Friday, May 20, 2016

Tips Blueberry Cheese Tart Gebu

Tips ketembaman cheese tart ni dari kak sariyusa iaitu jangan putar krim keju pada suhu bilik yer..sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk..telur pula mestilah segar dan seeloknya dari peti sejuk..roshar dah pernah try soo memang menjadi dan sangat puas hati.. 

 Selamat mencuba!

Dia Semanis Honey!

Sekarang roshar & habib memang addicted to drama Dia Semanis Honey lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana..rasanya sekarang ni memang tengah hot kot kat mana-mana..cerita ni setiap hari Isnin hingga Khamis jer so every day we all akan terpacak depan tv tepat puku l0.00 malam haha..yang tak tahan tu my habib & amani pun boleh join sekali..rasanya jarang kot my habib ni follow cerita-cerita drama yang berepisod ni..sekarang ni kan tengah hot BadmintonThomas Cup, my habib memang peminat tegar badminton..kebetulan cerita Dia Semanis Honey main tengah ada game best badminton jugak, so terpaksa tukar-tukar chanel la time iklan tu..haishhh kacau la habib time orang tengah syok layan Ahnaf Wafiy dan Hani Safira! ^-^

awhs.jpg

Tak sabar tunggu hari Isnin nak tengok episod seterusnya boleh gitu haha..soo cute & sweet tengok gelagat Ahnaf Wafiy dan Hani Safira bila bergaduh dan merajuk haha..good job Alif Satar dan Siti Nordiana berjaya menyampaikan watak dengan baik..


Salam Ramadhan Al Mubarak 1437 Hijrah


Salam Ramadhan Al Mubarak 1437 Hijrah dari rosharamani sekeluarga yang tinggal a few days lagi..


Sama-sama kita amalkan doa ini, semoga Allah panjangkan usia kita dan temukan kita dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba..

doa.jpg

p/s    *semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sebelum
         *dapat tingkatkan amal ibadah dibulan yang penuh barokah, aamiin insyaAllah....
     

Thursday, May 19, 2016

Xperia Z5 Premium Pink

Sony bakal memperkenalkan warna merah jambu bagi model telefon Xperia Z5 Premium..wooww menarik tertarik kot especially bila warna pink memang idaman kalbu la hehe..roshar memang suka phone Sony dari dulu..before ni dah pakai dua phone Sony, yang first dah lupe model apa tapi phone tu hilang dalam train yang second plak Sony Xperia V jatuh & rosak terus..memang rasa nak menangis la bila phone tu dah rosak plus phone tu ada sentimental value kot bagi roshar..my new phone is Asus Zenfone, right now itu je yang mampu hehe..so jom tengok spesifikasi sony Xperia Z5 Premium ni:


SONY XPERIA Z5 PREMIUM 


Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 810, 64-bit Octa-core
         Kamera: 23MP
         Paparan: 5.5" 4K Triluminos Display
             Berat: 181g
       Kad SIM: SIM, Nano SIM Jangka Hayat bateri: 2 hari
         Dimensi: 154.4 x 76.0 x 7.8 mm
                  OS: Android 5.1 Lollipop
                 Ciri: IP 65/68

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru


guru.jpg

Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar pendidik..especially guru-guru di SMKTLS, Kolej Shahputra Kuantan and also teacher's at Taska Bonda Mama Ilham Zarif, Presint 14..thank you for being such a great teacher to my kids!

Tuesday, May 10, 2016

Rangsang Anak Bercakap

Rangsang Anak Bercakap

Baru-baru ni roshar ada baca kat paper tentang rangsang anak bercakap..seawal usia 10 hingga 12 bulan bayi sudah boleh ungkap perkataan biasa didengar. Bayi mula belajar bercakap menerusi individu yang berada di sekeliling yang kerap bersamanya. Lazimnya bayi mula memberi tindak balas sebaik saja mereka dilahirkan manakala kanak-kanak normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia 8 bulan ke 1 tahun setengah.  

Enam bulan pertama saat yang amat penting apabila ibu bapa perlu berkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap. So jom tengok beberapan panduan terhadap perkembangan percakapan bayi mengikut usia mereka.

