Bahan-bahan:
4 biji telur (putih sahaja tau)
1 cawan gula kastor (roshar letak dalam 3/4 cawan je )
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Putarkan telur putih sampai bertanduk (means bila terbalikkan bekas tak jatuh) roshar pakai kelajuan mixer yang maximum.
- Masukkan gula kastor, then mix lagi sampai nampak adunan meringue berkilat gitu.
- Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla..roshar masukkan je semua sekali kaupkan pakai spatula. (Oven dipanaskan dulu lebih kurang 15 minit, suhu 150 C)
- Letakkan baking paper diatas dulang, then letakkan meringue tu..ikut suka hati nak bentukkan macam mana tapi jangan terlalu tinggi. (roshar pernah wat tinggi sebelum ni, meringue masak tak sekata)
- Masak dengan suhu 130 C masa 1 jam 30 minit (api oven atas bawah)..roshar rasa suhu depends on oven masing-masing.
- Tunggu la sampai masak, biarkan pavlova sejuk dalam oven sekejap yeh sebelum keluarkan.
Geram & tak sabar je nak keluarkan dari oven hehe..
Yeay!its ready..
Tadaaa!lepas dah touch up..kebetulan ada coklat dalam fridge so kita letak la kat atas tu hehe..
roshar suka whipping cream value pride ni..selalu beli kat pasaraya hero..
*Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment