Tuesday, May 31, 2016

Segmen Bloglist Bulan Jun by Nurzulfa

blogllist.jpg 

Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

As a working mother, of course roshar pilih online baby shop rather than shopping kat mall dah sekarang ni..coz senang dan cepat, just cari search kat google online baby shop then cari barang yang nak tu, then click terus je proceed payment..kadang tu tak sampai dua hari pun dah dapat barang kita tu..kalau shopping kat mall, mana nak layang si kecik tu lagi mana nak pilih lagi kan..plus minus harga lebih kurang jer, sometime harga online store lagi murah kot..so jomm kita ke THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop untuk grab barangan yang ada dengan harga yang berpatutan..

klik untuk sertai
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.


Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian.

Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.

Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.

========================================================================

Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH PEMENANG

Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Like facebook penaja.
2. Follow instagram penaja.

3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop


  • Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
  • Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
  • Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.

Semoga berjaya semua..

Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini.

Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?

Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store



Monday, May 30, 2016

Panjat Bukit Broga

Last minute, finally  decide nak join diorang..program ni salah satu aktiviti anjuran WAWP office roshar, iaitu Warga Aktif Warga Produktif..asalnya tak berani nak join coz of roshar ni bukan jenis yang aktif excercise and fit, risau takut sampai separuh jalan kang tak larat siapa pulak nak temankan kan..tapi bila fikir balik bila lagi nak merasa panjat Broga kalau bukan sekarang..then tanya my habib dia bagi greenlight cuma dia pun risau takut roshar tak larat..yang tak tahan siap cakap balik nanti tak dengar tak larat  ke ape ke huhu..amani tinggal ngan babahnya hehe..

Kerabu Mangga Ikan Kerisi Masak Asam

Kerabu mangga again and again with ikan kerisi masak asam hehe..dah kata feveret kerabu kan, hari-hari pun takpe..yang penting masak dari hati & masak dengan kasih sayang!

kerabumangga.jpg
 Sangat berselera makan dengan nasi panas-panas..tengok pun dah telan air liur..


masakasam.jpg
Ikan kerisi masak asam versi my mak mertua..ni plak feveret amani, dia boleh hirup kuah camtu jer..

Friday, May 27, 2016

Kerabu Tauge, Kerang dan Ikan Bilis

Kerabu tauge+kerang+ikan bilis versi roshar haha suka hati je kan..ikan bilis tu roshar tambah kemudian coz of nak bagi rasa crunchy tu lagi best..roshar & husband suka sangat makan kerabu, apa-apa jenis kerabu la..yang selalu roshar buat kerabu tauge, kerabu mangga & kerabu pucuk paku..bertambah-tambah kot makan nasi hehe..walaupun sangat simple yang penting masak dari hati dan penuh kasih sayang!hehe




Amani at Taska Bonda Mama Ilham Zharif, Presint 14

Bila tengok gambar ni, rasa macam tak percaya Amani dah besar hehe..dah boleh wat aktiviti ngan teacher..nampak macam behave sangat anak mak hehe..thank you very much to all teachers at Taska Bonda Mama Ilham Zarif Presint 14 ni since umur dia 8 bulan until now 2 years+..cikgu-cikgu kat sini baik sangat dan banyak sangat bantu dalam perkembangan amani..amani dah serasi dengan diorang, so far memang roshar takde plan nak tukarkan taska amani lagi coz tengok dia happy jer since dia kat situ..                

amaniatschool.jpg
Good girl anak mak babah!nampak behave jer amani bila ngan cikgu kan hehe..kalau dengan mak ni takdenya dia duk diam camni, mesti semua nak buat sendiri..

Monday, May 23, 2016

Chrocet Phone Case

chrocet.jpg

Cantikkan chrocet phone case ni..pinky coz pink is my feveret color haha..offismate roshar yang buat ni, RM5 jer dia ambik murahkan..roshar nak yang simple jer as long as my phone ada casing..sesapa yang berminat nak tempah boleh la follow ig dia: nurisya257..

