Thursday, September 08, 2016

Doa jika terbangun di malam hari

Perkongsian bersama jika kita terbangun di malam hari, jom amalkan doa kat bawah ni kemudian bangun sembahyang tahajud atau pun solat-solat sunnat yang lain..kekadang tu kalau terbangun roshar istighfar pastu kroh-kroh sambung tidur balik..susah benor nak tinggal tempat tidurkan (buruk perangai kan!).

doa.jpg

Tugas Seorang Isteri


isteri.jpg

Gambar kat atas tu menggambarkan tugas harian seorang isteri huhuhu..kaum lelaki belum tentu dapat buat semua tu tau!especially kalau isteri tu bekerja like me(huhuhu) memang rasa tak cukup kaki tangan..mana nak masak, nak kemas rumah, nak basuh baju dengan anak buat perangai dan sepahkan rumah..phewww memang stress kalau semuanya nak buat sorang-sorang!

So far alhamdulillah my habib banyak tolong roshar buat kerja rumah, tqvm habib! rasanya semua isteri nak & happy sangat kalau suami dia tolong buat kerja rumah..tolong tengok dan jagakan anak-anak pun dah ok dah kan..

Hope suami-suami kat luar sana tu kalau pun tak setiap hari, sekali sekala tu ringankan la tulang tolong isteri-isteri wat kerja rumah yeh..kalau masing-masing give and take rasanya rumahtangga lagi harmoni dan bahagia..

Tuesday, September 06, 2016

MySihat Run 2016

Just wanna share bagi yang suka join aktiviti larian, boleh la join MySihat Run 2016 ni..

Tarikh: 26 November 2016
Tempat: Presint 3, Putrajaya 
Pada: 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari 
Yuran Pendaftaran: RM80.00
Hadiah menarik kot!

run.jpg

Untuk maklumat lanjut bolehla layari: www.runnerasia.com

 

Thursday, September 01, 2016

Tips Bersihkan Rumah

Untuk sesiapa yang rajin sangat kemas rumah macam roshar ni (rajin sangat haha!) bolehla cuba tips-tips kat bawah ni..yang kilatkan lantai tu roshar dah cuba memang berkilat lantai..

Tips.jpg


Tips.jpg


Tips.jpg


Tips.jpg

Sukatan gram ke sukatan cawan

Roshar nak share info sukatan gram ke cawan dalam resepi masakan..kebanyakan resepi kat google selalunya guna sukatan dalam gram, roshar so far takde penimbang kat rumah..nak beli asyik tangguh jer..bila time teringin nak buat kek tu cari resepi kat encik google kebanyakannya guna sukatan gram..susah sikit la kan..

sukatan.jpg

So sesiapa yang xde penimbang macam roshar info ni sangat2 berguna & membantu bila nak buat kuih muih or cake..

Tuesday, August 23, 2016

Churros dan Choco Dip

Weekend hari tu, tetiba teringin sangat nak makan churros..pastu plak ada geng kat rumah..anak buah roshar datang, tu yang jadi lagi semangat nak buat sebab ada orang tolong huhu..roshar follow resepi kak azlitamasammanis.

Tapi lupa plak nozel takde..plastik piping ada, so kita guna apa yang ada jela..godek punye godek jadi la rupa macam kat bawah ni..dah siap churros baru teringat sos chocolate nya tak buat lagi..tengok dalam almari coklat serbuk, susu cair susu pekat manis ada la..then butter cup pun ada..

Sudahnya roshar try jer resepi sendiri kahkahkah..

1/2 tin susu cair
1/2 susu pekat manis
Coklat serbuk (roshar guna Hershey)
butter cup (agak-agak jer)
satu sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
Panaskan susu cair, masukkan susu pekat manis, coklat  dan butter cup dengan api perlahan..kacau dan sebatikan..agak-agak gelegak skit angkat..tambah esen vanilla satu sudu teh..roshar tapis sebabnya berketul..then dah siap, boleh la dip churros..

churros.jpg

Zikir Harian

Ingatan untuk diri sendiri yang rasanya sentiasa leka dengan dunia yang sementara ni..nak tunggu duduk atas sejadah lepas solat dan berzikir mungkin kita tak terbuat, kekadang tu pun lepas je solat sempat baca doa dua tiga patah dah amani suruh bukak telekung ajak main..sambil kita solat pun kadang tu dah macam-macam menda pelik dia boleh buat..bila ada anak kecik ni camtu la..bukan roshar nak jadikan anak tu alasan yeh, tapi tula keadaan nya..


zikir.jpg

Roshar ingatkan diri roshar sendiri harap dapat jadikan amalan zikir harian ni..saham kita untuk akhirat sana yang abadi..sesiapa yang selalu ngadap jammed tu of course la tension and stress kan  dari kita layankan amarah kita bebel or marah-marah pada driver-driver kereta lain baik la kita berzikir, marah kita terus down baru la tenang sikit hati nak ke office or destinasi yang dituju kan..

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...