Bayi baru dilahirkan 

Sebenarnya bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi juga boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada usia sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada usia satu hingga dua setengah bulan.

amani.jpg
 Our little princess, Amani Humaira..masa ni umur dia dua bulan lebih tak silap..

Bayi usia tiga bulan

Bayi boleh meniru bunyi percakapan.

Bayi usia empat bulan

Bayi boleh menyebut satu suku kata contohnya ba, da.

Bayi usia lima bulan

Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang contohnya bababa dan lalala.

Bayi usia enam bulan

Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar seperti emak, ayah atau tak.

Bayi usia tujuh bulan 

Kebanyakan bayi boleh menyebut mama dan dada yang tidak hanya kepada ibu dan ayahnya.  Waktu amani dulu dah boleh sebut baba (babah).

Bayi usia lapan bulan

Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang tangan anda.

Bayi usia sembilan bulan

Dalam lingkungan usia ini, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.

Bayi usia 10 bulan

Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul.

Bayi usia 11 bulan

Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan selain emak atau ayah.

Bayi usia 12 bulan (setahun)

Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya.


Alhamdulillah syukur sangat amani since 9 bulan lebih mulut dia dah bising and now mulut dia memang potpetpotpet jer..kekadang tu kami gelak jer tengok gelagat dia bercakap..actually since dalam perut lagi roshar praktikkan bercakap-cakap dengan dia sebab roshar pernah baca dalam buku indahnya dunia hamilku..kita kena praktikkan berkomunikasi dengan baby dalam perut untuk rangsang anak kita cepat bercakap..bila roshar start bercakap-cakap ngan dia sambil gosok-gosok perut terasa respon dari dia bergerak-gerak, seronok sangat time tu haha..bila amani lahir pun roshar teruskan bercakap-cakap ngan dia ..roshar start hantar amani kat taska umur dia 3 bulan so selalunya balik dari taska kat dalam kereta tu roshar dah start bercakap-cakap ngan dia walaupun dia belum faham dan belum ada respon pun kan hehe..sekarang ni bila dia dah besar, dah jadi kebiasaan balik dari taska kat dalam kereta tu dia dah start cerita, dia tengok tv or main ngan kawan..

Untuk ibu-ibu yang tengah pregnant tu, cuba la praktikkan, rasa dan tengok perkembangan baby bila dah keluar nanti macam mana..

Monday, May 09, 2016

Nikmat dari Ikhlas Memberi

ikhlas-memberi.jpg

InsyaAllah bila kita ikhlas memberi Allah akan memudahkan dan menambahkan rezeki kita..tak perlu nak tunggu duit banyak baru nak memberi..roshar pegang prinsip walaupun sedikit yang kita beri, Allah akan gantikan ngan nikmat dan rezeki yang lebih lagi untuk kita & keluarga..maksud rezeki ni bukan hanya dari segi duit, material yang nampak dengan mata kita je kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia itu pun rezeki yang Allah kurniakan kat kita..

Roshar nak share pengalaman sendiri merasai nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..al kisahnya ada satu hari tu roshar ada la memberi sedikit duit kepada seorang hamba Allah, sikit je pun yang roshar bagi dan dalam hati  masa tu roshar niat moga Allah gantikan dengan rezeki yang lain dengan pemberian yang sikit tu..siapa sangka janji Allah dan izinNya pada hari yang sama jugak Allah gantikan duit roshar tadi dengan jumlah yang berkali ganda..ya Allah betul-betul gantikan roshar dengan rezeki yang lebih dari yang roshar. ..ya Allah masa tu roshar rasa macam nak nangis..sesungguhNya Allah  maha mendengar akan doa hamba-hambaNya, maha pemurah lagi maha penyayang..bila kita ikhlas memberi sesuatu tu tak kisahla dalam bentuk wang ringgit dan sebagainya, insyaAllah Allah akan memudahkan rezeki kita dan kurniakan kita rezeki yang kita tak sangka-sangka..

Sebenarnya kalau kita tak pernah dan jarang memberi sesuatu kepada orang lain ni memang terasa berat dan susah sangat seriously..jom sama-sama kita teruskan memberi sesuatu kepada orang yang susah mahupun orang disekeliling kita walaupun sedikit..
 

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...