Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Kek Marble Warisan

Assalamualaikum..lama betul roshar tak update story kan huhu..banyak sangat story dah skip..insyaallah bulan 10 ni amani gonna be a sister sebab tu la roshar lama tak update blog ni hehe..memang takde mood langsung huhu..masih sempat lagi kan roshar & family nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga"..  

Raya kami sekeluarga tahun ni sangat la ala kadar..tahun ni first time kami beraya di perantauan sebabnya my habib warded a few days before raya tu sebab denggi..hari jumaat before raya tu baru discaj ward sudahnya kami decide raya jela kat putrajaya..so kami #teamrayaputrajaya yeh tahun ni..sedih tu hanya Allah jela yang tahu kan sebab tak dapat jumpa mak & adik beradik lain..as long as my habib sihat and disisi cukupla..

Entry hari ni roshar nak share pasal kek marble..lately ni amani suka sangat request kek..so roshar gigih la tukar-tukar kek..kadang kek coklat kukus but amani suka betul klu roshar buat kek marble ni..setengah biji kek tu dia bleh makan sorang dashat tak huhu..tapi kek marble ni memang sedap kalau makan panas-panas..kek marble ni roshar namakan kek marble warisan sebabnya resepi dia turun temurun dari kak long roshar sampai la adik-beradik yang lain hehe..

kekmarble.jpg
 Amani panggil kek warna warni haha..ape ape jela sayang..

So jom tengok resepi kat bawah.. 

5 biji telur
1 cawan butter/planta
1 cawang gula ising
2 sudu susu pekat manis
2 1/2 cawan self-raising flour (roshar guna Blue Key)
1 sudu kecil esen vanilla
*pewarna ikut suka
Mula-mula mixkan gula dan planta sehingga kembang (jadi warna putih). 
Setelah planta dan gula kembang dan sebati masukkan telur sebiji demi sebiji.
Kemudian bolehla masukkan susu pekat manis dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Setelah adunan sebati masukkan esen vanilla.
Bolehla pecahkan adunan kepada 3 bahagian dan letak warna yang disukai.
Letakkan adunan yang telah dicampur warna berselang seli. Roshar guna loyang 8x8. Guna lidi satay @ apa-apa alat la untuk bentukkan corak ikut citarasa masing-masing.
Then bolehla bakar dengan suhu 160 darjah celcius 30-40 minit sehingga masak.

kekmarble.jpg
Lepas dah dicorakkan ikut suka hati hehe..

kekmarble.jpg
Ni la rupa hasilnya kek warna warni kesukaan amani..sebiji kek ni dalam 2 hari boleh habis hehe..

Tuesday, February 07, 2017

Resepi ayam ala kenny rogers mudah dan sedap

Resepi ayam ala kenny rogers mudah dan sedap

Bahan-bahan:
Seekor ayam di potong dua bahagian
1 inci halia
Sebatang serai
Segenggam lada hitam
1 kiub ayam
2 sudu besar olive oil
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Satu sudu kecil garam

Blend kan halia, serai yang telah dihiris nipis, lada hitam, kiub ayam dan segenggam lada hitam.
Kemudian satukan bahan yang telah di blend bersama olive oil, madu, sos tiram dan garam.
Lumurkan pada ayam dan perap selama 4 jam atau lebih. Lagi lama lagi sedap.
Bakar di dalam oven dengan suhu 200 C selama 30-40 minit.
Roshar bakar dalam kuali ajaib jer hehe..


Patin tempoyak match dengan budu

Hurmm patik tempoyak lagi hehe..dah kata all time favourite husband and wife, memang tak pernah jemu..kali masak patin tempoyak match dengan budu pure terengganu plus ulam-ulam kampung memang terangkat la..habis nasi satu periuk haha..



