nak tinggal tempat tidurkan (buruk perangai kan!).

doa.jpg

Tugas Seorang Isteri


isteri.jpg

Gambar kat atas tu menggambarkan tugas harian seorang isteri huhuhu..kaum lelaki belum tentu dapat buat semua tu tau!especially kalau isteri tu bekerja like me(huhuhu) memang rasa tak cukup kaki tangan..mana nak masak, nak kemas rumah, nak basuh baju dengan anak buat perangai dan sepahkan rumah..phewww memang stress kalau semuanya nak buat sorang-sorang!

So far alhamdulillah my habib banyak tolong roshar buat kerja rumah, tqvm habib! rasanya semua isteri nak & happy sangat kalau suami dia tolong buat kerja rumah..tolong tengok dan jagakan anak-anak pun dah ok dah kan..

Hope suami-suami kat luar sana tu kalau pun tak setiap hari, sekali sekala tu ringankan la tulang tolong isteri-isteri wat kerja rumah yeh..kalau masing-masing give and take rasanya rumahtangga lagi harmoni dan bahagia..

Tuesday, September 06, 2016

MySihat Run 2016

Just wanna share bagi yang suka join aktiviti larian, boleh la join MySihat Run 2016 ni..

Tarikh: 26 November 2016
Tempat: Presint 3, Putrajaya 
Pada: 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari 
Yuran Pendaftaran: RM80.00
Hadiah menarik kot!

run.jpg

Untuk maklumat lanjut bolehla layari: www.runnerasia.com

 

Thursday, September 01, 2016

Tips Bersihkan Rumah

Untuk sesiapa yang rajin sangat kemas rumah macam roshar ni (rajin sangat haha!) bolehla cuba tips-tips kat bawah ni..yang kilatkan lantai tu roshar dah cuba memang berkilat lantai..

Tips.jpg


Tips.jpg


Tips.jpg


Tips.jpg

Sukatan gram ke sukatan cawan

Roshar nak share info sukatan gram ke cawan dalam resepi masakan..kebanyakan resepi kat google selalunya guna sukatan dalam gram, roshar so far takde penimbang kat rumah..nak beli asyik tangguh jer..bila time teringin nak buat kek tu cari resepi kat encik google kebanyakannya guna sukatan gram..susah sikit la kan..

sukatan.jpg

So sesiapa yang xde penimbang macam roshar info ni sangat2 berguna & membantu bila nak buat kuih muih or cake..

Balm bayi Tasneem Naturel inspired by nature

Kit Emergency Set Berminat boleh whatsApp www.wasap.my/60199672076 Boleh juga ke FB page : www.facebook.com/ahbalmtas...