Be A Smart Parents

5 Mei lepas roshar attend a parenting workshop at Hospital Putrajaya entitled Be A Smart Parents..

sijil.jpg


Banyak sangat ilmu baru yang roshar dapat dan  belajar dari kursus tu..penceramah hari tu memang best  kaunselor dari Universiti Putra Malaysia, iaitu Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani..boleh follow dia punya facebook dan ruangan bersama kaunselor di akhbar Harian Metro keluaran setiap hari rabu..roshar memang suka baca ruangan ni sebelum ni, tak sangka plak dapat jumpa dengan penulisnya dalam kursus tu..

Rupanya ada tiga parenting style that is Authoritarian, Permisif dan Autoritatif..roshar tak pernah tahu pun sebelum ni..

1. Authoritarian - 


Gaya  keibubapaan  Authoritarian  adalah  ibu bapa  yang high 'demandingness' tetapi low 'responsiveness' di mana ibu bapa meletakkan jangkaan tinggi terhadap anakanak  dengan  mempraktik  pendekatan  kawalan,  hukuman  dan  peraturan  ketat  yang  tidak membenarkan  anak anak  mempersoalkannya.

2. Authoritatif -


Gaya keibubapaan Authoritatif  adalah ibu bapa yang 'high demandingness' dan  'high responsiveness' iaitu mengamalkan ketegasan yang di imbangi   dengan   kesediaan   mendengar   pandangan   anak anak,   bertoleransi,   setiakawan, membantu  serta  mendidik  secara  penglibatan bersama. 

3. Permisif


Gaya keibubapaan Permisif adalah ibu bapa  yang  'high  responsiveness' tetapi  'low  demandingness' iaitu  bersikap  terlalu berlembut  (lenient),  memenuhi  kehendak  anak anak  dan  tidak  tradisional  dengan  menggangap 107 anak anak  sebagai  individu  yang  matang  dan  boleh  menentukan  diri  sendri  sehingga  tidak wujud  tekanan,  kawalan  atau  peraturan  mengenai  tingkah  laku  yang  baik  dan  dilarang  secara kukuh.

Ada satu slot dalam  kursus tu, roshar kena isi satu borang soal selidik untuk mengenali style keibubapaan masing-masing. Hasilnya roshar adalah ibu yang bersikap sedikit Authoritarian, lebih Authoritatif dan sedikit permisif..so agak balance la hehe..

Sedar atau tak, setiap ibu bapa tu akan ada salah satu style di atas.  Lepas dah tau style parenting diri sendiri so boleh la kita slowly ubah mana sikap kita yang kurang baik terhadap anak-anak kita. Ada perkara yang kita memang perlu bertegas dengan anak dan ada perkara atau masa tu kita perlu berlembut dengan anak kita. 

Kami juga didedahkan  tentang Art in Parenting Skill.  Actually art is the one way how we can create a good relationship between child and parents. Art also help child to express their feeling and emotion towards parent, environments and what they have going through before. Kami di minta untuk flasback balik apa cita-cita masa kecil dulu dan lukis semula semua tu. Masing-masing masa tu sengih jer almaklumla teror sangat bab melukis ni haha..

We should find and spent time with our child, sama-sama melukis apa yang anak suka.. kita boleh tolong color and at the same time try to ask them tetang apa yang diorang lukis, apa dan bahagian mana yang dia paling suka dalam lukisan tu..so kita boleh tau dari situ contohnya kalau anak tu lukis harimau..kenapa dia suka lukis harimau tu..let say anak cakap dia lukis sebab ayah dia garang macam harimau..so dari situ kita tau yang anak gambarkan ayah dia garang macam harimau..beside we explore our child feeling and emotion, at the same time we can create close relationship with our child and family too..

For me its a good practices to us in order to create close relationship with our child and explore their feeling too. Before this roshar memang dah praktikkan melukis sama-sama dengan amani, nampak dia happy coz kita spent time & layan dia time tu.

Next time roshar nak try cara bake & cook plak ngan amani.  Art in parenting skill sangat membantu bagi roshar. As a parents and to be a good parents, rasanya kita kena selalu siapkan diri kita dengan ilmu through reading or attend a course to help us especially dengan dunia sekarang yang sangat mencabar dalam membesarkan anak. 

So harap sedikit perkongsian roshar ni membantu dalam mengenali parenting style yang kita amalkan selama ni to be a good parents.




