Alhamdulillah our second little caliph dah selamat dilahirkan pada 27.9 dengan 2.4 kg through ceaserean coz of breech and oligo..kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya kan..sebolehnya roshar memang nak bersalin normal tapi apakan daya semuanya perancangan Allah yang penting roshar & baby selamat alhamdulillah..
|
First day of life.. |
Merasa jugak roshar bersalin ceaser huhu..hanya Allah yang tahu betapa takut & risaunya almaklumla first time ceaser..alhamdulillah my husband sentiasa disisi dan tak putus bagi kata semangat..now dah pun habis pantang hari ni dah 51 hari our little afeeya..
Hari 5 afeeya kena warded coz of kuning dia tinggi sampai 258 tak silap roshar berat afeeya plak turun dari 2.4 ke 2.16 jer..ya Allah tuhan jer tau masa tu perasaan roshar dah terbayang afeeya kena bogel & cucuk kat hospital nanti..terpaksa kuatkan semangat untuk kebaikan afeeya kan..merasa la naik ambulan dari KK Seksyen 19 ke Hospital Shah Alam..
Roshar pantang kat rumah kakak yang first kali ni..yela roshar tak boleh banyak bergerak sangat jadi susah skit nak handle amani..alhamdulillah mak, adik beradik dan especially husband yg sangat-sangat membantu.
Malam pertama kat hospital tu Doc cakap kuning afeeya makin tinggi sampai 4++..ya Allah terkejut nya kteorang masa tu, Doc cakap mungkin kalau makin naik mungkin kena tukar darah..terus air mata roshar dan husband mengalir dengan laju..Doc dah siap terangkan prosedur dorang akan buat dan apa risiko-risiko sekiranya terpaksa tukar darah..Doc mintak roshar sign siap-siap borang kebenaran utk tukar darah incase kuning afeeya makin naik time kteorang dah balik rumah..
Berat kaki kteorang nak melangkah balik dengan keadaan afeeya macam tu..roshar dan husband tak putus doa mintak kuning afeeya turun dan tak perlu sampai tukar darah..malam tu masing-masing tak boleh nak lelap mata teringatkan afeeya kat hospital..
Esoknya pagi-pagi lagi kteorang dah gerak ke hospital tak sabar rasanya nak tau result darah afeeya..alhamdulillah dengan izinNya kuning afeeya dah turun..petang tu afeeya dah boleh discaj alhamdulillah syukur sangat..tapi lepas beberapa hari kat rumah kuning afeeya naik balik..ya Allah afeeya lagi skali kena lalui prosedure yg sama..tangan kanan dan kiri afeeya hbs lebam..
Kali ni roshar bleh stay skali ngan afeeya sbb kebetulan ada katil kosong..roshar langsung xleh tdo satu nye sebab kesian tgk afeeya dan sbb lain dgr baby nangis ada tu sampai dh xde suara, ya Allah kesian nye..roshar tak putus2 doa kuning afeeya turun dan bleh discaj esok nye..roshar siap kena marah ngan doktor kenapa tak top up ngan susu formula..berat afeeya turun means afeeya tak cukup susu..so malam tu roshar pulun bg susu kat afeeya + plus top up susu formula hospital setiap 2 jam skali..alhamdulillah esok tghari tu afeeya dh discaj..
Babah terus belikan afeeya susu similac utk bayi kurang berat badan tu..after 1 week baru perasan afeeya tak suka rupanya susu similac tu..bila bg dia minum dia akan keluarkan balik..afeeya oh afeeya..
Panjang betul entry kali ni..hehe..kami namakan Afeeya Hasya binti Harun maksud sihat sempurna..semoga afeeya membesar dengan sihat dan sempurna yeh aamiin aamiin aamiin..
Nanti roshar sambung story episod jaundice dan susu afeeya..