Friday, April 01, 2016

Shell Out Versi Sendiri

Emm last two week kteorang wat family gathering kat umah kak long roshar @jalan kebun..selalunya dalam  2 3 bulan sekali kteorang wat gathering..coz time2 camni baru la boleh berkumpul adik beradik yang ada kat sini selain dari hari raya kan..sekarang kan tengah famous ngan shell out huhu..so kteorang pun terliur & decide wat shell out versi sendiri..barang2 basah semua kakak roshar yang duduk equine belikan coz dia dekat ngan pasar borong Selangor..memang berbaloi-baloi beli kat citu kat seafood dia memang fresh2 & harga pun murah..

Roshar punye part kali ni wat desert sebab tu yang paling senang kan hehe..tu pun nasib baik si manja amani tidur tengahari tu so bleh la roshar fokus skit kan hehe..roshar wat pavlova & puding cocktail..resepi shell out tu kteorang wat sambal je..udang, ketam, lala & sotong setengah kteorang goreng with chilli flakes, bawang putih & setengah lagi kteorang bakar camtu je..so menu malam tu nasi goreng, seafood, ikan bakar, chicken wing,salad desert & air tembikai laici..pendek kata complete lari dari seafood  ayam ikan salad semua ada huhu..memang makan sampai lebam la kteoran malam tu..yang penting enjoy & dapat eratkan hubungan adik beradik semua..so kite tengok gambar je la yeh hehe..

pavlova.jpg
Pavlova roshar dapat sambutan malam tu..puas hati tengok diorang makan hehe..

puding-cocktail.jpg
Puding cocktail..nanti kita share resepi erk..
udang-lala-sambal.jpg
Udang & lala masak sambal..
sotong.jpg
Sotong goreng with chilli flakes, lemon & garlic..


bbq.jpg
Chicken wing &  ikan talapia..ikan talapia tu kebetulan abg ipar roshar pergi mancing & dapatla 4 ekor..jadi la rezeki kteorang jugak malam tu huhu..
salad.jpg
Salad ala ala Jamie Oliver gitu by kakak roshar..
shell-out.jpg
After di combine semuanya jadi la macam ni..menarik tak?hehe..lupa plak nak beli kerta putih & plastik..at last kteorang decide letak dalam talam je hehe..
 *Emm nanti kita repeat lagi yeh..memang puas  hati sangat bila wat sendiri..cuba la!

Happy Anniversary

HAPPY ANNIVERSARY!
  29.03.2013
to
29.03.2016

ijabdankabul.jpg
29.03.2013 - Saat di ijab kabulkan

babymoon.jpg
Babymoon at Cameron Highlands

little caliph.jpg
Our 1st caliph Amani Humaira..

Blueberry Chesee Tart

Sejak dua menjak ni roshar makin suka plak makan blueberry chesee tart ni..kalau beli emm rasa macam tak puas lak makan..ape lagi terus cari resepi blueberry chesee tart kat encik google..search2 puanya search roshar pilih resepi dari  blog ni  http://sariyusa.blogspot.my..gebu2 gebas chesee tart dia gerammm je roshar tengok haha..kebetulan cream chesee dah ada dalam fridge just cari shell dia jela..emm nak wat shell dia tu macam malas la pulak hehe..then roshar beli je ready made shell dia kat Yummie Bakery, Bangi..hari Jumaat gov kan rehat lama amani plak takda time tu memang sesuai sangat la nak membaking hehe..tubtabtubtab roshar bersilat sorang2 kat dapur siap la roshar punya blueberry chesee tart..yeayyy!menjadi tapi tak la segebu yang sariyusa punya hehe tapi ok la kan puas hati makan..amani pun suka makan just my habibi jela dia memang tak suka chesee2 ni hehe..
chesetart.jpg
rosHaramani blueberry chesee tart nama dia haha..emm not bad la kan rupe dia hehe..












Tentang rahsia ketembaman krim cheese tart itu pula rasanya telahpun diberitahu oleh Kak Azita Zain iaitu jangan putar krim keju pada suhu bilik. Sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk. Telur pula mestilah segar dan seeloknya dari peti sejuk.

Tuesday, March 29, 2016

Serangan Impetigo

Al kisahnya bermula minggu lepas, roshar perasan ada naik merah bulat kecik kat bontot amani..malam tu amani dah mula menggaru & tak tidur sangat..roshar ingat ruam biase jer tetibe esoknye tu terkejut roshar tengok dah sebesar syiling 20 sen..roshar try letak minyak gamat & fobancort..

Roshar still hantar amani kat taska..balik dari taska tengok dah ade 2 biji lagi naik pastu ade jugak dah pinggang dia tapi kecik lagi la..roshar still letak minyak gamat then esoknya makin besar jugak..then roshar terus suruh husband ambik half day kteorang bawak amani pergi Klinik Pakar An-Nur kat bangi tu..Dr. cakap amani kena Impetigo jangkitan kulilt disebabkan bakteria..pastu Dr. bagi sabun untuk mandi, antibiotik untuk seminggu  dan ubat sapu..

