Monday, October 10, 2016

Throwback diy majlis kahwin roshar

Lepas dah 3 tahun lebih kahwin baru sekarang nak upload hasil-hasil diy masa roshar kahwin dulu haha..mostly untuk majlis kahwin kteorang dulu dari kad kahwin. bunga pahar, bunga telur, hantaran, manik pada baju nikah dan veil roshar diy jer..tak tergambar perasaan masa tu, happy dan puas sebab dapat abadikan kenangan terindah hasil penat lelah sendiri..

Bagi pasangan yang bakal berkahwin tu kalau nak lebih jimat cuba la diy jer..tapi kalau bajet banyak dan nak yang terbaik boleh la ambik pakej-pakej kat butik pengantin kan..selalunya orang cakap kahwin ni kan sekali, takkan nak wat ala kadar jer, apa salahnya keluar bajet lebih sikit dan buat majlis yang grand kan..but bagi roshar untuk majlis kahwin roshar pilih sederhana sebab kehidupan lepas kahwin tu yang lagi penting dan banyak lagi nak guna duit..

Antaranya sewa rumah atau beli barang-barang kelengkapan rumah..bagi yang dah prepare simpan duit, dah beli rumah dan barang-barang keperluan like freezer, mesin basuh and etc. sebelum kahwin tu ok la kan tapi bagi couple yang belum prepare apa-apa maybe akan rasa berat skit la..tambah lagi sekarang ni dengan kos hidup dan kos barang-barang yang sangat tinggi..

Masa roshar kahwin 3 tahun yang lepas, anggaran kos keseluruhan termasuk pakej pelamin dan baju pengantin, katering, photographer, barang hantaran dan kelengkapan like reben etc. tu lebih 10k ++..kalau sekarang ni tak tahu la..

married1.jpg
Pelamin kami, roshar ambik pakej biasa-biasa jer as long as cantik bagi roshar dan harga pun ok..pakej pelamin dan baju pengantin roshar ambik dari Butik Perkahwinan Ewan di bandar Kuala Terengganu..sesiapa yang tengah cari butik kahwin tu bolehla search fb dia..

married2.jpg
Fokus pada bunga pahar jangan fokus pada pengantin kat belakang tu haha..sebabnya bunga pahar ni roshar diy guna kertas crepe..xtau berapa banyak kertas crepe roshar angkut kat kedai fah lean and sayang you hehe..lebih takpe jangan kurang, kalau tak cukup susah nak cari warna yang sama..

married3.jpg
Gubahan ni dari pihak lelaki untuk roshar..kakak roshar tolong buat hantaran ni atas sebab-sebab tertentu hehe..

married4.jpg
See handbag pink..huhu..tengok handbag ni terus jatuh cinta pandang pertama haha..


married5.jpg
Hantaran untuk letak cincin ni pun roshar diy..tapak tu roshar memang beli gabus bulat yang tinggi sikit..then bunga kat tepi tu roshar beli kat sayang you, semua house...semua barang-barang kelengkapan daripada bunga, reben, kertas crepe dan lain-lain roshar banyak beli kat sayang you dan kedai bunga fah lean di balakong..tak tau la berapa kali duk ulang alik ke kedai ni huhu..ada jer barang yang tak cukup..

married6.jpg
Hantaran untuk pihak lelaki..roshar dapat idea asal dari kedai sayang you kat semua house tu..selebihnya idea roshar sendiri..

married7.jpg
Lagi hantaran buku untuk my husband..actually buku ni sorang satu ada, husband bagi kat roshar then roshar plak bagi kat husband..sorang satu senang nak baca haha..

married8.jpg
Polistren lapik kat bawah tu roshar beli kat sayang you..kat situ memang banyak choic.. nak yang bulat, petak tebal nipis semua nya ada..puas jugak la fikir nak buat bentuk apa..


married9.jpg
Set perfume, shower gel and face wash..sudahnya face wash tu roshar yang pakai haha..

married14.jpg
Masa ni baru sampai masjid..sempat lagi posing walaupun hati berdebar-debar dubdabdubdab..


married13.jpg
Hasil diy veil dengan kos yang sangat minimum..


married12.jpg
Ni dekat masjid, sementara tunggu pihak pengantin lelaki sampai..berdebar-debar kot time ni hehe..


married10.jpg
Bunga telur tu pun roshar diy, bentuk bunga rose..roshar dapat idea buat bunga rose tu dari printerest..tak susah mana nak buat..korang try la search..

married11.jpg
Yang ni pulak pakai baju sanding..roshar and husband memang tak suka sangat bergambar..ya Allah dua-dua kekok and keras jer time tu..photographer yang banyak ajar kami pose macam ni macam tu haha..

Alhamdulillah dah 3 tahun usia perkahwinan kami dengan seorang cahayamata setakat ni hehe..banyak pahit dan manis yang dah kteorang lalui dan tempuh bersama..semoga bahtera yang kita bina ni sentiasa dilimpahi keredhaan, rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan hingga hujung usia..aamiin...

Info: Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd ( http://www.fahleanfloral.com/)
        No. 2 & 2A, Jalan 1/3,
        Taman Industri Selesa Jaya
        43300 Balakong, Selangor, Malaysia
        Tel : +603-8962 3670 , +603-8961 4660
        Faks:+603-8962 3675







No comments:

Post a Comment

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...