Monday, October 10, 2016

Dai Niezal dinobatkan sebagai juara Dai 2016

Semalam peringkat akhir program Da'i pendakwah milenia..tahniah untuk Da'i Niezal yang telah dinobatkan sebagai juara Da'i 2016..roshar memang ikut program Da'i ni dari awal dan roshar follow jer persembahan Da'i Niezal ni..roshar suka tengok persembahan Da'i Niezal ni sebab dia memang seorang yang sangat kool bila buat persembahan especially bila ada soalan spontan..dengan dalil dan hujah dia yang jelas..kebetulan Da'i Niezal ni anak terengganu satu daerah plak ngan my habib, kemaman hehe.. seawal usia 18 tahun, semoga Da'i Niezal teruskan usaha dakwah nya especially di kalangan remaja zaman sekarang dengan pelbagai gejala sosial yang kian meruncing..

Semalam roshar baru tahu, rupanya Da'i Niezal ni anak yatim piatu..Allahuakbar memang roshar tersentuh dan sangat kagum dengan beliau..semoga Da'i Niezal dapat menempuhi liku-liku kehidupan dan dalam dunia dakwah..

da'iniezal.jpg
Tahniah untuk anak muda dari terengganu ni, Da'i Niezal!

Throwback diy majlis kahwin roshar

Lepas dah 3 tahun lebih kahwin baru sekarang nak upload hasil-hasil diy masa roshar kahwin dulu haha..mostly untuk majlis kahwin kteorang dulu dari kad kahwin. bunga pahar, bunga telur, hantaran, manik pada baju nikah dan veil roshar diy jer..tak tergambar perasaan masa tu, happy dan puas sebab dapat abadikan kenangan terindah hasil penat lelah sendiri..

Bagi pasangan yang bakal berkahwin tu kalau nak lebih jimat cuba la diy jer..tapi kalau bajet banyak dan nak yang terbaik boleh la ambik pakej-pakej kat butik pengantin kan..selalunya orang cakap kahwin ni kan sekali, takkan nak wat ala kadar jer, apa salahnya keluar bajet lebih sikit dan buat majlis yang grand kan..but bagi roshar untuk majlis kahwin roshar pilih sederhana sebab kehidupan lepas kahwin tu yang lagi penting dan banyak lagi nak guna duit..

Antaranya sewa rumah atau beli barang-barang kelengkapan rumah..bagi yang dah prepare simpan duit, dah beli rumah dan barang-barang keperluan like freezer, mesin basuh and etc. sebelum kahwin tu ok la kan tapi bagi couple yang belum prepare apa-apa maybe akan rasa berat skit la..tambah lagi sekarang ni dengan kos hidup dan kos barang-barang yang sangat tinggi..

Masa roshar kahwin 3 tahun yang lepas, anggaran kos keseluruhan termasuk pakej pelamin dan baju pengantin, katering, photographer, barang hantaran dan kelengkapan like reben etc. tu lebih 10k ++..kalau sekarang ni tak tahu la..

married1.jpg
Pelamin kami, roshar ambik pakej biasa-biasa jer as long as cantik bagi roshar dan harga pun ok..pakej pelamin dan baju pengantin roshar ambik dari Butik Perkahwinan Ewan di bandar Kuala Terengganu..sesiapa yang tengah cari butik kahwin tu bolehla search fb dia..

married2.jpg
Fokus pada bunga pahar jangan fokus pada pengantin kat belakang tu haha..sebabnya bunga pahar ni roshar diy guna kertas crepe..xtau berapa banyak kertas crepe roshar angkut kat kedai fah lean and sayang you hehe..lebih takpe jangan kurang, kalau tak cukup susah nak cari warna yang sama..

married3.jpg
Gubahan ni dari pihak lelaki untuk roshar..kakak roshar tolong buat hantaran ni atas sebab-sebab tertentu hehe..

married4.jpg
See handbag pink..huhu..tengok handbag ni terus jatuh cinta pandang pertama haha..


married5.jpg
Hantaran untuk letak cincin ni pun roshar diy..tapak tu roshar memang beli gabus bulat yang tinggi sikit..then bunga kat tepi tu roshar beli kat sayang you, semua house...semua barang-barang kelengkapan daripada bunga, reben, kertas crepe dan lain-lain roshar banyak beli kat sayang you dan kedai bunga fah lean di balakong..tak tau la berapa kali duk ulang alik ke kedai ni huhu..ada jer barang yang tak cukup..