Budu ni memang original dari terengganu, tak tambah apa-apa pun lagi..ikan bilis pun tak hancur lagi tau..kalau budu kelantan selalunya dah masak sebab tu warna dia lain..memang marvellous!hehe

Resepi laksam terengganu mudah

Resepi Laksam Terengganu Mudah

Bahan-bahan: Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
Sedikit garam (roshar tambah)

Campurkan tepung beras, tepung gandum, air suam dan sedikit garam..kacau sehingga sebati.
Sebelum kukus sapukan minyak pada permukaan  tudung periuk @ terpulang bekas apa yang anda guna.
Panaskan sekejap dalam periuk pengukus.
Bolehla letakkan adunan tepung tadi.
Kukus lebih kurang 2-3 minit.
Nak tau laksam dah masak  ke belum, permukaan laksam tu akan menggelembung.
Keluarkan dan bolehla di gulung.
Ulang sapukan minyak pada tudung periuk @ bekas sebelum letak adunan tepung.
(Tujuan sapu minyak supaya laksam tak melekat dan mudah digulung)




Ni bila laksam dah masak..dia akan menggelembung macam ni..maafkan rupa tudung periuk yang tak berapa cantik tu yeh hehe..

Bahan-bahan: Kuah Laksam
5- 6 ekor ikan selayang/kembung/selar
5 ulas bawang merah (bawang besar pun boleh)
Sedikit lada hitam
Asam keping 
1 1/2 santan kotak
Sedikit garam

Ulam: Kacang panjang, tauge dan timun batang..ikut selera masing-masing
Sambal cili: Cili besar dan cili padi, ditumbuk bersama sedikit belacan.
 
Rebus ikan selayang/kembung/selar, perisikan dan buang tulang.
Tumbuk bawang merah dan lada hitam dan isi ikan.
Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan sebentar.
Masukkan bawang merah, lada hitam dan isi ikan yang telah ditumbuk dan asam keping.
Biarkan sehingga menggelegak sedikit dan tambahkan garam.
Bolehla di hidang.



 Laksam yang dah siap




Friday, February 03, 2017

Laksam resepi dari Facebook


laksamganu.jpg

Menjadi jugak akhirnya laksam..roshar ambik resepi dari facebook..kuah tu roshar dah biasa buat sebelum ni, cuma laksam memang roshar tak pernah buat..laksam ni memang susah nak menjadi kekadang tu lembik tak boleh nak gulung dan kalau keras pun tak boleh nak gulung jugak, kena so so jer baru ok..

Lepas ni boleh repeat buat lagi guna resepi yang sama hehe..resepinya roshar share next time ek..

Wednesday, January 25, 2017

Mini Pavlova

Tadaaa my mini pavlova all time favourite!selalu roshar buat yang besar..sesekali bila mood rajin datang jadila mini pavlova ni..roshar still guna resepi yang sama dari blog cahayacintaku ni..roshar memang suka tengok resepi dari blog cahayacintaku ni like cheese cake and etc.

minipavlova.jpg


minipavlova2.jpg


minipavlova3.jpg

Yummmy!

Thursday, November 03, 2016

Masak Tempoyak Ikan Patin All Time Favorite

Ni cerita weekend hari tu baru ada mood nak post hehe..first time kot rasanya my husband bawak amani beli barang-barang dapur tanpa mak huhu..macam tak caya jer..roshar takde mood nak keluar time tu, boleh gitu haha..niway thank you and well done babah!time amani takde tu bolehla roshar kemas rumah and buat apa yang patut kan xde la bersenang lenang pun..then roshar masak nasi siap-siap, bila my husband balik just tinggal nak masak lauk..now roshar and husband suka beli barang kat Hero sebabnya ikan and sayur fresh, harga pun murah tapi dengan syarat pergi awal la hehe..my husband beli ikan patin, ikan siakap and ikan selar..ikan patin sekilo lebih baru empat ringgit lebih, fresh plak tu..

Bila tengok ikan patin tu dah tau mesti my husband nak makan masak tempoyak huhu..lately entah kenapa kteorang suka sangat makan ikan patin masak tempoyak..tempoyak standby je dalam peti ais, kalau habis pun sanggup kot pergi beli kat equine sana tu semata-mata nak buat masak tempoyak!huhucerita pasal tempoyak dukacitanya tempat yang kteorang selalu beli tempoyak tu dah xde sekarang ni..tak tahu pindah mana..susah dah la kteorang nak cari tempoyak fresh pasni huhu..

Masak tempoyak ikan patin memang feveret roshar dari bujang lagi..husband dulu dia tak la suka sangat, now dah terjebak sekali haha..kalau on the way balik kampung tu, memang dah set  nak makan masak tempoyak ikan patin ni dekat RnR Temerloh dah macam wajib berhenti kat situ..

ipt.jpg

Marvellous!roshar suka tang lemak-lemak dia tu huhu..ratah camtu jer xde nasi pun takpe dah..kalau abang ipar roshar dia memang makan masak tempoyak ikan patin ni tanpa nasi, baru la menikmati masak tempoyak tu katanya..memang betul pun apa dia cakap tu hehe..balance ikan patin ada lagi dalam fridge, nanti kita masak asam pedas pulak yeh..
 

