Tuesday, April 19, 2016

Resepi Pavlova Mudah

Weekend hari tu, roshar wat pavlova lagi dan lagi hehe..dah lama tak pergi rumah kakak roshar kat jalan kebun tu, so decide wat pavlova untuk anak-anak buah..diorang memang suka sangat pavlova ni...so jom roshar share resepi pavlova mudah ni..

Bahan-bahan:

4 biji telur (putih sahaja tau)
1 cawan gula kastor (roshar letak dalam 3/4 cawan je )
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
  1. Putarkan telur putih sampai bertanduk (means bila terbalikkan bekas tak jatuh) roshar pakai kelajuan mixer yang maximum.
  2. Masukkan gula kastor, then mix lagi sampai nampak adunan meringue berkilat gitu.
  3. Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla..roshar masukkan je semua sekali kaupkan pakai spatula. (Oven dipanaskan dulu lebih kurang 15 minit, suhu 150 C)
  4. Letakkan baking paper diatas dulang, then letakkan meringue tu..ikut suka hati nak bentukkan macam mana tapi jangan terlalu tinggi. (roshar pernah wat tinggi sebelum ni, meringue masak tak sekata)
  5. Masak dengan suhu 130 C masa 1 jam 30 minit (api oven atas bawah)..roshar rasa suhu depends on oven masing-masing.  
  6. Tunggu la sampai masak, biarkan pavlova sejuk dalam oven sekejap yeh sebelum keluarkan.

Geram & tak sabar je nak keluarkan dari oven hehe..


pavlova-mudah.jpg
 Yeay!its ready..


pavlova.jpg
Tadaaa!lepas dah touch up..kebetulan ada coklat dalam fridge so kita letak la kat atas tu hehe..


valuepride.jpg
roshar suka whipping cream value pride ni..selalu beli kat pasaraya hero..

*Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...