Friday, November 04, 2016

"Parcel of Joy" Lazada "Online Revolution"



Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia

Apa itu Lazada "Online Revolution"?
Untuk pengetahuan semua Lazada “Online Revolution” adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 

onlinerevolution.jpg


Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, "Online Revolution" dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan "Online Revolution" yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.


Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.


Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.


“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

lazada3.jpg

Tema untuk jualan "Online Revolution" pada tahun ini ialah "Jenama untuk Semua" (Brands for All) yang menandakan Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia.  

Antara jenama yang akan turut menyertai3 acara "Online Revolution " pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oreal, Nestle, Samsung dan jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct dan pelbagai lagi.

Lets countdown sama-sama, 6 days left till 11.11..jangan lupa buat reminder tau takut terlepas pulak nanti hehe..dulu masa mula-mula tau pasal Lazada ni roshar macam tak confident lagi nak beli barang-barang..after dah start beli sekali and now ternyata servis dari terbaik and improve day to day..baru last week roshar beli Drypers through Lazada..kalau ikut tempoh delivery next week baru dapat, tub-tub esoknya dah sampai..wahh cepatnya!

Thank you Lazada untuk servis yang sangat cepat!selalunya roshar beli barang amani kat Lazada like Drypers and susu sebab kat Lazada selalu ada promosi yang penting free postage hehe..tak sabar nak tunggu 11.11.2016 untuk shopping hehe!

Jangan lupa ke website dan enjoy Lazada Online Revolution ni!  


Thursday, November 03, 2016

Masak Tempoyak Ikan Patin All Time Favorite

Ni cerita weekend hari tu baru ada mood nak post hehe..first time kot rasanya my husband bawak amani beli barang-barang dapur tanpa mak huhu..macam tak caya jer..roshar takde mood nak keluar time tu, boleh gitu haha..niway thank you and well done babah!time amani takde tu bolehla roshar kemas rumah and buat apa yang patut kan xde la bersenang lenang pun..then roshar masak nasi siap-siap, bila my husband balik just tinggal nak masak lauk..now roshar and husband suka beli barang kat Hero sebabnya ikan and sayur fresh, harga pun murah tapi dengan syarat pergi awal la hehe..my husband beli ikan patin, ikan siakap and ikan selar..ikan patin sekilo lebih baru empat ringgit lebih, fresh plak tu..

Bila tengok ikan patin tu dah tau mesti my husband nak makan masak tempoyak huhu..lately entah kenapa kteorang suka sangat makan ikan patin masak tempoyak..tempoyak standby je dalam peti ais, kalau habis pun sanggup kot pergi beli kat equine sana tu semata-mata nak buat masak tempoyak!huhucerita pasal tempoyak dukacitanya tempat yang kteorang selalu beli tempoyak tu dah xde sekarang ni..tak tahu pindah mana..susah dah la kteorang nak cari tempoyak fresh pasni huhu..

Masak tempoyak ikan patin memang feveret roshar dari bujang lagi..husband dulu dia tak la suka sangat, now dah terjebak sekali haha..kalau on the way balik kampung tu, memang dah set  nak makan masak tempoyak ikan patin ni dekat RnR Temerloh dah macam wajib berhenti kat situ..

ipt.jpg

Marvellous!roshar suka tang lemak-lemak dia tu huhu..ratah camtu jer xde nasi pun takpe dah..kalau abang ipar roshar dia memang makan masak tempoyak ikan patin ni tanpa nasi, baru la menikmati masak tempoyak tu katanya..memang betul pun apa dia cakap tu hehe..balance ikan patin ada lagi dalam fridge, nanti kita masak asam pedas pulak yeh..
 

Roasted Chicken and Mayo salad again!

Almost everyday amani mintak ayam goreng..hari-hari makan ayam goreng kunyit takut dia jemu & tak nak makan pulak..pernah hari tu roshar buat ayam goreng kunyit jer, dia makan main-main jer..maybe jemu kot..untuk bagi dia selera makan sikit, roshar terpaksa variasikan menu la..jenuh mak dia ni pikir and cari resepi huhu..tapi selalunya kalau dia mintak tu dia makan lama cuma banyak dengan tak jela..semalam teringat rempah cajun hari tu ada lagi, balik kerja terus shoot g beli ayam, salad & lemon..roshar perap lebih kurang sejam then bakar..siap dinner kami hehe, untuk babahnya roshar masak nasi jer lauk lain tak payah dah..

roastedchicken.jpg
 Mayo salad untuk mak dia je hehe..anak abah dia tak pandang pun huhu..

roasted.jpg
Tadaa!again and again..kalau perap lama lagi sedap tau..