Roasted Chicken and Mayo salad again!

Almost everyday amani mintak ayam goreng..hari-hari makan ayam goreng kunyit takut dia jemu & tak nak makan pulak..pernah hari tu roshar buat ayam goreng kunyit jer, dia makan main-main jer..maybe jemu kot..untuk bagi dia selera makan sikit, roshar terpaksa variasikan menu la..jenuh mak dia ni pikir and cari resepi huhu..tapi selalunya kalau dia mintak tu dia makan lama cuma banyak dengan tak jela..semalam teringat rempah cajun hari tu ada lagi, balik kerja terus shoot g beli ayam, salad & lemon..roshar perap lebih kurang sejam then bakar..siap dinner kami hehe, untuk babahnya roshar masak nasi jer lauk lain tak payah dah..

roastedchicken.jpg
 Mayo salad untuk mak dia je hehe..anak abah dia tak pandang pun huhu..

roasted.jpg
Tadaa!again and again..kalau perap lama lagi sedap tau..

Alhamdulillah menepati cita rasa satu family, makan lauk ni jer tak payah masak lauk lain dah..so untuk yang kejar masa or malas masak, suggested la masak roasted chicken ni..beli stok rempah cajun tu simpan dalam peti nanti senang..lemon tu kalau xde pun takpe just nak balance kan rasa & kurangkan hanyir ayam tu..

Wednesday, October 05, 2016

Cajun roasted chicken


Last weekend ada small gathering with kakak-kakak roshar kat jalan kebun..selalunya kteorang wat bbq but kali ni just wat roasted  chicken je sebabnya malas nak hidupkan api berasap-asap bagai hehe..menu kali ni cajun roasted chicken, salad simple, kupang+udang+ketam masak sambal then nasi putih plus desert macam biasa my pavlova..roshar sempat snap pic chicken and salad jer yang lain tak sempat sebab dah tak sabar nak masuk mulut haha..

roastedchicken.jpg
 Ni la rupanya cajun roasted chicken with lemon+kentang..

salad.jpg
Salad+mayonis simple..

Resepi untuk cajun roasted chicken:

Satu ekor ayam 
Rempah cajun (ready made beli kat hero)
Sebiji lemon - diambil jus dan dihiris nipis
Gula perang - satu sudu besar
3 biji kentang - di potong dadu
Black pepper - satu sudu kecil (ikut selera masing-masing, kalau suka pedas letak lebih)

Cara-cara:

Lumurkan ayam yang dah bersih dan dipotong dengan gula perang, rempah cajun dan black pepper sehingga rata di dalam dan di luar..rempah cajun tu dah lengkap semua herbs and a bit masin..sebab tu roshar tambah gula perang sikit untuk kurangkan masin and sesedap rasa..then masukkan jus, hirisan lemon dan kentang..gaul sebati dan perapkan lebih kurang 3 jam..after 3 jam bolehla dibakar sehingga masak..roshar pakai periuk ajaib jer, ayam cepat masak dan masak rata..

Untuk salad plak roshar beli jer salad yang dah siap tu, then tambahkan mayonis and sedikit jus lemon..siapp!

Senangkan dan sedappp sangat..next time boleh buat lagi..pavlova roshar macam biasa licin hehe..my habib sorang jer yang tak reti makan pavlova haha..dia memang tak suka menda yang ala-ala cheese or cream gitu..


Tuesday, August 23, 2016

Churros dan Choco Dip

Weekend hari tu, tetiba teringin sangat nak makan churros..pastu plak ada geng kat rumah..anak buah roshar datang, tu yang jadi lagi semangat nak buat sebab ada orang tolong huhu..roshar follow resepi kak azlitamasammanis.

Tapi lupa plak nozel takde..plastik piping ada, so kita guna apa yang ada jela..godek punye godek jadi la rupa macam kat bawah ni..dah siap churros baru teringat sos chocolate nya tak buat lagi..tengok dalam almari coklat serbuk, susu cair susu pekat manis ada la..then butter cup pun ada..

Sudahnya roshar try jer resepi sendiri kahkahkah..