married6.jpg
Hantaran untuk pihak lelaki..roshar dapat idea asal dari kedai sayang you kat semua house tu..selebihnya idea roshar sendiri..

married7.jpg
Lagi hantaran buku untuk my husband..actually buku ni sorang satu ada, husband bagi kat roshar then roshar plak bagi kat husband..sorang satu senang nak baca haha..

married8.jpg
Polistren lapik kat bawah tu roshar beli kat sayang you..kat situ memang banyak choic.. nak yang bulat, petak tebal nipis semua nya ada..puas jugak la fikir nak buat bentuk apa..


married9.jpg
Set perfume, shower gel and face wash..sudahnya face wash tu roshar yang pakai haha..

married14.jpg
Masa ni baru sampai masjid..sempat lagi posing walaupun hati berdebar-debar dubdabdubdab..


married13.jpg
Hasil diy veil dengan kos yang sangat minimum..


married12.jpg
Ni dekat masjid, sementara tunggu pihak pengantin lelaki sampai..berdebar-debar kot time ni hehe..


married10.jpg
Bunga telur tu pun roshar diy, bentuk bunga rose..roshar dapat idea buat bunga rose tu dari printerest..tak susah mana nak buat..korang try la search..

married11.jpg
Yang ni pulak pakai baju sanding..roshar and husband memang tak suka sangat bergambar..ya Allah dua-dua kekok and keras jer time tu..photographer yang banyak ajar kami pose macam ni macam tu haha..

Alhamdulillah dah 3 tahun usia perkahwinan kami dengan seorang cahayamata setakat ni hehe..banyak pahit dan manis yang dah kteorang lalui dan tempuh bersama..semoga bahtera yang kita bina ni sentiasa dilimpahi keredhaan, rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan hingga hujung usia..aamiin...

Info: Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd ( http://www.fahleanfloral.com/)
        No. 2 & 2A, Jalan 1/3,
        Taman Industri Selesa Jaya
        43300 Balakong, Selangor, Malaysia
        Tel : +603-8962 3670 , +603-8961 4660
        Faks:+603-8962 3675







Saturday, October 08, 2016

Samsung S3 husband rosak

Hmmm so sad and bad cause roshar dah rosakkan handphone husband roshar samsung s3..dah la my husband baru jer baiki hari tu sebab skrin dia retak seribu my amani baling..now roshar pulak yang buat rosak..rasa sangat-sangat bersalah towards my husband..cayanggg, i'am sooo sooo sorryyy yeh!orang tak sengaja..

Cerita nya pagi tadi, amani bangun awal then main la handphone abah dia..tengah-tengah duk main tu tetiba dia bagi roshar, time tu roshar still baring and blur-blur..roshar ambik la phone tu then tetiba jer phone tu terlepas dari tangan roshar..roshar cepat-cepat bangun and tengok, skrin dia dah retak balik, arghhhhh dalam hati dah agak dah ni mesti teruk ni..

Walaupun cayang tak marah sangat tapi orang tau cayang pendam kan..huuuwwaaaa dah termengalir air mata ni sebab rasa bersalah sangat-sangat,,nape la roshar tak pegang betul-betul phone tu dan macam mana phone tu bleh terlepas...arghhhhh tension!

Nak baiki phone sekarang bukannya murah...adoiii dugaan betul la..sebelum ni handphone roshar and tab amani yang rosak..sudahnya husband roshar beli kan handphone baru ASUS Zenfone..masa tu amani baling, sekarang mak nya plak yang rosak kan handphone abahnya haha..dah sama ngan anak plak huhuhu...

Again soooo soorryy cayang!nasib baik ada lagi handphone samsung yang lama tu..dapat kol and message ok la..tapi still kesian kat my dear, sebab sekarang bos-bos and colleague dia update pasal kerja melalui whatsapp je..hope nanti dapat la baiki phone cayang..sob sob...

Sekian entry hari ni..nak buat apa pun tak da mood rasa...

KFC cheezy onion crunch baru


kfc.jpg

Korang dah cuba ker KFC cheezy onion crunch baru ni..2 peaces ayam bersama cheese and onion sauce..mmmm tengok pun dah terliur hehe..harga untuk 2 pcs combo just just RM12.50..untuk yang suka cheese + kfc tu apa lagi jommm la cuba dan ke kfc yang terdekat sekarang!cepat-cepat sementara promosi masih ada lagi ni kan..kang kempunan nanti hehe..