Friday, May 20, 2016

Tips Blueberry Cheese Tart Gebu

Tips ketembaman cheese tart ni dari kak sariyusa iaitu jangan putar krim keju pada suhu bilik yer..sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk..telur pula mestilah segar dan seeloknya dari peti sejuk..roshar dah pernah try soo memang menjadi dan sangat puas hati.. 

 Selamat mencuba!

Dia Semanis Honey!

Sekarang roshar & habib memang addicted to drama Dia Semanis Honey lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana..rasanya sekarang ni memang tengah hot kot kat mana-mana..cerita ni setiap hari Isnin hingga Khamis jer so every day we all akan terpacak depan tv tepat puku l0.00 malam haha..yang tak tahan tu my habib & amani pun boleh join sekali..rasanya jarang kot my habib ni follow cerita-cerita drama yang berepisod ni..sekarang ni kan tengah hot BadmintonThomas Cup, my habib memang peminat tegar badminton..kebetulan cerita Dia Semanis Honey main tengah ada game best badminton jugak, so terpaksa tukar-tukar chanel la time iklan tu..haishhh kacau la habib time orang tengah syok layan Ahnaf Wafiy dan Hani Safira! ^-^

awhs.jpg

Tak sabar tunggu hari Isnin nak tengok episod seterusnya boleh gitu haha..soo cute & sweet tengok gelagat Ahnaf Wafiy dan Hani Safira bila bergaduh dan merajuk haha..good job Alif Satar dan Siti Nordiana berjaya menyampaikan watak dengan baik..


Salam Ramadhan Al Mubarak 1437 Hijrah


Salam Ramadhan Al Mubarak 1437 Hijrah dari rosharamani sekeluarga yang tinggal a few days lagi..


Sama-sama kita amalkan doa ini, semoga Allah panjangkan usia kita dan temukan kita dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba..

doa.jpg

p/s    *semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sebelum
         *dapat tingkatkan amal ibadah dibulan yang penuh barokah, aamiin insyaAllah....
     

Thursday, May 19, 2016

Xperia Z5 Premium Pink

Sony bakal memperkenalkan warna merah jambu bagi model telefon Xperia Z5 Premium..wooww menarik tertarik kot especially bila warna pink memang idaman kalbu la hehe..roshar memang suka phone Sony dari dulu..before ni dah pakai dua phone Sony, yang first dah lupe model apa tapi phone tu hilang dalam train yang second plak Sony Xperia V jatuh & rosak terus..memang rasa nak menangis la bila phone tu dah rosak plus phone tu ada sentimental value kot bagi roshar..my new phone is Asus Zenfone, right now itu je yang mampu hehe..so jom tengok spesifikasi sony Xperia Z5 Premium ni:


SONY XPERIA Z5 PREMIUM 


Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 810, 64-bit Octa-core
         Kamera: 23MP
         Paparan: 5.5" 4K Triluminos Display
             Berat: 181g
       Kad SIM: SIM, Nano SIM Jangka Hayat bateri: 2 hari
         Dimensi: 154.4 x 76.0 x 7.8 mm
                  OS: Android 5.1 Lollipop
                 Ciri: IP 65/68

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru


guru.jpg

Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar pendidik..especially guru-guru di SMKTLS, Kolej Shahputra Kuantan and also teacher's at Taska Bonda Mama Ilham Zarif, Presint 14..thank you for being such a great teacher to my kids!

Tuesday, May 10, 2016

Rangsang Anak Bercakap

Rangsang Anak Bercakap

Baru-baru ni roshar ada baca kat paper tentang rangsang anak bercakap..seawal usia 10 hingga 12 bulan bayi sudah boleh ungkap perkataan biasa didengar. Bayi mula belajar bercakap menerusi individu yang berada di sekeliling yang kerap bersamanya. Lazimnya bayi mula memberi tindak balas sebaik saja mereka dilahirkan manakala kanak-kanak normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia 8 bulan ke 1 tahun setengah.  

Enam bulan pertama saat yang amat penting apabila ibu bapa perlu berkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap. So jom tengok beberapan panduan terhadap perkembangan percakapan bayi mengikut usia mereka.