1/2 tin susu cair
1/2 susu pekat manis
Coklat serbuk (roshar guna Hershey)
butter cup (agak-agak jer)
satu sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
Panaskan susu cair, masukkan susu pekat manis, coklat  dan butter cup dengan api perlahan..kacau dan sebatikan..agak-agak gelegak skit angkat..tambah esen vanilla satu sudu teh..roshar tapis sebabnya berketul..then dah siap, boleh la dip churros..

churros.jpg

Monday, June 13, 2016

Resepi Rempah Ikan Bakar Simple Bonda

Semalam sambil duk lepak-lepak ngan husband sambil tengok tv, tetiba dapat ilham nak wat rempah ikan bakar..tak wat apa macam bosan pulak kan..then terus ajak husband pergi mydin presint 15 ni cari barang-barang..sebelum ni roshar pernah tolong mak masak so still ingat la sikit-sikit letak apa, tapi call jugak mak roshar nak confirmkan lagi sekali bahan-bahan dia then cara-caranya camana..ok jomm roshar share resepi ek..just wanna share, saya budak baru belajar hehe..

Bahan-bahan:

Bawang besar (5 labu)*
Bawang merah (5 labu)*
Bawang putih (6 ulas)*
Tomato (5 bij)*
Cili kering (3 senduk) - cili boh pun boleh tapi cili kering lagi sedap.
Limau nipis (satu sudu besar)
Daun limau purut (dua helai)
Daun kunyit (setengah helai)
Serai (dua batang)
Gula merah (orang terengganu panggil nisan) - setengah
Garam (secukup rasa)

Bahan yang bertanda * di blend sekali



Monday, May 30, 2016

Kerabu Mangga Ikan Kerisi Masak Asam

Kerabu mangga again and again with ikan kerisi masak asam hehe..dah kata feveret kerabu kan, hari-hari pun takpe..yang penting masak dari hati & masak dengan kasih sayang!

kerabumangga.jpg
 Sangat berselera makan dengan nasi panas-panas..tengok pun dah telan air liur..


masakasam.jpg
Ikan kerisi masak asam versi my mak mertua..ni plak feveret amani, dia boleh hirup kuah camtu jer..

Friday, May 27, 2016

Kerabu Tauge, Kerang dan Ikan Bilis

Kerabu tauge+kerang+ikan bilis versi roshar haha suka hati je kan..ikan bilis tu roshar tambah kemudian coz of nak bagi rasa crunchy tu lagi best..roshar & husband suka sangat makan kerabu, apa-apa jenis kerabu la..yang selalu roshar buat kerabu tauge, kerabu mangga & kerabu pucuk paku..bertambah-tambah kot makan nasi hehe..walaupun sangat simple yang penting masak dari hati dan penuh kasih sayang!hehe




Tuesday, April 19, 2016

Resepi Pavlova Mudah

Weekend hari tu, roshar wat pavlova lagi dan lagi hehe..dah lama tak pergi rumah kakak roshar kat jalan kebun tu, so decide wat pavlova untuk anak-anak buah..diorang memang suka sangat pavlova ni...so jom roshar share resepi pavlova mudah ni..

Bahan-bahan:

4 biji telur (putih sahaja tau)
1 cawan gula kastor (roshar letak dalam 3/4 cawan je )
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
  1. Putarkan telur putih sampai bertanduk (means bila terbalikkan bekas tak jatuh) roshar pakai kelajuan mixer yang maximum.
  2. Masukkan gula kastor, then mix lagi sampai nampak adunan meringue berkilat gitu.
  3. Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla..roshar masukkan je semua sekali kaupkan pakai spatula. (Oven dipanaskan dulu lebih kurang 15 minit, suhu 150 C)
  4. Letakkan baking paper diatas dulang, then letakkan meringue tu..ikut suka hati nak bentukkan macam mana tapi jangan terlalu tinggi. (roshar pernah wat tinggi sebelum ni, meringue masak tak sekata)
  5. Masak dengan suhu 130 C masa 1 jam 30 minit (api oven atas bawah)..roshar rasa suhu depends on oven masing-masing.  
  6. Tunggu la sampai masak, biarkan pavlova sejuk dalam oven sekejap yeh sebelum keluarkan.

