Showing posts with label TIps. Show all posts
Showing posts with label TIps. Show all posts

Thursday, September 01, 2016

Tips Bersihkan Rumah

Untuk sesiapa yang rajin sangat kemas rumah macam roshar ni (rajin sangat haha!) bolehla cuba tips-tips kat bawah ni..yang kilatkan lantai tu roshar dah cuba memang berkilat lantai..

Tips.jpg


Tips.jpg


Tips.jpg


Tips.jpg

Friday, May 20, 2016

Tips Blueberry Cheese Tart Gebu

Tips ketembaman cheese tart ni dari kak sariyusa iaitu jangan putar krim keju pada suhu bilik yer..sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk..telur pula mestilah segar dan seeloknya dari peti sejuk..roshar dah pernah try soo memang menjadi dan sangat puas hati.. 

 Selamat mencuba!

Wednesday, April 20, 2016

5 Tip Kawal Kewangan

Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan kos hidup yang semakin meningkat hari ke hari rasanya makin membebankan rakyat terutamanya golongan pertengahan yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai..walaupun roshar baru mempunyai seorang anak dengan peningkatan kos dan harga barang memang sangat terasa..belum lagi tolak tambah yuran taska anak dan sebagainya..roshar rasa 5 tip kawal kewangan tinggi  ni dapat membantu kita dalam menguruskan kewangan sekeluarga..

  • Kurangkan makan di luar

Rasanya kalau kita dapat kurangkan makan kat luar memang berkesan  kerana kos makan di luar amat tinggi boleh mencapai 3 kali ganda kos kita sediakan dan memasak sendiri di rumah..roshar sekarang sebolehnya elakkan makan di luar..roshar akan beli stok barang keperluan basah untuk stok seminggu, ada la perbezaan berbanding kita beli barang runcit-runcit..kalau kita kurangkan makan di luar selain dari menjimatkan rasanya hubungan suami dan anak-anak makin erat kot sebabnya makanan tu hasil dari air tangan kita sendiri..
  • Catat perbelanjaan

Cuba untuk catatkan perbelanjaan harian berapa duit masuk berapa duit keluar..rasanya dengan cara ni kita akan nampak trend perbelanjaan harian kita untuk menghalang pembaziran..sekiranya duit yang keluar banyak pada hari berkenaan kita boleh rancang dan kurangkan perbelanjaan untuk hari berikutnya. 
  • Menyimpan 

Cuba amalkan simpan baki dari duit selepas kita bayar sesuatu atau berbelanja dan masukkan ke dalam tabung atau pun sampul surat..kalau tak hari-hari pun takpe as long as ada..duit yang kita simpan kat dalam bank tu lain..suppose kita kena simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji kita..
  • Jaga harta benda

Jaga harta benda kita dengan baik..sedar atau pun tidak sekiranya sesebuah peralatan terutamanya yang sering kita gunakan misalnya telefon pintar, sudah tentu secara tidak langsung pendapatan atau simpanan kita akan berkurang..kos membaiki telefon pintar boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit..
  • Kurangkan Penggunaa Kad Kredit

Penggunaan kad kredit boleh menyebabkan kita berbelanja tanpa had kerana selesa dengan hakikat bahawa kad kredit ada had limit maksima dan kita masih boleh berbelanja sehingga mencapai had itu.

*Semoga perkongsian 5 tip kawal kewangan ini dapat membantu kita merancang perbelanjaan keluarga dengan lebih baik..

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...