Showing posts with label Amani Humaira. Show all posts
Showing posts with label Amani Humaira. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

Serangan Impetigo

Al kisahnya bermula minggu lepas, roshar perasan ada naik merah bulat kecik kat bontot amani..malam tu amani dah mula menggaru & tak tidur sangat..roshar ingat ruam biase jer tetibe esoknye tu terkejut roshar tengok dah sebesar syiling 20 sen..roshar try letak minyak gamat & fobancort..

Roshar still hantar amani kat taska..balik dari taska tengok dah ade 2 biji lagi naik pastu ade jugak dah pinggang dia tapi kecik lagi la..roshar still letak minyak gamat then esoknya makin besar jugak..then roshar terus suruh husband ambik half day kteorang bawak amani pergi Klinik Pakar An-Nur kat bangi tu..Dr. cakap amani kena Impetigo jangkitan kulilt disebabkan bakteria..pastu Dr. bagi sabun untuk mandi, antibiotik untuk seminggu  dan ubat sapu..

Mulanya roshar ingat Impetigo ni jenis yang tak berjangkit coz amani pernah jugak kena sakit lebih kurang macam ni..tapi roshar hantar jer kat taska..the next day lepas g klinik tu, roshar hantar amani taska then dorang tolak, dorang nak surat dari Dr. yang mengesahkan sakit amani tu tak berjangkit..dah satu hal roshar nak kene pergi klinik balik mintak surat phewww..tetibe kat klinik Dr. cakap tak boleh keluarkan surat yang roshar nak tu rupe-rupenye Impetigo ni boleh berjangkit..haah terkejut gak la roshar..so nak tak nak hari Khamis tu satu hari suntuk la amani ikut roshar kat ofis..

On the next day tu husband roshar plak cuti jaga dia kat rumah..hari ni plak kebetulan anak buah roshar datang dari kampung, so roshar mintak tolong dia jagakan hehe..tq very2 much Bella tolong m.dek jagakan amani nanti m.dek bawak jalan2 yeh hehe..jom kita kenali apa itu Impetigo untuk perkongsian bersama dari Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu Impetigo?

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bahagian badan manakah ia berlaku?

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :
  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.
Komplikasi
Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam / Sepsis.
  • Cellulitis.
  • Osteomyelitis.
  • Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  • Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  • Bawa anak anda berjumpa doktor.
  • Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan.
  • Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.
Tindakan lain :
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh.
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar.
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.

*sumber dari KKM
 
#semoga Amani Humaira mak babah cepat baik dari sakit ni & boleh pergi taska macam biasa..ujian untuk amani,ujian untuk mak babah jugak dalam besarkan amani...

    Santai petang di Dataran Masjid Putra, Putrajaya

     Sebabkan dah tak tau nak kemana asyik jelajah shopping complex je, so kite jalan-jalan kat dataran Masjid Putra je..as long dapat bawak amani main-main kat luar dari terkurung je dalam rumah..sekarang amani dah pandai ajak jalan huhu.."Mak, jom jalan jom"..mak senyum jer sambil jeling-jeling kat babah bagi isyarat hehe..bila dia dah ajak camtu means dia dah boring la kan main kat rumah jer..

    amani.jpg
     Seronoknya dia bebas berlari sana sini..sesekali terlepas

    amani-santai.jpg
     Berehat kejap penat lari hehe..

    amanidanbabah.jpg
    Babah melayan anak manja dia..
    amani.jpg
    Babah yang kepenatan sudah..takpe la kira excercise jugak la kan hehe..

    Wednesday, January 06, 2016

    Baju kelawar budak

    Last week kteorang balik kg..sempatla pusing2 kat pasar payang..geram la plak tengok baju kelawar budak..mula tu takut tak sesuai ngan amani coz takut kain dia panas nanti amani gatal2..tanya husband roshar dia pun berkenan, so kteorang pun beli la sehelai hehe..harga asal dia RM15 tapi owner kedai tu bagi kurang dapatla RM10 jer sehelai, murah kan..

    bajukelawar.jpgbajukelawar.jpg
    Haii!cantik tak kak ton berbaju kelawar hihi..