Geram & tak sabar je nak keluarkan dari oven hehe..


pavlova-mudah.jpg
 Yeay!its ready..


pavlova.jpg
Tadaaa!lepas dah touch up..kebetulan ada coklat dalam fridge so kita letak la kat atas tu hehe..


valuepride.jpg
roshar suka whipping cream value pride ni..selalu beli kat pasaraya hero..

*Selamat mencuba!

Thursday, April 07, 2016

rosHar Char Kuey Teow dan Amani Kuey Teow Ladna

Panjang tajuk kat atas tu kan hehe..semalam roshar rasa dah jemu makan nasi, kebetulan dalam fridge ada kuey teow, kerang & sayur2 sikit..so roshar decide nak masak char kuey teow..char kuey teow ni memang favorite husband roshar..lepas tu roshar terfikir amani tak boleh makan pedas, so roshar masakkan amani kuey teow ladna..tu yang tajuk kat atas tu jadi camtu hehehe...resepi roshar cari kat en. google tapi roshar ubah ikut selera roshar & apa yang ada dalam fridge jer..alhamdulillah husband roshar tambah2 hehe tapi mungkin tak sesedap yang kat kedai la kan hehe..amani pun makan jer kuey teow ladna tu..

kuewteowladna.jpg
*gambar ihsan dari en. google

kuewteowladna.jpg
*sekadar hiasan pinjam dari en. google

Ni second time roshar bagi amani telur nak test ok ke tak..sebelum ni roshar tak berani bagi amani makan telur coz takut eczema dia naik teruk..alhamdulillah roshar tengok arini kulit amani ok jer..1st time roshar bagi amani makan telur coz untuk ambik injection masa umur dia setahun..masa tu habis mulut mata & kulit amani merah-merah..so lepas ni roshar dah berani bagi amani makan telur..nanti-nanti roshar nak try bagi amani makan seafood plak..kena rajin cuba2 kalau tak nanti tak tau..






Makan lewat malam


meehuntomyam.jpg

Semalam tengah borak2 ngan en. husband tetiba plak perut wat bunyi muzik tapi mata dah ngantuk gile..ajakla en. husband makan sekali dia pun cakap dia lapar..sooo tumtamtumtam siap la tomyam+meehun+maggi..roshar campak2 jer bahan yang ada dalam peti ais huhu..bleh plak dah nak tidur pun isi perut lagi haha..roshar memang dari dulu kalau perut lapar memang tak bleh tidur la..sanggup bangun balik makan biskut cicah air milo pun jadi la as long as perut terisi haha..pastu barula bleh tidur ngan nyenyak...ada ke orang yang sama kes macam roshar haha...sekarang husband pun dah terjebak penyakit roshar haha...

meehuntomyam.jpg
Mee hun tom yam untuk roshar & maggi tom yam untuk husband..sorang satu baru la tak berebut haha..

Tuesday, April 05, 2016

Simple Lunch Sup Suhun, Sambal Ikan Bilis Hot Spicy

Amani demam dah a few days..kalau dia demam memang meragam la..apa pun tak boleh buat, asyik nak berkepit jela ngan dia..terpaksa tunggu dia tidur dulu la baru la boleh buat apa-apa termasuk la masak..so kita main masak campak-campak jela..dan hasilnya sup suhun+sawi+kentang dan sambal ikan bilis spicy huhu..

supsuhun.jpg
 Sup suhun+sawi+kentang

sambalikanbilis.jpg
Sambal ikan bilis kentang hot & spicy!makan dengan nasi panas-panas memang bertambah-tambah hehe..

Friday, April 01, 2016

Shell Out Versi Sendiri

Emm last two week kteorang wat family gathering kat umah kak long roshar @jalan kebun..selalunya dalam  2 3 bulan sekali kteorang wat gathering..coz time2 camni baru la boleh berkumpul adik beradik yang ada kat sini selain dari hari raya kan..sekarang kan tengah famous ngan shell out huhu..so kteorang pun terliur & decide wat shell out versi sendiri..barang2 basah semua kakak roshar yang duduk equine belikan coz dia dekat ngan pasar borong Selangor..memang berbaloi-baloi beli kat citu kat seafood dia memang fresh2 & harga pun murah..

