Tuesday, August 23, 2016

Churros dan Choco Dip

Weekend hari tu, tetiba teringin sangat nak makan churros..pastu plak ada geng kat rumah..anak buah roshar datang, tu yang jadi lagi semangat nak buat sebab ada orang tolong huhu..roshar follow resepi kak azlitamasammanis.

Tapi lupa plak nozel takde..plastik piping ada, so kita guna apa yang ada jela..godek punye godek jadi la rupa macam kat bawah ni..dah siap churros baru teringat sos chocolate nya tak buat lagi..tengok dalam almari coklat serbuk, susu cair susu pekat manis ada la..then butter cup pun ada..

Sudahnya roshar try jer resepi sendiri kahkahkah..

1/2 tin susu cair
1/2 susu pekat manis
Coklat serbuk (roshar guna Hershey)
butter cup (agak-agak jer)
satu sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
Panaskan susu cair, masukkan susu pekat manis, coklat  dan butter cup dengan api perlahan..kacau dan sebatikan..agak-agak gelegak skit angkat..tambah esen vanilla satu sudu teh..roshar tapis sebabnya berketul..then dah siap, boleh la dip churros..

churros.jpg

Zikir Harian

Ingatan untuk diri sendiri yang rasanya sentiasa leka dengan dunia yang sementara ni..nak tunggu duduk atas sejadah lepas solat dan berzikir mungkin kita tak terbuat, kekadang tu pun lepas je solat sempat baca doa dua tiga patah dah amani suruh bukak telekung ajak main..sambil kita solat pun kadang tu dah macam-macam menda pelik dia boleh buat..bila ada anak kecik ni camtu la..bukan roshar nak jadikan anak tu alasan yeh, tapi tula keadaan nya..


zikir.jpg

Roshar ingatkan diri roshar sendiri harap dapat jadikan amalan zikir harian ni..saham kita untuk akhirat sana yang abadi..sesiapa yang selalu ngadap jammed tu of course la tension and stress kan  dari kita layankan amarah kita bebel or marah-marah pada driver-driver kereta lain baik la kita berzikir, marah kita terus down baru la tenang sikit hati nak ke office or destinasi yang dituju kan..

MH Promo for 2 Days

Jommm grab promo by MH for 2 Days only!

MH.jpg

Siaran Ulangan Dia Semanis Honey Di Astro Ria

Bagi peminat Ahnaf Wafiy dan Hani Safira yang still tak boleh move on tu, Dia Semanis Honey di tayangkan semula di Astro Ria 104 pada pukul 7.00 malam hingga 8.00 malam..semalam roshar ter miss la lupa dah episod ke berapa sekarang..sebabnya duk berebut remote ngan amani sudah nya terpaksa la mengalah huhu..teruk betul perangai mak amani ni kan haha..selalunya roshar berusaha pujuk amani tengok jugak tapi semalam tak berjaya plak haha..amani sampai dah boleh hafal kot lagu Memori Berkasih tu tapi dia dapat perkataan hujung2 atau depan jela dalam pelat-pelat dia tu hehe..

diasemanishoney.jpg

Soo kepada peminat Ahnaf Wafiy dan Hani Safira yang tak tahu lagi tu boleh la tengok ye setiap hari Isnin - Jumaat tau pukul 7.00 hingga 8.00 malam!

Friday, August 12, 2016

#TB OoO Balik Kampung

Cerita ni sebulan sebelum puasa lagi baru sekarang nak share hehe..dapatla kami balik kampung both side hehe..balik kampung before puasa katanya hehe..kebetulan masa roshar balik kampung tu musim candat sotong, memang syok dan aim nak makan sotong dari sini lagi hehe..sampai-sampai je kat kampung memang anak buah roshar dah standby sotong dalam fridge huhu..tq abg mir!tercapai hajat nak makan sotong fresh yang bertelur..second day tu kami pergi Pasar Payang, rasanya tiap kali balik wajib kot pergi Pasar Payang..kalau kat Pasar Payang ni roshar suka makan mee hun sup kedai kat tingkat atas, memang favourite so far tak jumpa lagi kat tempat lain hehe..tapi balik kali ni tak merasa makan mee hun sup sebabnya amani dah ngamuk..roshar sempat beli keropok keping je then keropok segera yang offismate roshar kirim belikan, tu jela..


sotongbakar.jpg
 Sotong bakar yang penuh dengan telur, meletup-letup dalam mulut kot haha..


sungaimarang.jpg
 Pemandangan petang, sungai marang..kat sini ada jeti untuk ke Pulau Kapas..


amaniwitabah.jpg
 Amani masa ni ngamuk sebabnya nak turun main air & tengok ikan haha..biasala budak jakun sesekali balik kampung tengok air laut..


pantaikelulut.jpg
 Cantik plak tengok view ni, true love between father & daughter..


Ikan bakar, sotong bakar & nasi goreng..puas hati..

Malam last kat kampung tu roshar tu, kami makan kat kedai sedara roshar kat pantai kelulut..dulu masa arwah ayah roshar ada, kteorang selalu jugak la makan kat kedai sedara roshar ni..ikan bakar dia memang best and recommended la..next day tu kteorang balik rumah mertua roshar plak..

Monday, August 08, 2016

SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ

Jommm join Segmen Blogger Aktif 2016 by Maria Firdz..

segmenblogger.jpg 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka untuk blogger Warganegara Malaysia.

2. Follow blog Maria Firdz

3. Follow Google Plus +Maria Firdz 

4. Buat satu entry bertajuk "SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ"

5. Copy banner di atas dan backlink kan ke entry INI.

6. Publishkan entry, dan hantarkan URL penyertaan pada ruangan komen ENTRY INI





Ganjaran kepada peserta yang join segmen ini:

1. Semua peserta automatik dimasukkan dalam bloglist Maria Firdz di mariafirdzbloglist.blogspot.my

2. 15 peserta bertuah akan dipilih untuk menjadi rakan bloglist utama di blog www.marifirdz.com.




Tempoh Penyertaan:


5 Ogos 2016 hingga 15 Ogos 2016 (11.59pm)

Friday, August 05, 2016

Lirik Lagu Bila - Alif Satar

Roshar first time dengar lagu ni time cerita Dia Semanis Honey..bestt..


 Lirik Lagu Bila - Alif Satar

lagubila.jpg


Kapan kau cinta pada ku
Kapan kau beri hati mu
Mungkin kau tak pernah menduga
Telah ku curahkan segalanya

Bila kau bilang tak cinta
Bila kau bilang tak bisa pada ku
Jangan pernah kau sesali
Kerna ku jauh baik darinya

Tak kan ada yang seperti ku
Sampai mati ku mencintai mu

Bila kau bilang tak cinta
Bila kau bilang tak bisa pada ku
Jangan pernah kau sesali
Kerna ku jauh baik darinya

Bila kau bilang tak cinta
Bila kau bilang tak bisa pada ku
Jangan pernah kau sesali
Kerna ku jauh baik darinya
Kasih

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...