Alhamdulillah menepati cita rasa satu family, makan lauk ni jer tak payah masak lauk lain dah..so untuk yang kejar masa or malas masak, suggested la masak roasted chicken ni..beli stok rempah cajun tu simpan dalam peti nanti senang..lemon tu kalau xde pun takpe just nak balance kan rasa & kurangkan hanyir ayam tu..

Arghhh Audit in the house!


audit.jpg

Hari ni ada audit ..oh my god i'm involved as one of the committee members...jantung ku mula berdegup kencang..bila my boss cakap, roshar awak involve tau dalam audit ni nanti awak masuk sekali yeh dalam meeting room..adoyaiiii apo bondo den nak jawab nanti..should i??kalau buat tak tau jer boleh tak hahaha..hope everything goes smoothly!

audit.jpg

Aamiin..aamiin..aamiin..

Thursday, October 20, 2016

Misi Katil Amani

Hmmm actually dah lama berniat nak belikan katil untuk amani memandangkan dia dah besar and dah tak muat katil kteorang huhu..everyday paksa rela bersempit-sempit 3 beranak..sakit habis satu badan..babah lagi kesian sebab kena mengalah ngan mak, kadang tu merengkok kat tepi katil dah huhu..sooo sorry babah, mak amani pun boleh tahan jugak lasak time tidur hahaha..

 Gambar sekadar hiasan..kteorang target nak sambungkan macam ni..roshar dah ushar katil budak yang macam kat atas kat ikea tapi melebihi bajet la plak huhu..

Katil ni tengah promosi kat Ikea sekarang..macam ok jugak kan but kteorang kena beli mattress yang tebal skit la sebab nak samakan dengan katil kteorang..

Yang ni roshar suka jugak..warna putih memang match la ngan color katil kteorang..but harga boleh tahan jugak la hehehe..yang penting habib jom Ikea dulu weekend ni huhu..misi nak beli katil nanti karang misi ke lain pulak haha..

Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng

Bagi  semua peminat Upin dan Ipin mesti sabar kan nak tengok movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng yang bakal ditayangkan pada bulan November ni..nanti boleh la prepare beli tiket awal-awal through online..dulu ingat masa roshar nak bawak amani tengok Boboiboy The Movie, asyik sold out and full jer..

upindanipin.jpg

Amani sampai tahap dah boleh hafal skrip Upin dan Ipin mana taknya siang malam tengok..even dekat taska pun tengok upin dan ipin jugak..amani ooo amani..kalau bawak dia tengok movie ni nanti konfem dia happy sangat..

Wednesday, October 19, 2016

Hasil Coloring My Princess


princess.jpg
Macam tak percaya, my amani dah pandai color..slow jer dia color sebab tak nak comot haha..dengan gaya pegang pensel warna nya, memang cute sangat anak mak ni..good job amani walaupun baru 2 tahun 7 bulan, not bad la kan..dia dah pandai color ikut garis tu..

Sebelum ni memang tak de rupa langsung kalau dia color tu..my princess dah besar dah, sekejap jer rasa..mulut pun makin banyak sekarang..kadang-kadang tu bila dia bercakap atau tanya something kat kteorang, nak tergelak pun ada sebab ayat dia tu dah macam budak 3/4 tahun plak rasa..

Everytime nak makan pun dia dah tau dan pandai baca doa makan..bila roshar letak jer makanan, nasi ke apa yang dia mintak, dia terus tadah tangan and baca doa makan..good girl anak mak and babah!color pun dia dah kenal dah especially biru, yang lain tu kadang tertukar hehe..takpela slowly belajar kan lagi pun baru jer 2 tahun lebih cuma roshar nak biasa kan dia..

Tapi satu jela amani still pakai pampers huhu..actually dia memang dah pandai cakap, even dalam pampers tu kadang tu dia cakap mak amani nak kencing..padahal dia dah pakai pampers..means dia dah tau rasa and dah pandai bagi tau..cuma masalahnya mak and babah dia ni je belum serious lagi nak potty training kat amani huhuhu..asyik tangguh jer  tak tau la bila mak and babah dia ni  nak ready huhu..

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...