Roshar punye part kali ni wat desert sebab tu yang paling senang kan hehe..tu pun nasib baik si manja amani tidur tengahari tu so bleh la roshar fokus skit kan hehe..roshar wat pavlova & puding cocktail..resepi shell out tu kteorang wat sambal je..udang, ketam, lala & sotong setengah kteorang goreng with chilli flakes, bawang putih & setengah lagi kteorang bakar camtu je..so menu malam tu nasi goreng, seafood, ikan bakar, chicken wing,salad desert & air tembikai laici..pendek kata complete lari dari seafood  ayam ikan salad semua ada huhu..memang makan sampai lebam la kteoran malam tu..yang penting enjoy & dapat eratkan hubungan adik beradik semua..so kite tengok gambar je la yeh hehe..

pavlova.jpg
Pavlova roshar dapat sambutan malam tu..puas hati tengok diorang makan hehe..

puding-cocktail.jpg
Puding cocktail..nanti kita share resepi erk..
udang-lala-sambal.jpg
Udang & lala masak sambal..
sotong.jpg
Sotong goreng with chilli flakes, lemon & garlic..


bbq.jpg
Chicken wing &  ikan talapia..ikan talapia tu kebetulan abg ipar roshar pergi mancing & dapatla 4 ekor..jadi la rezeki kteorang jugak malam tu huhu..
salad.jpg
Salad ala ala Jamie Oliver gitu by kakak roshar..
shell-out.jpg
After di combine semuanya jadi la macam ni..menarik tak?hehe..lupa plak nak beli kerta putih & plastik..at last kteorang decide letak dalam talam je hehe..
 *Emm nanti kita repeat lagi yeh..memang puas  hati sangat bila wat sendiri..cuba la!

Blueberry Chesee Tart

Sejak dua menjak ni roshar makin suka plak makan blueberry chesee tart ni..kalau beli emm rasa macam tak puas lak makan..ape lagi terus cari resepi blueberry chesee tart kat encik google..search2 puanya search roshar pilih resepi dari  blog ni  http://sariyusa.blogspot.my..gebu2 gebas chesee tart dia gerammm je roshar tengok haha..kebetulan cream chesee dah ada dalam fridge just cari shell dia jela..emm nak wat shell dia tu macam malas la pulak hehe..then roshar beli je ready made shell dia kat Yummie Bakery, Bangi..hari Jumaat gov kan rehat lama amani plak takda time tu memang sesuai sangat la nak membaking hehe..tubtabtubtab roshar bersilat sorang2 kat dapur siap la roshar punya blueberry chesee tart..yeayyy!menjadi tapi tak la segebu yang sariyusa punya hehe tapi ok la kan puas hati makan..amani pun suka makan just my habibi jela dia memang tak suka chesee2 ni hehe..
chesetart.jpg
rosHaramani blueberry chesee tart nama dia haha..emm not bad la kan rupe dia hehe..












Tentang rahsia ketembaman krim cheese tart itu pula rasanya telahpun diberitahu oleh Kak Azita Zain iaitu jangan putar krim keju pada suhu bilik. Sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk. Telur pula mestilah segar dan seeloknya dari peti sejuk.

Tuesday, January 12, 2016

Laksa Sarawak

Love laksa sarawak padahal bukan orang sarawak pun..first time roshar makan laksa sarawak kakak roshar yang masak..mula2 tu tengok macam pelik jugak la kan kuah dia nampak ala2 mee kari gitu tapi makan ngan mee hun..but lepas dah rasa n makan dah jatuh cinta la plak haha..sampai kakak roshar tapaukan bawak balik kot..then kebetulan offismate roshar orang sarawak, time dia nak balik sarawak roshar order sampai 6 paket kot, dia pun terkejut banyak nye roshar order haha..yela alang2 dah la susah nak dapat so roshar wat stock terus la kan haha..

Selain dari rasa dia yang sedap, laksa sarawak senang nak masak dia bagi roshar la kan..kebetulan plak en. husband hantu laksa, mee or mee hun yang berkuah..so memang kena la kan..kadang time roshar xde mood or malas nak masak (bleh gtu kan hehe) , roshar masak la laksa sarawak ni coz cara nak masak dia simple..satu lagi roshar memang spare santan kotak sebabnya time nak masak senang sume dah ada..coz selain pes dia santan bahan penting dalam laksa sarawak..

laksasarawak.jpg
 Laksa Sarawak versi terengganunian ^-^
peslaksa.jpg
Offismate roshar belikan yang ni..tinggal 3 pack lagi kot kat rumah hehe..kalau dia balik sarawak nanti bleh order lagi..
 

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...