Bayi baru dilahirkan 

Sebenarnya bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi juga boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada usia sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada usia satu hingga dua setengah bulan.

amani.jpg
 Our little princess, Amani Humaira..masa ni umur dia dua bulan lebih tak silap..

Bayi usia tiga bulan

Bayi boleh meniru bunyi percakapan.

Bayi usia empat bulan

Bayi boleh menyebut satu suku kata contohnya ba, da.

Bayi usia lima bulan

Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang contohnya bababa dan lalala.

Bayi usia enam bulan

Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar seperti emak, ayah atau tak.

Bayi usia tujuh bulan 

Kebanyakan bayi boleh menyebut mama dan dada yang tidak hanya kepada ibu dan ayahnya.  Waktu amani dulu dah boleh sebut baba (babah).

Bayi usia lapan bulan

Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang tangan anda.

Bayi usia sembilan bulan

Dalam lingkungan usia ini, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.

Bayi usia 10 bulan

Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul.

Bayi usia 11 bulan

Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan selain emak atau ayah.

Bayi usia 12 bulan (setahun)

Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya.


Alhamdulillah syukur sangat amani since 9 bulan lebih mulut dia dah bising and now mulut dia memang potpetpotpet jer..kekadang tu kami gelak jer tengok gelagat dia bercakap..actually since dalam perut lagi roshar praktikkan bercakap-cakap dengan dia sebab roshar pernah baca dalam buku indahnya dunia hamilku..kita kena praktikkan berkomunikasi dengan baby dalam perut untuk rangsang anak kita cepat bercakap..bila roshar start bercakap-cakap ngan dia sambil gosok-gosok perut terasa respon dari dia bergerak-gerak, seronok sangat time tu haha..bila amani lahir pun roshar teruskan bercakap-cakap ngan dia ..roshar start hantar amani kat taska umur dia 3 bulan so selalunya balik dari taska kat dalam kereta tu roshar dah start bercakap-cakap ngan dia walaupun dia belum faham dan belum ada respon pun kan hehe..sekarang ni bila dia dah besar, dah jadi kebiasaan balik dari taska kat dalam kereta tu dia dah start cerita, dia tengok tv or main ngan kawan..

Untuk ibu-ibu yang tengah pregnant tu, cuba la praktikkan, rasa dan tengok perkembangan baby bila dah keluar nanti macam mana..

Monday, May 09, 2016

Nikmat dari Ikhlas Memberi

ikhlas-memberi.jpg

InsyaAllah bila kita ikhlas memberi Allah akan memudahkan dan menambahkan rezeki kita..tak perlu nak tunggu duit banyak baru nak memberi..roshar pegang prinsip walaupun sedikit yang kita beri, Allah akan gantikan ngan nikmat dan rezeki yang lebih lagi untuk kita & keluarga..maksud rezeki ni bukan hanya dari segi duit, material yang nampak dengan mata kita je kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia itu pun rezeki yang Allah kurniakan kat kita..

Roshar nak share pengalaman sendiri merasai nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..al kisahnya ada satu hari tu roshar ada la memberi sedikit duit kepada seorang hamba Allah, sikit je pun yang roshar bagi dan dalam hati  masa tu roshar niat moga Allah gantikan dengan rezeki yang lain dengan pemberian yang sikit tu..siapa sangka janji Allah dan izinNya pada hari yang sama jugak Allah gantikan duit roshar tadi dengan jumlah yang berkali ganda..ya Allah betul-betul gantikan roshar dengan rezeki yang lebih dari yang roshar. ..ya Allah masa tu roshar rasa macam nak nangis..sesungguhNya Allah  maha mendengar akan doa hamba-hambaNya, maha pemurah lagi maha penyayang..bila kita ikhlas memberi sesuatu tu tak kisahla dalam bentuk wang ringgit dan sebagainya, insyaAllah Allah akan memudahkan rezeki kita dan kurniakan kita rezeki yang kita tak sangka-sangka..

Sebenarnya kalau kita tak pernah dan jarang memberi sesuatu kepada orang lain ni memang terasa berat dan susah sangat seriously..jom sama-sama kita teruskan memberi sesuatu kepada orang yang susah mahupun orang disekeliling kita walaupun sedikit..
 

Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...