Rangsang Anak Bercakap
Baru-baru ni roshar ada baca kat paper tentang rangsang anak bercakap..seawal usia 10 hingga 12 bulan bayi sudah boleh ungkap perkataan biasa didengar. Bayi mula belajar bercakap menerusi individu yang berada di sekeliling yang kerap bersamanya. Lazimnya bayi mula memberi tindak balas sebaik saja mereka dilahirkan manakala kanak-kanak normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia 8 bulan ke 1 tahun setengah.
Enam bulan pertama saat yang amat penting apabila ibu bapa perlu berkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap. So jom tengok beberapan panduan terhadap perkembangan percakapan bayi mengikut usia mereka.
Bayi baru dilahirkan
Sebenarnya bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi juga boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada usia sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada usia satu hingga dua setengah bulan.
Our little princess, Amani Humaira..masa ni umur dia dua bulan lebih tak silap..
Bayi usia tiga bulan
Bayi boleh meniru bunyi percakapan.
Bayi usia empat bulan
Bayi boleh menyebut satu suku kata contohnya ba, da.
Bayi usia lima bulan
Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang contohnya bababa dan lalala.
Bayi usia enam bulan
Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar seperti emak, ayah atau tak.
Bayi usia tujuh bulan
Kebanyakan bayi boleh menyebut mama dan dada yang tidak hanya kepada ibu dan ayahnya. Waktu amani dulu dah boleh sebut baba (babah).
Bayi usia lapan bulan
Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang tangan anda.
Bayi usia sembilan bulan
Dalam lingkungan usia ini, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.
Bayi usia 10 bulan
Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul.
Bayi usia 11 bulan
Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan selain emak atau ayah.
Bayi usia 12 bulan (setahun)
Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya.
Alhamdulillah syukur sangat amani since 9 bulan lebih mulut dia dah bising and now mulut dia memang potpetpotpet jer..kekadang tu kami gelak jer tengok gelagat dia bercakap..actually since dalam perut lagi roshar praktikkan bercakap-cakap dengan dia sebab roshar pernah baca dalam buku indahnya dunia hamilku..kita kena praktikkan berkomunikasi dengan baby dalam perut untuk rangsang anak kita cepat bercakap..bila roshar start bercakap-cakap ngan dia sambil gosok-gosok perut terasa respon dari dia bergerak-gerak, seronok sangat time tu haha..bila amani lahir pun roshar teruskan bercakap-cakap ngan dia ..roshar start hantar amani kat taska umur dia 3 bulan so selalunya balik dari taska kat dalam kereta tu roshar dah start bercakap-cakap ngan dia walaupun dia belum faham dan belum ada respon pun kan hehe..sekarang ni bila dia dah besar, dah jadi kebiasaan balik dari taska kat dalam kereta tu dia dah start cerita, dia tengok tv or main ngan kawan..
Untuk ibu-ibu yang tengah pregnant tu, cuba la praktikkan, rasa dan tengok perkembangan baby bila dah keluar nanti macam mana..
No comments:
Post a Comment