Tuesday, March 29, 2016

Serangan Impetigo

Al kisahnya bermula minggu lepas, roshar perasan ada naik merah bulat kecik kat bontot amani..malam tu amani dah mula menggaru & tak tidur sangat..roshar ingat ruam biase jer tetibe esoknye tu terkejut roshar tengok dah sebesar syiling 20 sen..roshar try letak minyak gamat & fobancort..

Roshar still hantar amani kat taska..balik dari taska tengok dah ade 2 biji lagi naik pastu ade jugak dah pinggang dia tapi kecik lagi la..roshar still letak minyak gamat then esoknya makin besar jugak..then roshar terus suruh husband ambik half day kteorang bawak amani pergi Klinik Pakar An-Nur kat bangi tu..Dr. cakap amani kena Impetigo jangkitan kulilt disebabkan bakteria..pastu Dr. bagi sabun untuk mandi, antibiotik untuk seminggu  dan ubat sapu..

Mulanya roshar ingat Impetigo ni jenis yang tak berjangkit coz amani pernah jugak kena sakit lebih kurang macam ni..tapi roshar hantar jer kat taska..the next day lepas g klinik tu, roshar hantar amani taska then dorang tolak, dorang nak surat dari Dr. yang mengesahkan sakit amani tu tak berjangkit..dah satu hal roshar nak kene pergi klinik balik mintak surat phewww..tetibe kat klinik Dr. cakap tak boleh keluarkan surat yang roshar nak tu rupe-rupenye Impetigo ni boleh berjangkit..haah terkejut gak la roshar..so nak tak nak hari Khamis tu satu hari suntuk la amani ikut roshar kat ofis..

On the next day tu husband roshar plak cuti jaga dia kat rumah..hari ni plak kebetulan anak buah roshar datang dari kampung, so roshar mintak tolong dia jagakan hehe..tq very2 much Bella tolong m.dek jagakan amani nanti m.dek bawak jalan2 yeh hehe..jom kita kenali apa itu Impetigo untuk perkongsian bersama dari Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu Impetigo?

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bahagian badan manakah ia berlaku?

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :
  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.
Komplikasi
Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam / Sepsis.
  • Cellulitis.
  • Osteomyelitis.
  • Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  • Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  • Bawa anak anda berjumpa doktor.
  • Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan.
  • Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.
Tindakan lain :
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh.
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar.
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.

*sumber dari KKM
 
#semoga Amani Humaira mak babah cepat baik dari sakit ni & boleh pergi taska macam biasa..ujian untuk amani,ujian untuk mak babah jugak dalam besarkan amani...

    Santai petang di Dataran Masjid Putra, Putrajaya

     Sebabkan dah tak tau nak kemana asyik jelajah shopping complex je, so kite jalan-jalan kat dataran Masjid Putra je..as long dapat bawak amani main-main kat luar dari terkurung je dalam rumah..sekarang amani dah pandai ajak jalan huhu.."Mak, jom jalan jom"..mak senyum jer sambil jeling-jeling kat babah bagi isyarat hehe..bila dia dah ajak camtu means dia dah boring la kan main kat rumah jer..

    amani.jpg
     Seronoknya dia bebas berlari sana sini..sesekali terlepas

    amani-santai.jpg
     Berehat kejap penat lari hehe..

    amanidanbabah.jpg
    Babah melayan anak manja dia..
    amani.jpg
    Babah yang kepenatan sudah..takpe la kira excercise jugak la kan hehe..

    Monday, March 14, 2016

    Insomnia vs Selsema

       
    wallframe.jpg
                                               
           Hummm puas pusing kiri pusing kanan, sangat tak suka bile selsema melanda diri coz buat ape semua tak kena, makan takde rasa nak tidur hidung plak tersumbat+bersin,insomnia jadinya..fuuuhhhh.makan ubat karang takut x sedar plak budak kecik tu terjaga nak susu..my hubs aka my spouse tak tidur lagi nak siapkan slide presentation die..then teman kan dia until siap..selalunye teman separuh jalan roshar dah  lena diulit mimpi kesian my dear husband sorang2 huhu..as a wife sesekali dapat teman dia, wat kan air panas utk dia sumbangan idea yang bernas skit (bernas sangat ahaha) fefeeling love gitu..berdua lebih baik walaupun hidung tengah kembang kempis kah3..

    husband.jpg
    My husben aka habibucuk tengah fokus siapkan keje die..mainan yg bersepah tu abaikan yeh hehe..


     Teringat kata kata "Behind every successful man is a womanbehind her is his wife..Yes, iam!hope so..no matter what happens @ anytime, i will stand by your side support you dear hubs!

    Monday, March 07, 2016

    Homemade Bun Manis


    Hari tu roshar ade baca kat fb kawan-kawan duk share resepi homemade bun manis, tengok cara buat & bahan2 simple jer so roshar save dlu kat wall roshar..tetibe hari tu teringat plak pasal resepi tu terus tengok balik cara2 & tengok bahan2 sume ada..amani plak tidur masa tu, then mula la sesi kite meroti hehe..rupa  dan rasa ada cuma kulit kat atas dia tu keras skit kenapa entah huhu..maybe tak cukup uli atau terlebih tepung..sebabnya masa nak nguli tu masih terlekat kat tangan so roshar pandai2 jer tambah tepung sendiri hehe..mmm maknanya kita kena try & try lagi lepas ni hehe..

    bunmanis.jpg
    Dah ilang satu disitu ada orang dah curi hehe..
    minumpetang.jpg
    Makan panas2 cicah plak air nescafe...mmmmhhh sedap huuhu..

