Tuesday, March 29, 2016

Serangan Impetigo

Al kisahnya bermula minggu lepas, roshar perasan ada naik merah bulat kecik kat bontot amani..malam tu amani dah mula menggaru & tak tidur sangat..roshar ingat ruam biase jer tetibe esoknye tu terkejut roshar tengok dah sebesar syiling 20 sen..roshar try letak minyak gamat & fobancort..

Roshar still hantar amani kat taska..balik dari taska tengok dah ade 2 biji lagi naik pastu ade jugak dah pinggang dia tapi kecik lagi la..roshar still letak minyak gamat then esoknya makin besar jugak..then roshar terus suruh husband ambik half day kteorang bawak amani pergi Klinik Pakar An-Nur kat bangi tu..Dr. cakap amani kena Impetigo jangkitan kulilt disebabkan bakteria..pastu Dr. bagi sabun untuk mandi, antibiotik untuk seminggu  dan ubat sapu..

Mulanya roshar ingat Impetigo ni jenis yang tak berjangkit coz amani pernah jugak kena sakit lebih kurang macam ni..tapi roshar hantar jer kat taska..the next day lepas g klinik tu, roshar hantar amani taska then dorang tolak, dorang nak surat dari Dr. yang mengesahkan sakit amani tu tak berjangkit..dah satu hal roshar nak kene pergi klinik balik mintak surat phewww..tetibe kat klinik Dr. cakap tak boleh keluarkan surat yang roshar nak tu rupe-rupenye Impetigo ni boleh berjangkit..haah terkejut gak la roshar..so nak tak nak hari Khamis tu satu hari suntuk la amani ikut roshar kat ofis..

On the next day tu husband roshar plak cuti jaga dia kat rumah..hari ni plak kebetulan anak buah roshar datang dari kampung, so roshar mintak tolong dia jagakan hehe..tq very2 much Bella tolong m.dek jagakan amani nanti m.dek bawak jalan2 yeh hehe..jom kita kenali apa itu Impetigo untuk perkongsian bersama dari Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu Impetigo?

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bahagian badan manakah ia berlaku?

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :
  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.
Komplikasi
Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam / Sepsis.
  • Cellulitis.
  • Osteomyelitis.
  • Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  • Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  • Bawa anak anda berjumpa doktor.
  • Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan.
  • Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.
Tindakan lain :
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh.
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar.
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.

*sumber dari KKM
 
#semoga Amani Humaira mak babah cepat baik dari sakit ni & boleh pergi taska macam biasa..ujian untuk amani,ujian untuk mak babah jugak dalam besarkan amani...

    No comments:

    Post a Comment

    Karipap Inti Sardin

    First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...