Mulanya roshar ingat Impetigo ni jenis yang tak berjangkit coz amani pernah jugak kena sakit lebih kurang macam ni..tapi roshar hantar jer kat taska..the next day lepas g klinik tu, roshar hantar amani taska then dorang tolak, dorang nak surat dari Dr. yang mengesahkan sakit amani tu tak berjangkit..dah satu hal roshar nak kene pergi klinik balik mintak surat phewww..tetibe kat klinik Dr. cakap tak boleh keluarkan surat yang roshar nak tu rupe-rupenye Impetigo ni boleh berjangkit..haah terkejut gak la roshar..so nak tak nak hari Khamis tu satu hari suntuk la amani ikut roshar kat ofis..

On the next day tu husband roshar plak cuti jaga dia kat rumah..hari ni plak kebetulan anak buah roshar datang dari kampung, so roshar mintak tolong dia jagakan hehe..tq very2 much Bella tolong m.dek jagakan amani nanti m.dek bawak jalan2 yeh hehe..jom kita kenali apa itu Impetigo untuk perkongsian bersama dari Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu Impetigo?

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bahagian badan manakah ia berlaku?

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :
  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.
Komplikasi
Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam / Sepsis.
  • Cellulitis.
  • Osteomyelitis.
  • Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  • Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  • Bawa anak anda berjumpa doktor.
  • Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan.
  • Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.
Tindakan lain :
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh.
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar.
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.

*sumber dari KKM
 
#semoga Amani Humaira mak babah cepat baik dari sakit ni & boleh pergi taska macam biasa..ujian untuk amani,ujian untuk mak babah jugak dalam besarkan amani...

    Santai petang di Dataran Masjid Putra, Putrajaya

     Sebabkan dah tak tau nak kemana asyik jelajah shopping complex je, so kite jalan-jalan kat dataran Masjid Putra je..as long dapat bawak amani main-main kat luar dari terkurung je dalam rumah..sekarang amani dah pandai ajak jalan huhu.."Mak, jom jalan jom"..mak senyum jer sambil jeling-jeling kat babah bagi isyarat hehe..bila dia dah ajak camtu means dia dah boring la kan main kat rumah jer..

    amani.jpg
     Seronoknya dia bebas berlari sana sini..sesekali terlepas

    amani-santai.jpg
     Berehat kejap penat lari hehe..

    amanidanbabah.jpg
    Babah melayan anak manja dia..
    amani.jpg
    Babah yang kepenatan sudah..takpe la kira excercise jugak la kan hehe..

    Monday, March 14, 2016

    Insomnia vs Selsema

       
    wallframe.jpg
                                               
           Hummm puas pusing kiri pusing kanan, sangat tak suka bile selsema melanda diri coz buat ape semua tak kena, makan takde rasa nak tidur hidung plak tersumbat+bersin,insomnia jadinya..fuuuhhhh.makan ubat karang takut x sedar plak budak kecik tu terjaga nak susu..my hubs aka my spouse tak tidur lagi nak siapkan slide presentation die..then teman kan dia until siap..selalunye teman separuh jalan roshar dah  lena diulit mimpi kesian my dear husband sorang2 huhu..as a wife sesekali dapat teman dia, wat kan air panas utk dia sumbangan idea yang bernas skit (bernas sangat ahaha) fefeeling love gitu..berdua lebih baik walaupun hidung tengah kembang kempis kah3..

    husband.jpg
    My husben aka habibucuk tengah fokus siapkan keje die..mainan yg bersepah tu abaikan yeh hehe..


     Teringat kata kata "Behind every successful man is a womanbehind her is his wife..Yes, iam!hope so..no matter what happens @ anytime, i will stand by your side support you dear hubs!

    Monday, March 07, 2016

    Homemade Bun Manis


    Hari tu roshar ade baca kat fb kawan-kawan duk share resepi homemade bun manis, tengok cara buat & bahan2 simple jer so roshar save dlu kat wall roshar..tetibe hari tu teringat plak pasal resepi tu terus tengok balik cara2 & tengok bahan2 sume ada..amani plak tidur masa tu, then mula la sesi kite meroti hehe..rupa  dan rasa ada cuma kulit kat atas dia tu keras skit kenapa entah huhu..maybe tak cukup uli atau terlebih tepung..sebabnya masa nak nguli tu masih terlekat kat tangan so roshar pandai2 jer tambah tepung sendiri hehe..mmm maknanya kita kena try & try lagi lepas ni hehe..

    bunmanis.jpg
    Dah ilang satu disitu ada orang dah curi hehe..
    minumpetang.jpg
    Makan panas2 cicah plak air nescafe...mmmmhhh sedap huuhu..

    Karipap Inti Sardin

    First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...