Tuesday, February 07, 2017

Resepi laksam terengganu mudah

Resepi Laksam Terengganu Mudah

Bahan-bahan: Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
Sedikit garam (roshar tambah)

Campurkan tepung beras, tepung gandum, air suam dan sedikit garam..kacau sehingga sebati.
Sebelum kukus sapukan minyak pada permukaan  tudung periuk @ terpulang bekas apa yang anda guna.
Panaskan sekejap dalam periuk pengukus.
Bolehla letakkan adunan tepung tadi.
Kukus lebih kurang 2-3 minit.
Nak tau laksam dah masak  ke belum, permukaan laksam tu akan menggelembung.
Keluarkan dan bolehla di gulung.
Ulang sapukan minyak pada tudung periuk @ bekas sebelum letak adunan tepung.
(Tujuan sapu minyak supaya laksam tak melekat dan mudah digulung)




Ni bila laksam dah masak..dia akan menggelembung macam ni..maafkan rupa tudung periuk yang tak berapa cantik tu yeh hehe..

Bahan-bahan: Kuah Laksam
5- 6 ekor ikan selayang/kembung/selar
5 ulas bawang merah (bawang besar pun boleh)
Sedikit lada hitam
Asam keping 
1 1/2 santan kotak
Sedikit garam

Ulam: Kacang panjang, tauge dan timun batang..ikut selera masing-masing
Sambal cili: Cili besar dan cili padi, ditumbuk bersama sedikit belacan.
 
Rebus ikan selayang/kembung/selar, perisikan dan buang tulang.
Tumbuk bawang merah dan lada hitam dan isi ikan.
Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan sebentar.
Masukkan bawang merah, lada hitam dan isi ikan yang telah ditumbuk dan asam keping.
Biarkan sehingga menggelegak sedikit dan tambahkan garam.
Bolehla di hidang.



 Laksam yang dah siap




Monday, February 06, 2017

Birthday my rijal al-amir

1/2 hari tu birthday my rijal al-amir aka beloved husband..ingatkan nak celebrate kat luar tapi bila fikir-fikir dengan budak tecik amani tu takut kelaut nanti, plan lain kang jadi lain plak..so roshar decide celebrate kat rumah jela..kebetulan hari tu ada tengok resepi ayam ala kenny rogers kat facebook, macam menarik jer kan..pastu fikir plak takkan nak makan ayam jer macam tak kenyang plak, google punya google kalau combine dengan nasi mentega ok jugak, then search plak resepi nasi mentega..roshar dah lupa pulak roshar ambik resepi dari blog apa..untuk dessert plak, roshar decide nak buat cheesecake..

1/2 tu kan Hari Wilayah & roshar cuti, memang sesuai sangat la nak masak yang special sikit kan..tengahari tu gigih pergi Hero dengan budak tecik amani tu tau jela karenah dia..mak terpaksa redha dan ikut jer rentak dia coz taknak dia ngamuk2 spoil je kan..siap tarik bakul sendiri adoyaii..ni la hasilnya bersilat kat dapur dengan amani special for babah!

ayamalakennyrogers.jpg
Ayam ala kenny rogers..


nasimentega.jpg
 Combination of nasi mentega+ayam ala kenny rogers + vege..


cheesecake.jpg
 Ini plak cheese cake no bake..kebetulan gelatin dah ada memang senang & sedap..


cheesecakea.html
After di touch up gitu hehe..roshar guna whipping cream yang dah ada dalam fridge..

Nanti roshar share resepi erk...hehe..

Friday, February 03, 2017

Balik Kampung dan remis

Cuti hari raya Cina hari tu kteorang balik kampung, both kampung marang and kemamang hehe..kebetulan nak jadi rezeki dah lama sebenarnya kteorang tak cari remis..saja gatal pergi main air, sekali tengok ada remis..so ape lagi cepat-cepat la roshar ambik, dah ambik satu makin banyak pulak huhu..sudahnya dapat banyak jugak la..mak roshar siap masak gulai and bekalkan kteorang time nak balik sini..kteorang singgah rnr temerloh my habib belikan nasi + ikan patin tempoyak dan makan dengan gulai remis..memang marvellous!

remis.jpg
 Ni la rupa remis..

amanimainpasir.jpg
Ini budak dah comot excited main pasir huhu..maklumla sesekali jumpa pasir pantai huhu..