    Short Holliday di Gold Coast Morib International Resort

    Sebenarnya ni story tahun lepas tapi nya asyik postpone je nak share hehe..end of last year akhirnya dapat jugak kteorang bawak amani holliday walau pun dekat je dari rumah hehe..takpe la amani lain kali mak & babah bawak amani jalan2 jauh skit yeh hehe..lepas duk usha2 kat booking.com & agoda tengok price dia lebih kurang je so roshar book direct je ngan gold coast lagi pun sebab kteorang nak pergi last minit..tapi memang rugi la tak beli & plan awal2..sekarang ni kat Groupon ade promosi Gold Coast, RM93 tak silap roshar..soo sesapa ade plan nak g Gold Coast cepat2 grab kat Groupon yeh jangan jadi macam kami rugi hehe..
    goldcoastmorib.jpg
    Sebabkan Gold Coast tu lebih kurang sejam lebih je dari rumah roshar, so lepas lunch dalam pukul 1 lebih baru kteorang gerak dari rumah..puas gak la duk mengoogle map &waze bukan apa takut tersesat jer..tumtamtumtam pukul 2 lebih baru kteorang sampai..sampai2 je tengok parking sume penuh 2 kali jugak la kteorang pusing @ last kteorang park je dekat depan lobi tu..husband roshar g check in, roshar siap pesan kat husband kalau bleh mintak bilik yang seaview tau hehe...punya la nak bilik seaview coz seronok skit bagi amani tengok pemandangan laut & water park kat bawah tu..

    Plan asal lepas check in terus nak bawak amani main air at last sebabkan xde parking  kteorang decide pergi jalan2 kat pantai morib..bukan main excited amani main layang2 & buih sabun abah dia belikan hehe...dah puas melayan si amani main rasa lapar la pulak kan so kteorang makan kat kedai kat ctu je, makanan dia not bad la sedap then kteorang beli sotong goreng tepung ala2 ayam goreng uncle bob tu..sangattt sedapp!teringat2 sampai sekarang nyummm..

    goldcoastmorib.jpg
    Nasi goreng kampung & ABC sedap..gambar sotong tu tak de la plak tak sempat snap huhu..
    Lebih kurang pukul 6 lebih baru kteorang balik hotel semula..betul la review blogger lain lantai nak pergi ke lif tu agak licin coz orang keluar masuk pool kan..masuk je bilik terus roshar telek & cek satu2 haha sebab dah baca review sebelum tu macam2 story..yang 1st xde kettle, 2nd takda air huwwaaa.. camne kteorang nak mandi dah la memang lencun peluh time tu huhu..agak frust & hot la terus je kol front desk nasib baik tak sampai 10 minit air dah ada tapi sangat slow..cuma kettle la sampai tengah malam baru dapat  sampai 3 4 kali jugak la kol..lastnya kteorang beli je air panas kat kedai runcit tu sebabnya amani dah nangis2 nak susu..roshar memang x bawak thermos coz bajet biasa kat hotel ada je kettle kan..

    goldcoastmorib.jpg
    View petang masa kteorang mula2 sampai tu..tengok view tu sambil ambik angin kat balkoni tu lupa jap pasal  takda air tu huhu..

    goldcoastmorib.jpg
    Ni plak view pagi tu, dah tak sabar budak kecik tu nak main air..

    goldcoastmorib.jpg
    Ni la dia budak yang tak sabar nak mandi.. bila mak snap pic dia siap tutup mulut,sangat sopan hehe..

    goldcoastmorib.jpg
    Anak manja babah with her babah..

     Pagi2 celik2 jer mata amani terus ajak mandi sabo jela..sebenarnya dia nak berendam dalam tab tu nasib babah dia dah buka air kat tab tu awal2 sebabnya air dia slow sangat..dah berendam kat tab puas plak pujuk dia nak ajak turun makan & sambung main air kat bawah plak..sebelum main kteorang g ngisi perut dlu kat cafe..cafe kat dalam dah penuh so kteorang breakfast kat luar dalam khemah..terpaksa la kteorang jalan jauh..makanan dia tak banyak choice rasanya lagi best hotel2 yang bias2 tu hehe..sesampai je kat bawah tu bleh plak dia menangis tak tau la kenapa dia antara dia takut tengok air ke takut tengok orang ramai..sabar jela anak babah ni..tengok la gambar kat bawah ni die peluk abahnya punya la kuat huhuhu..

    goldcoastmorib.jpg


    goldcoastmorib.jpg
    Ada jugak gambar family walaupun amani tengok tempat lain..sejak2 besar ni memang susah nak ambik pic  dia elok2..
    goldcoastmorib.jpg
    Budak menangis tengok air & takut orang ramai sangat haha..
     Overall bercuti kat cni so so jela, banyak yang tak memuaskan hati kami..1st pasal kettle, 2nd air takda & slow and also makanan dia...as a fiew blogger said before..kalau nak pergi stay kat sna lagi mungkin tak la maybe just pergi waterpark dia ok kot..apa pun dapat bawak amani jalan2 ok la kan..next time kita jalan2 lagi yeh amani..hopefully pihak hotel dapat improve la service dorang in future,  room service &  makanan dia..

    Karipap Inti Sardin

    First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...