Friday, October 07, 2016

Farewell pengarah, Hotel Shangri-La

30 oktober aritu last day untuk pengarah ahsd yang Dato' bersara wajib..kteorang buat di Hotel Shangri-La Putrajaya ni jer..dalam bajet yang sikit tu berjaya jugak kteorang buat farewell ni..farewell ni adalah hasil kerjasama  dari kumpulan pelaksana..so proud bila tengok hasil gabungan usaha dan idea kami untuk our pengarah yang sangat dedikasi tu hehe..

Pengarah roshar ni memang dedikasi dan baik orang nya..every month mesti dia ingat and bagi present untuk birthday semua staff-staff dia huhu..nilai hadiah tu tak penting sangat, yang penting nya effort dia tu kan..bukan senang nak jumpa pengarah macam Dato' hehe..


farewell.jpg
 Tentatif ni sepatutnya roshar yang kena buat tapi officemate roshar offer nak tolong, thank you kak zie hehe..


 farewell1.jpg
 Backdrop kat depan tu roshar yang buat..roshar buat simple-simple jer ye la last minit jadi bidan terjun..selalunya backdrop ni kerja orang-orang pengurusan maklumat hehe..


farewell2.jpg
 Kenangan, Dato' punch card buat kali terakhir..


farewell3.jpg
 Antara pegawai-pegawai dan kumpulan pelaksana cawangan kami..


farewell4.jpg
Kami bertiga jer wakil dari cawangan pembangunan profesion, yang lain-lain baru otw balik dari kursus di luar..cantik sangat potret tu yang penting lain dari yang lain hehe..hope Dato' suka!

Happy retirement to Dato' Tan Yoke Hwa! I hope you enjoy doing the things that you don’t have time for before..may your life full of joy and happiness..

Anyway makanan and servis di Hotel Shangri-La ni nice and good..macam tak percaya pulak walaupun dengan bajet kami yang tak seberapa dapat jugak buat event yang agak grand di Hotel Shangri-La ni..

HKL pink oktober 2016


HKLpink.jpg

Jommm sokong HKL pink oktober, breast cancer awareness..banyak aktiviti yang menarik akan diadakan bermula antaranya pink karnival, zumba@HKL, public talk, exhibition booths and walk in breast screening clinic..sesiapa yang area kl dan berdekatan boleh la join .roshar sendiri pun tak pernah buat breast screening lagi huhuhu..

Wednesday, October 05, 2016

Cajun roasted chicken


Last weekend ada small gathering with kakak-kakak roshar kat jalan kebun..selalunya kteorang wat bbq but kali ni just wat roasted  chicken je sebabnya malas nak hidupkan api berasap-asap bagai hehe..menu kali ni cajun roasted chicken, salad simple, kupang+udang+ketam masak sambal then nasi putih plus desert macam biasa my pavlova..roshar sempat snap pic chicken and salad jer yang lain tak sempat sebab dah tak sabar nak masuk mulut haha..

roastedchicken.jpg
 Ni la rupanya cajun roasted chicken with lemon+kentang..

salad.jpg
Salad+mayonis simple..

Resepi untuk cajun roasted chicken:

Satu ekor ayam 
Rempah cajun (ready made beli kat hero)
Sebiji lemon - diambil jus dan dihiris nipis
Gula perang - satu sudu besar
3 biji kentang - di potong dadu
Black pepper - satu sudu kecil (ikut selera masing-masing, kalau suka pedas letak lebih)

Cara-cara:

Lumurkan ayam yang dah bersih dan dipotong dengan gula perang, rempah cajun dan black pepper sehingga rata di dalam dan di luar..rempah cajun tu dah lengkap semua herbs and a bit masin..sebab tu roshar tambah gula perang sikit untuk kurangkan masin and sesedap rasa..then masukkan jus, hirisan lemon dan kentang..gaul sebati dan perapkan lebih kurang 3 jam..after 3 jam bolehla dibakar sehingga masak..roshar pakai periuk ajaib jer, ayam cepat masak dan masak rata..

Untuk salad plak roshar beli jer salad yang dah siap tu, then tambahkan mayonis and sedikit jus lemon..siapp!

Senangkan dan sedappp sangat..next time boleh buat lagi..pavlova roshar macam biasa licin hehe..my habib sorang jer yang tak reti makan pavlova haha..dia memang tak suka menda yang ala-ala cheese or cream gitu..


Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...