Thursday, January 12, 2017

4 tahap didik anak ikut Sunnah Rasulullah




 Kesayangan mak dan babah, Amani Humaira..

Tahap pertama : (0 - 6 tahun - mumayyiz)

Pada  masa ini anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih sayang, diajak bermain dan bergurau agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Tahap kedua: (7 - 14 tahun )

Pada waktu ini, ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan kasih sayang tetapi tegas dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab.  Didiklah mereka tentang solat, puasa dan ibadah lain.

Tahap ketiga : ( 15 -21 tahun)

Ketika ini, ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan cara berkawan.  Bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap ke empat: (21 tahun ke atas)

Ibu bapa hendaklah memberi kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan  dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Anak adalah amanah dan tanggungjawab kita bukan hak milik.

2 comments:

Maria Firdz said...

Nice sharing...

roshar amani said...

terima kasih kak Maria Firdz..

Post a Comment