    Tengok dia pakai baju ni terasa sekejap jer, dah besar dah anak mak & babah ni..semoga anak mak & babah membesar dengan sihat, cerdas, cergas & sentiasa dibawah rahmat Allah, aamiinn..lain kali bleh beli lagi hehe..

    Friday, December 18, 2015

    Amani dan eczema

    Emm pejam celik pejam celik penyejuk mata, penawar hati mak dan babah dah pun setahun lapan bulan..alhamdulillah buah hati mak membesar dengan sihat dan kuat hehe..berat pun dah mencecah 14 kg..mak dan babah dah tak larat nak dukung amani humaira hehe..eczema amani  sekarang pun dah slowly kurang..dah tak macam dulu setiap hari dan  setiap malam kena sapukan ubat utk amani..kalau tak amani susah nak tidur garu2 jer sampai pagi, kesian amani mak..lepas mak bawak amani dapatkan rawatan eczema kat Klini Pakar Kanak-Kanak An-Nur, Bangi alhamdulillah eczema amani under control sampai la sekarang..Dr. memang bagi steroid tapi untuk tempoh seminggu + atibiotic..masa tu roshar berbelah bagi jugak nak bagi ubat tu kat amani tapi tengok eczema amani worst sangat, roshar bagi jugak la kat amani..

    Roshar control apa2 makanan kat amani..kena rajin try and error  pastu tengok efek kat amani..ada setengah makanan tu memang kesan dia ketara contoh aritu roshar try bagi amani sup ikan merah..tak sampai sejam terus keluar merah2 dan amani dah start bergaru..Sekarang ni roshar dah mula bagi amani makan seafood like ketam dan  udang..so far so good la ada jugak merah2 tapi sikit jela tak seteruk dulu..macam roshar cakap la kalau ada eczema ni kena rajin try dan error untuk tahu anak kita alah pada apa sebenarnya..alhamdulillah syukur sangat dah makin nampak perubahan yang baik untuk amani...pejam celik jugak la roshar dan husband try macam2 produk dan  ubat untuk amani..duit plak monthly memang kteorang spend khas untuk eczema amani..sebab nya kadang-kadang eczema dia tiba2 je bleh jadi teruk...mak dan  babah pejam mata je untuk kos ubat dan etc. as long as eczema amani pulih dan amani sihat..

    Emm macam body wash untuk amani roshar still pakai yang doktor suggest dulu produk QV..tak pasti la sekarang dah botol ke berapa guna hehe..tapi bedak, lotion or shampoo roshar still tak pakaikan kat amani..around 2 weeks ago, teacher amani pakaikan bedak kat dia time balik..then malam tu terus nampak merah kat leher dan  bahu dia..so maknanya amani still tak boleh pakai apa2 bedak..kadang tu macam kesian jugak la kat amani coz dari kecik dia tak boleh pakai bedak yang wangi2 tu..sampaikan teacher kat taska dia penah tegur amani tak bau apa2 kak sian dia haha..roshar masa tu senyum jela nak wat camna kan..

    qvwash.jpg
    Ini la dia QV Wash tu....
    Pasal ubat dan cream fobancort tu sekarang pakai sikit2 je roshar just standby incase kalau teruk sangat baru roshar letak kat amani..alhamdulillah lepas consume ubat dari Dr kat Klinik Pakar Kanak2 An-Nur, Bangi dah lama jugak la amani tak kena gatal2 teruk..untuk sesiapa yang ada anak kena eczema atau penyakit kulit boleh la try pergi klinik ni, InsyaAllah mudah-mudahan dengan izinNYA sesuai dan anak-anak kalian sembuh.

    An-Nur Specialist Hospital
    No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
    43650 Bandar baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
    Phone : 03-8926 6060
    Fax No: 03-8926 6067

    Karipap Inti Sardin

    First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...