Monday, June 13, 2016

Resepi Rempah Ikan Bakar Simple Bonda

Semalam sambil duk lepak-lepak ngan husband sambil tengok tv, tetiba dapat ilham nak wat rempah ikan bakar..tak wat apa macam bosan pulak kan..then terus ajak husband pergi mydin presint 15 ni cari barang-barang..sebelum ni roshar pernah tolong mak masak so still ingat la sikit-sikit letak apa, tapi call jugak mak roshar nak confirmkan lagi sekali bahan-bahan dia then cara-caranya camana..ok jomm roshar share resepi ek..just wanna share, saya budak baru belajar hehe..

Bahan-bahan:

Bawang besar (5 labu)*
Bawang merah (5 labu)*
Bawang putih (6 ulas)*
Tomato (5 bij)*
Cili kering (3 senduk) - cili boh pun boleh tapi cili kering lagi sedap.
Limau nipis (satu sudu besar)
Daun limau purut (dua helai)
Daun kunyit (setengah helai)
Serai (dua batang)
Gula merah (orang terengganu panggil nisan) - setengah
Garam (secukup rasa)

Bahan yang bertanda * di blend sekali




Cara-cara:

Tumiskan cili kering yang telah di blend sehingga pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan yang bertanda *  yang telah di blend.
Masukkan daun limau purut dan serai yang telah di ketuk.
Biarkan mendidih sehingga hampir kering.
Masukkan air limau lipis dan gula merah, garam secukup rasa.
Kacau sekali sekala coz takut hangus kat bawah.
Bila dah hampir kering baru masukkan daun kunyit yang telah di racik.
Biarkan sehingga kering.
Untuk bangkitkan rasa, perahkan limau nipis or limau kasturi bila dah masak ngan ikan and etc. nanti..


rempahikanbakar.jpg
Ni masa mula-mula masak, masih banyak air..masak dalam sejam lebih jugak la..


rempahikanbakar.jpg
Dah siap..so menu semalam ikan susu bakar+tomyam+nasi goreng..memang terangkat la dah ala-ala menu kat kedai gitu..tak sempat snap plak gambar nasi goreng by my habib hehe..


rempahikanbakar.jpg
Dapat la 3 bekas macam kat atas..satu stok roshar, satu kakak roshar and officemate dia..sharing is caring kan hehe..yang penting my habib suka! ^-^

Balik dari mydin tu sempat lagi singgah kat presint 3 di Kompleks Perbadanan Putrajaya ada Jualan Gudang The Store hingga 7 Julai ni ..roshar grab baju amani beberapa pasang huhu..dah alang-alang pergi takkan tengok je kan..kering dah purse mak untuk amani, nasib baik esok bonus hehe..sesiapa yang di sekitar Putrajaya ni boleh la datang yeh..

No comments:

Post a Comment

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...