Skip to main content

Resepi laksam terengganu mudah

Resepi Laksam Terengganu Mudah

Bahan-bahan: Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
Sedikit garam (roshar tambah)

Campurkan tepung beras, tepung gandum, air suam dan sedikit garam..kacau sehingga sebati.
Sebelum kukus sapukan minyak pada permukaan  tudung periuk @ terpulang bekas apa yang anda guna.
Panaskan sekejap dalam periuk pengukus.
Bolehla letakkan adunan tepung tadi.
Kukus lebih kurang 2-3 minit.
Nak tau laksam dah masak  ke belum, permukaan laksam tu akan menggelembung.
Keluarkan dan bolehla di gulung.
Ulang sapukan minyak pada tudung periuk @ bekas sebelum letak adunan tepung.
(Tujuan sapu minyak supaya laksam tak melekat dan mudah digulung)




Ni bila laksam dah masak..dia akan menggelembung macam ni..maafkan rupa tudung periuk yang tak berapa cantik tu yeh hehe..

Bahan-bahan: Kuah Laksam
5- 6 ekor ikan selayang/kembung/selar
5 ulas bawang merah (bawang besar pun boleh)
Sedikit lada hitam
Asam keping 
1 1/2 santan kotak
Sedikit garam

Ulam: Kacang panjang, tauge dan timun batang..ikut selera masing-masing
Sambal cili: Cili besar dan cili padi, ditumbuk bersama sedikit belacan.
 
Rebus ikan selayang/kembung/selar, perisikan dan buang tulang.
Tumbuk bawang merah dan lada hitam dan isi ikan.
Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan sebentar.
Masukkan bawang merah, lada hitam dan isi ikan yang telah ditumbuk dan asam keping.
Biarkan sehingga menggelegak sedikit dan tambahkan garam.
Bolehla di hidang.



 Laksam yang dah siap




Comments

Popular posts from this blog

Lemang segera dari Nona mudah, cepat dan sedap

Emm roshar sebenarnya first time dengar and makan lemang segera dari NONA ni hehe..last raya puasa oficemate roshar buat open house..time tu la roshar rasa and terus tersuka lemang segera ni..rasa dia ok la bagi roshar walaupun xla selemak dan seenak lemang bakar original kan hehe..emm pasni senang la bleh la roshar try masak kalau teringin nak makan lemang..

So masa hari raya haji haritu roshar decide nak masak lemang segera ni..emm tapi puas roshar cari kat mydin, aeon big, tesco semua takda jual lemang segera ni..hurmmm keciwa la plak huhu..bukan apa roshar sebenarnya cari menu yang senang dan cepat nak masak huhu..kebetulan plak raya haji raya umah mak mertua lagi..lagi la roshar nak cari menu yang simple dan cepat haha..nasibla mak mertua roshar kan dapat menantu macam roshar kalau bleh semua nak yang segera dan senang jer..al maklumla skill masak terlebih ahaha..
At last kawan roshar tolong belikan kat pasaraya Hero Sg. Besi..tqvm la pada kawan roshar tu hehe..then petang sebelum …

Suku Suku Separuh Amalan Pinggan Sihat Malaysia

Mesti tertanya-tanya kan apala yang suku suku separuh nya tu hehe..suku suku separuh tu adalah untuk sajian atau pinggan sihat Malaysia dimana:
i) Suku        : Nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi ii)Suku ke II: Ikan, Ayam, Daging dan kekacang iii)Separuh   : Buah-buahan dan sayur-sayuran
Bila tengok gambar macam ni rasanya lagi senang kita faham dan nak amalkan kan....jomm sama-sama amalkan makan secara sihat dengan cara pinggan sihat malaysia suku-suku separuh ni untuk memastikan  kesihatan yang lebih berkualiti..
Dengan kecanggihan teknologi dan kemajuan IT, kadar kalori makanan yang kita makan sehari-hari boleh diketahui degan application MyNutriApss: MyNutriDiari dimana kita boleh download di Google Play atau App Store tau..rasanya ramai lagi yang tak tahu tentang application ni..so boleh la download nanti..

Mini Pavlova

Tadaaa my mini pavlova all time favourite!selalu roshar buat yang besar..sesekali bila mood rajin datang jadila mini pavlova ni..roshar still guna resepi yang sama dari blog cahayacintaku ni..roshar memang suka tengok resepi dari blog cahayacintaku ni like cheese cake and etc.





Yummmy!